Friday, September 26, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (TAWAF WIDAK DAN SELAMAT TINGGAL BAITULLAH)- BAB 18

Assalaamualaikum wbt,
(5 Februari 2014)

Umrah 2014 merupakan kali kedua aku dan isteri meninggalkan Makkah dan kali pertama anak2 dan kakak aku. Aku memang sebak dan sentiasa berdoa agar Allah berikan peluang lagi kepada aku ke sini untuk mengerjakan haji. (yang peliknya ramai dah panggil aku Haji...aku anggap ini merupakan doa dari mereka, sedangkan aku hanya baru mendapat Haji kecik sahaja, Insyallah).


NIKMATMU  YANG TIDAK TERHINGGA YA ALLAH

Sebelum Subuh kami telah berada di Dataran Kaabah untuk buat tawaf Wida'....kami disarankan buat 6 pusingan dahulu dan tunggu solat Subuh dan selesai solat subuh baru buat pusingan tawaf ke 7. Alhamdulillah , walaupun sesak pada ketika itu, kami dapat juga selesaikan tawaf wida'. Alhamdulillah. 

TIDAK PERNAH JEMU MATA MEMANDANG

Sekali lagi saat-saat meninggalkan Kaabah adalah saat yang tidak dapat nak dibayangkan....dalam hati aku sebak......bilalah dapat peluang ke SINI lagi....umur pun dah masuk 51.....giliran haji pulak 2024....."aku berserah padaMu Ya Allah ". 

Setiap langkah menuju jalan keluar....aku toleh ke Kaabah.....toleh dan toleh sehingga tidak lagi kelihatan Kaabah di pintu keluar  King Aziz.....terus berjalan .... menuju hotel untuk ambil beg2 yang telahpun siap diletakkan di lobi hotel awal pagi tadi sebelum Subuh.


SENTIASA DI HATI, DI MINDA DAN DIRINDUI


Sekali lagi......kenyataan yang sama aku tuturkan dalam hati sepertimana umrah 2008....aku lebih faham erti rindu pada Baitullah, Makkah dan Madinah...memang tidak terungkap dengan kata2 bila saja mahu meninggalkan Makkah dan Madinah terutama Baitullah yang tidak pernah jemu mata memandang. 

Kali ini aku puas hati dan aku orang yang teramat gembira kerana dapat bersama-sama mengerjakan umrah bersama isteri dan anak2 aku dan jugak kakak aku. TQVM Ya Allah....Allahhuakhbar....Allahhuakhbar ....Allahhuakhbar 

1 comment:

La Fame Dischi said...

Great read thanks for writing this