Friday, June 3, 2011

MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH DI BUKIT JUGRA, BANTING

As Salam,

Minggu lepas ( 28 Mei ) selepas menjemput Adiera di KMS hati aku tergerak ke Bukit Jugra sekali lagi , kali terakhir di sini tahun 1990. Dari KMS ke Bukit Jugra sudah tidak berapa jauh....jalan masih sama, cuma telah diturap baru dan dibesarkan. Jalan menuju ke makam dan Istana Lama pun masih kekal cantik....destinasi ini mungkin akan datang aku akan kunjungi. Insyallah

Menghampiri puncak Jugra
Ini perangai aku,  bila dah bawak kamera mesti nak cari gambar pemandangan.....masih cantik dari atas Bukit Jugra menghala ke Muara Sg Langat berhampiran dengan Pantai  Kelanang.  Indah sangat pemandangan ciptaan Allah s.wt, sungai yang berliku, estet kelapa sawit,  kelapa dan banyak lagi termasuk kawasan perumahan.

Antara pemandangan dari Bukit Jugra
Ada rumah api yang semakin canggih, ada Balai Cerap atau tempat menengok anak bulan untuk awal puasa dan awal Hari Raya dan tempat beridah bagi golongan yang minat sukan ParaGliding. Yang pasti Bukit Jugra ini sarat dengan nilai sejarah negeri Selangor.
 Papan tanda Puncak Bukit Jugra

Rumah Api Bukit Jugra

 Ammar pun  bergambar sama 

Dari kawasan pemandangan Bukit Jugra

 Gaya bebas dari Ammar

 Saujana mata memandang

Muara Sg Langat nampak tenang....
tapi penuh dengan misteri dan sejarah lampau.....


Insyallah kunjungan ke KMS akan datang aku akan cuba cari masa ke Istana Lama dan Makan DiRaja  Bukit Jugra. Penuh dengan misteri dan nilai sejarah Negeri Selangor.

4 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)

rosli said...

Salam Dr Jhaz,

TK berkongsi cerita dan pengalaman you...46 negara you dah lawati, memang untung you, saya seronok tgk gambar dan cerita you. Best

مسافر_اسلام said...

Assalammualikom wtb tuan Rosli. SubhanaAllah, cantik pemandangan bukit jugra itu. TK berkongsi

rosli said...

MI<

Kalau ada kesempatan datang lah ke bukit ini, pemandangan matahari jatuh pasti lagi cantik