Sunday, December 25, 2011

TEMPAT MENGAJI MASA KECIK2- MADRASAH OTHMANIAH, SEKSYEN 8, PETALING JAYA

Assalamualaikum wbt,

Saya dah pernah postkan pasal Madrasah  ni tahun lepas,  tapi sekeping gambar dari luar sahaja. Pada 17 Disember lalu anak buah saya (Fauziy) yang jugak AJK Madrasah mengadakan majlis perkahwinannya bersebelahan dengan madrasah dan masak memasak guna kemudahan madrasah. Bersyukur kerana berpeluang hadir ke kawasan di mana saya dibesarkan sehingga berumur 16 tahun...Begitu banyak perubahan kepada madrasah ini.


 NI GAMBAR TAHUN LEPAS, SEKARANG MEREKA
 DAH CAT BARU, LEBIH KEMAS DAN CANTIK

Dapatlah saya  melihat perubahan madrasah tu......sangat berbeza dan semua kawasan rumput mereka telah tiles dan semakin cantik.  Terlalu banyak kenangan saya dengan madrasah ini sejak tahun 1970 hingga 1979.

BAHAGIAN DALAM DAN TEPI SURAU,  
(DULU RUMPUT DAN ADA LONGKANG TEPI SURAU)

BAHAGIAN BELAKANG SURAU DAN DAPUR 
TERMASUK PINTU MASUK UTAMA UNTUK JEMAAH 
WANITA(DULU KAT TEMPAT WUDHUK POMPUAN 
TU ADA KOLAH BESAR UNTUK SEMUA JEMAAH)

Ruang solat pun mereka telah pindahkan ke tingkat bawah,  asalnya di tingkat satu,  saya dimaklumkan bahawa ramai AJK asal dah berumur sangat dan mereka tidak larat lagi mendaki tangga, yang penting mereka selesa dan happy.  

Kepada rakan2 sepermainan saya, Nasaruddin Jaafar (nama gelaran ADIN), Ramli Ibrahim (nama gelaran YEH) dan anak buah saya Fauziy ( POJI) yang aktif sebagai AJK Surau teruskan usaha anda semua bagi memakmurkan Madrasah kita,  moga Allah membalas pengorbanan dan jasa anda semua. Ameen

4 comments:

rezeki said...

salam

saya dulu mengaji dengan emak je

tu yang lambat khatam hehehe

mamasita said...

Salam Rosli..berbanding dengan blogger rezeki, saya lagi hebat.
Arwah mak dan arwah abah ustazah dan ustad.
Tak khatam2..ni tengah hari2 ngaji siap dengan makna..
InsyaAllah khatamlah nanti..:))

Bukan salah arwah mak dan arwah bah tak mengajar..saya yang mengelat mengaji dulu..last2 they all mengalah..ahhh..sedih2.

rosli said...

Hj CR,

Bila terkenang zaman mengaji dulu saya pun terasa menyesal....napelah "aku tak mengaji betul"...apapun kepada guru agama dan makcik yang mengajar mengaji tu jasa mereka tetap dikekang dan Allah sahaja dapat membalasnya.

rosli said...

Mamasita,

Its better late than never, yang pntg bila kita dah tahu dan skrg Mamasita mengaji dengan lebih baik kerana tahu makna.

Saya lagi teruk, dua kali khatam quran masa kecik2....skrg bila baca merangkak dan 'langgar' semua panjang pendek dan berhenti....wife saya selalu tegur...camanalah saya boleh khatam dua kali...., bukan ustaz saya yang salah atau guru mengaji saya yang salah....saya yang mengaji sebab nak cepat habis masa tu...semua salah saya sendiri.