Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Wahai ‘Abdullah, Janganlah kamu menjadi seperti si fulan itu, dahulu dia sentiasa sembahyang malam, tapi kini dia tidak sembahyang malam.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Kelebihan mengekalkan amal soleh walaupun sedikit, kerana amalan yang berterusan akan menimbulkan kesan dalam diri.
- Meninggalkan ibadat atau amal soleh yang pernah dilakukan menunjukkan seseorang tidak prihatin kepada ibadat dan jantung hatinya terganggu daripada mengingati Allah SWT.
- Islam menyuruh umatnya mengambil berat di dalam melaksanakan hal kebaikan, dan tidak meninggalkan daripada melakukannya serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
- Orang yang dahulu mengerjakan amalan kebaikan, kemudian berhenti melakukan amalan kebaikan tersebut adalah daripada orang yang rugi.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
No comments:
Post a Comment