Wednesday, December 26, 2012

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya, “Hinalah kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga” (dengan sebab itu)”. 

Huraian Hadith: 
  1. Islam menyuruh umatnya supaya mengutamakan berbuat baik kepada ibu bapa dan kemudian kepada keluarga.
  2. Ibu bapa adalah orang yang paling patut dihormati. Sesiapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka nescaya dia tidak akan masuk syurga.
  3. Islam memandang hina kepada orang-orang yang tidak mengambil tahu hal ibu bapa mereka.
  4. Islam mengajar umatnya bersopan santun dengan ibu bapa.
  5. Berbuat baik kepada ibu bapa adalah wajib walaupun mereka masih muda, tetapi hadith ini menyebut ketika tua kerana pada ketika itu mereka lebih berhajat kepada bakti anak-anak disebabkan kelemahan mereka.
  6. Derhaka kepada ibu bapa adalah antara dosa besar yang menyebabkan seorang itu dihalang daripada rahmat Allah.
Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin

2 comments:

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wbt tuan Hj...Apa kabar...seronok membaca en3 kali ini...kisah ibubapa.
Semoga ia terkesan kepada pembaca..

JazakaAllah

rosli said...

MI,

In Shaa Allah, kita sama2 berkongsi ilmu.