Riwayat: at-Tirmizi
Kategori: Akhlak
Hadith:
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”
Huraian Hadith:
- Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
- Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
- Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
- Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
- Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
- Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
- Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
4 comments:
Assalamualaikum En Rosli
moga kita tidak diuji dgn yg tidak mampu kita pikul
Kemunkinan kita bukan lah dari golongan yang susah. Rasa rasa ujian yang menkin kita abaikan ialah ujian dalam bentuk limpahan kesenangan. Apakah kita buat dengan sedikit sebanyak anuherah Dia? Semata2 mencukupi dengan ucapan sympathy atau lebih dari itu?
Selamat tahun baru dan salaam hormat
Hj Rozali,
Betul tu....Allah lebih mengetahuinya
Al Manar,
Memang anugerah rezeki yang melimpah membimbangkan kita semua kerana itu boleh menyebabkan kita kekadang lupa itu adalah dugaan dari Allah.Insyallah kita berkongsi rezeki dengan bersedekah.
Post a Comment