Friday, December 16, 2011

SIMPULAN BAHASA- PART 2

Assalamualaikum wbt,

Bagi yang kerja di pejabat kita kekadang banyak tak puas hati,  ada yang mengadu dengan kawan2 , ada yang mengadu dengan boss (ni jeni kaki bodek) dan ada yang  mengadu dengan Allah.  Bila bercerita dengan kawan2 tu yang menyebabkan waktu makan atau minum terbabas melebehi waktu...Sebab tu kekadang terkeluar banyak peribahasa dan simpulan bahasa  dan kenyataan seperti di bawah :
  • boss cakap tak serupa bikin
  • kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak
  • kat ofis ni ada superman dan superwoman agaknya.....macam dia sorang ajer yang hebat
  • boss kelam kabut , boss tak pandai buat decision dan banyak lagi
  • boss pilih kasih
  • lebih kurang 21 tahun lalu ( 1991) masa aku di Yayasan Selangor , GM aku pernah tegur aku, "Rosli kita kena ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"....masa tu darah Jebat/Kasturi aku begitu membuak2.....finally 1993 aku berhijrah ke Sykt di mana aku kerja sekarang.... 
Prinsip aku sekarang lebih jelas,  'aku masih seorang pejuang tetapi aku tidak suka langgar peraturan dan undang2',  aku dah penat melawan arus....aku nak ada happy life selepas pulang dari kerja dan berehat dengan hati yang tenang di rumah tanpa memikirkan masalah kerja. Aku cuma berharap provokasi yang berterusan dapat aku tangani dengan hati yang tenang. Ameen

8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Insyaallah
kerja kita ibadah

Wassalam

norh said...

ada nasihat lebih lagi tak macam mana nak kekal bermotivasi kat tempat keja?
nak lagi bila kena jadi orang yg tak boleh buat salah dlm company?..

luahfikiran said...

SALAM,
DI MANA2 ADA CABARAN DAN DUGAANNYA. TERINGAT MASA KERJA2 DULU. PENDIRIAN DAN SEMANGAT SDR ITU BAGUS ... TERUSKAN

Cik Kamoo said...

kadang2 org bawahan selalu dipijak .... jd mentimun ... digelek ke, menggelek ke tetap luka!

sekarang kena pakai prinsip baru walaupun mentimun ... belajarlah mengelak!!

rosli said...

Hj Rozali,

Itulah yang sepatutnya, cuma kekadang terlupa masa bekerja. Tk atas peringatan

rosli said...

Norh,

Saya tak pandai bab nasihat ttg kerja ni, ikut apa kata Hj Rozali kerja kerana Allah. Lagi satu kena buat semua dengan ikhlas, tegur mana yang tak betul jika ada keberanian dan puji boss jika dia cemerlang, bukan nak bodek tapi nak compliment.

Yang paling mudah masa bekerja, ikut semua peraturan pejabat, jika ada masa buat lebih untuk puaskan hati sendiri. Cuba happykan semua kawan2 dan diri kita. Senyum selalu ( wpun muka saya sendiri serius). Kalau boss marah kita diam dan buat kerja. Kalau masih tak tenang terus solat hajat. Tiap2 hari berdoa agar boss kita tak marah dan setiap waktu selepas berdoa utk diri sendiri dan keluarga doakan boss dan rakan2 pejabat.

Jika semua di atas tidak berhasil pada saya lebih baik kita bertukar unit, jabatan atau bertukar tempat kerja.

Kena ingat dalam hati kita semua ada kelemahan dan dalam masa yang sama kita semua ada kekuatan masing2....kena bagitau boss kekuatan kita di mana.....biar boss ingat itu semua

rosli said...

Dato LH,

Tk atas sokongan dan pandangan Dato, saya akan cuba di mana yang boleh.

rosli said...

Cik Kamoo,

Betul tu, kena pandai mengelak saya setuju. Cuma kekadang boss masih tak puas hati dan tidak cukup dengan usaha kita.

Kekadang teringat petua orang lama, tunggu durian jadi tempoyak dan kita cicah dengan timun....( saya hantu durian tapi tak makan tempoyak...)

Kita doakan boss kita sentiasa selamat dan sihat dan hope dia lembut hati....wpun masa tu kita pun sedang marah