Assalaamualaikum wbt,
Beberapa minggu selepas pindah rumah (awal Mac 2015) ....wife aku selalu cakap dia ada ternampak biawak dari semak luar dan memasuki belakang rumah aku dan adakala nampak biawak dari semak sebelah kiri dari arah luar belakang rumah jiran...wife dah lama pesan dengan aku dan mintak aku carikan tukang mesin rumput yang dulu untuk bersihkan lalang di luar rumah....
SERIAU JUGAK TENGOK SEMAK TEBAL
BAHAGIAN DALAM BELAKANG RUMAH NI...
BAHAGIAN DALAM BELAKANG RUMAH NI...
SEMAK SEBELAH LUAR KIRI TU ADA SARANG ULAR SAWA...
Satu hari awal bulan Mac ,ketika tukang kebun jiran sebelah sedang membersihkan bahagian luar semak mereka ternampak ular....tapi tidak pasti ular apa....Mereka terus hubungi no talian kecemasan 999, dan tidak beberapa lama kemudian lori Bomba tiba di Bhg belakang rumah kami...pihak Bomba mengambil masa beberapa minit untuk mencari dan menangkap ular tersebut...
PEGAWAI BOMBA BERJAYA MENANGKAP
SEEKOR ULAR SAWA 3 METER PANJANG
SEEKOR ULAR SAWA 3 METER PANJANG
PERLU DIUKUR
BUKAN MUDAH NAK LURUSKAN
ULAR SAWA NI
ULAR SAWA NI
Esoknya aku terus ke TNB Bangi dan buat laporan, beberapa hari lepas tu mereka datang mesin lalang .....
SEMPAT SNAP FOTO PADA SEBELAH PETANG
SEBELAH KANAN ATAS PUN MEREKA MESIN LALANG TERSEBUT
Nak ucap ribuan terima kasih pada pihak TNB Bangi kerana cepat mengambil tindakan untuk menebas lalang tersebut.
No comments:
Post a Comment