(4 Februari 2014)
Selepas melawat Muzium bas meluncur terus ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiah dan seterusnya berniat umrah di sini.
LADANG UNTA MEREKA SIMPLE SAHAJA
CLOSED UP
MINYAK URUT DARI SUSU UNTA
ANAK UNTA CUTE.....DI ANTARA ANUGERAH TERBAIK DARI ALLAH KEPADA MANUSIA
Program lawatan ke Ladang unta ini sebagai aktiviti sampingan jemaah dan biasanya jemaah dibenarkan merasa susu unta (tidak digalakkan sekarang kerana ada satu wabak MER COVS yang merbahaya) dan juga membeli susu unta atau minyak urut , salah satu dari produk unta yang baik. Masa umrah 2008 dulu, aku dimaklumkan tentang keunikan unta dan peranan unta sejak zaman dulu-dulu dan aku percaya mereka akan memaklumkan perkara yang sama kepada rombongan ini. Unta salah satu ciptaan dan anugerah Allah yang terhebat kepada manusia yang tinggal di padang pasir.
Di Masjid Hudaibiah jemaah berpeluang melihat tapak asal di mana Perjanjian Hudaibiah berlaku suatu ketika dahulu dan Masjid baru untuk jemaah bersolat, bersalin pakaian dan berniat umrah.
MASJID HUDAIBIAH YANG BARU
SEJARAH LEBIH SERIBU TAHUN.....SAKI BAKI TINGGALAN HUDAIBIAH
Bermakna lengkaplah program Ziarah Luar untuk umrah kali ini untuk anak2 aku yang pertama kali buat umrah.
No comments:
Post a Comment