Friday, January 15, 2010

LEBIH BAIK JADI BEKAS ORANG JAHAT DARI BEKAS ORANG BAIK

Salam,

Beberapa gantinama yang akan digunakan dalam blog ni,  mgkn aku, saya, kami dan mcm2 lagi. Kepada rakan2 blog pdkm yang senior dan cikgu2  saya mintak maaf....sebab perkataan AKU mungkin ramai yang tak suka...


Caption atau tajuk blog  ni ,  actually  aku dapat tahun 2007,  masa tu aku dan wife suka sangat tengok slot drama Indonesia,  Hidayah dan Pintu Hidayah....cerita tu memang sangat menarik....kisah orang jahat masuk penjara  dan bila keluar penjara terus jadi imam dan jadi orang baik2....manakala seorang lagi watak yang asalnya baik dan jadi jahat bila nafsu dan imannya rosak terus masuk penjara....di akhir cerita tu.....imam yang dah jadi baik pun berkata " LEBIH BAIK JADI BEKAS ORANG JAHAT DARI BEKAS ORANG BAIK".   Slot cerita tu sangat menyentuh hati aku sampaikan  kat dinding pejabat aku , aku lekat perkataan tersebut.......Entahlah mungkin ada kaitan dengan diri aku sendiri atau mungkin orang lain......

Aku sendiri rasa pelik bila guna perkataan aku.....mungkin bila umur dah semakin banyak ni  lain pulak rasanya.... Di lain masa aku akan cuba perbaiki......aku tidak mahu berjanji.....

14 comments:

Zie said...

Salam En. Rosli,

No. 1... kat sini ada pingat emas tak?

Moga kita semua menjadi orang yang baik-baik. Kisah tirai besi kadang cukup menginsafkan... tengok wajah2 yang nak ke tali gantung, ramai yang bersih air mukanya, sebelum mati mereka telah bertaubat.

CASA QASEH said...

salam li. lama x dgr cerita kau. apa khabar? aku sihat je. kau ni dah kira jauh advance dr aku..siap ada blog lg..aku block ada lah. gambar dlm blog kau gambar kat mekah..kau dh haji ye li..aku kena panggil kau Haji lah..Wan Mazuri via casa qaseh blog (casa qaseh tu blog isteri aku). aku layan facebook sbb member2 ITM mmg ramai. calling2 lah tuan haji..boleh pekena teh 3 layer,

Umi Azuddin said...

Salaam En. Rosli,

Bila difikir-fikirkan, takut juga apalah agaknya kesudahan kita nanti...
Semoga kita semua mendapat husnul khatimah. Amin.

Teruskan mengeblog ya Pak! :)

VpeaceV

psstt...amboi Zie, kalau dah namanya ratu trek...kat mana2 balapan pun dia tetap no. 1...hehe ;)

rosli said...

Salam Zie,

Saya masih terfikir2 pingat tu, mgkn kalau ada perjumpaan PDKM sya boleh tumpng bagi pingat masa tu.

rosli said...

Salam Wan dan Casa Qaseh,

Wan tk masuk blog aku, wife aku pun layan FB dia dngan kawan2 ITM Melaka dia, aku belum gi haji lagi, baru daftar last year..tu lah yang aku nak citer nanti pengalaman buat umrah 2008,......lorongan hati....hope aku dapat buat haji 2012 dan 2013....wpun giliran dari TH tahun 2024...mgkn ikut pakej atau merayu dengan TH. Ada masa nnti call aku boleh jumpa kat Bangi or Kajang. Ada masa email aku nnti.

rosli said...

Salam Umiazuddin,

Betul apa yang dikata, kekadang takut bila fikir kesudahan diri kita, sementara masih ada masa ni, kita berdoa agar lebih dekat dengan Allah, byk zikir, solat dan mcm2 lagi. Saya bersyukur kenal dengan blog pdkm, prof kamil, dr hj rizwan dan ramai lagi rakan2 pdkm.

Byk entri dlm blog dan pembacaan lain, haji dan umrah memang boleh merentap hati kita,memecah ego dan macam2 lagi.
Saya salah seorang yang dulu memang keras hati,,,, umrah tahun 2008 byk memberikan keinsafan pada diri..masa di Makkah...selepas 4 hari baru menangis depan Kaabah.....keras sgt hati masa tu.....sekarang ni bila bercerita pasal Makkah dan Madinah tiba2air mata boleh mengalir.....skrg ni pun dan sebak....rindu pada Kaabah dan Madinah tak pernah luput....nntilah tunggu entri sya yang akan datang....

مسافر اسلام said...

Salam ziarah, cerita yang menari, kami tunggu N3 baru. semoga suksek selalu.

Bila buat haji nanti boleh la bertandang dengan CL di Mekkah.

Oh ya...jgn lupe doakan saya ya..

Syukran

rosli said...

Salam MI,

InsyaAllah saya akan doakan. Saya pun sekarang sentiasa berdoa agar dapat menunaikan fardhu haji mengikut pelan yang saya rancang.

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam En. Rosli,

Tahniah, rumah dah siap. Kami ni menantikan input-input baru dr en rosli. Welcome to the world!

rosli said...

Salam Wan,

Tk kerana jadi follower, menyokong dan memberikan dorongan pada saya.

Noor said...

Salam Tn Haji.. (panggilan tn haji nie.. kira doa tau.. moga2 hajat nak mengerjakan haji on 2012 atau 2013 tercapai.. aminnnn)

taraaaaa.. kak ngah dah sign in menjadi follower yang ke 11.. emmm, ada hadiah ka?? heh heh

teruskan 'mengeblog' bak kata umiAzuddin.. kak ngah akan terus membaca.. walaupun kadang kala tak sempat nak tinggal jejak.. jgn lah tuan haji risau.. kak ngah akan memberi sokongan.. HIDUP TN HAJI.. alamak terover lah plak.. he he

'once fren forever fren'..

rosli said...

Salam Noor,

Terima kasih jadi follower, bagi sokongan dan dorongan. Tk jugak atas panggilan Tn Hj tu....segan pun ada sbb belum buat haji, ada sorang kawan kat office pun panggil saya Haji....saya percaya ini semua doa dari kawan2.

mama ju said...

Salam SDr Rosli..

Satu yang menarik dan perlu direnungi...jumpa lagi

مسافر اسلام said...

Alhamdullah...Syukran en rosli.
Nanti Cl buat makan2 kat rumah dia, secara tak formal. Bolehla en rosli dtg nanti. Kata sebelum berangkat pulang ke Mekkah.