Assalaamualaikum wbt,
Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.
Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.
Kalau kita imbas kembali di zaman Rasul2 terdahulu dan zaman Nabi2 terdahulu mereka Allah uji dengan pelbagai ujian yang begitu berat, ujian sakit, ujian kuasa, ujian keluarga, ujian keimanan dan macam2 lagi. Kita semua maklum kesemua Nabi2 dan Rasul2 mempunyai keimanan yang begitu tebal dan jitu dan sesungguhnya mereka semua adalah pilihan Allah dan telah terbukti keimanan mereka yang tidak berbelah bahagi dan beriman kepada Allah swt. Nabi Muhammad saw adalah yang paling Agung dan telah diduga dari lahir sehingga Baginda hendak wafat....Baginda mengambil berat nasib umat Islam.....sila rujuk banyak kitab2 dan buku rujukan di mana saat2 Rasulullah hendak wafat.
Yang aku nak share selepas2 ini adalah kisah besar yang pernah berlaku, sedang berlaku dan mungkin akan berlaku di sekeliling aku dan aku tidak berniat pun nak menyentuh mana2 pihak dan jika berlaku ia adalah kebetulan. Aku memang tidak berniat untuk membuka aib mana2 pihak sekadar berkongsi rasa....
No comments:
Post a Comment