Thursday, February 27, 2014

BURSA KAMI DATANG (FERI DAN BURUNG CAMAR)- BAB 4

Assalaamualaikum wbt,

Sebaik bas memasuki feri kami diarahkan turun dari bas...sejuk gila ....berebut ke tandas percuma....ada cerita pasal tandas percuma ni......ada yang naik atas feri duduk kat sebelah dalam feri ada heater, baru nyaman.ada yang duduk kat sebelah luar feri sejuk giler lagi....hehe... perjalanan feri tidak lama dijangka lebih kurang 45 minit sahaja......

SAYA DAN FAMILI.... FERI DAH TUNGGU DI BELAKANG KAMI TU
ANAK2 DEPAN FERI.....CERIA MASA NI....AKU SUKA DAN PUAS HATI...
Sementara feri bergerak dan menuju Port Yalova...apa lagi bergambar ajerlah......tak lama lepas tu burung2 Camar Laut mengikuti feri kami.....mereka macam dah tau akan mendapat bekalan makanan dari penumpang feri.....

AKU DAN WIFE SEBELUM FERI BERGERAK...SEJUK GILER...
ISTERI AKU DENGAN KAKAK AKU, RAMLAH
CERIA.....WALAUPUN PENAT DAN SEJUK GILER...
AMMAR TENGAH SHOOT CLOSED UP
Anak2 memang cepat lapar....rupanya sarapan roti tadi tidak cukup untuk mereka....sejuk  buat mereka cepat lapar....mereka cari makanan lagi di dalam cafe feri....hehehe..

SEDANG MENIKMATI KEBAB TURKI..SEDAP GILER KATA ANAK2...HEHEHE
Aku pulak masa...suka nak tengok pemandangan luar walapun sejuk sebab aku nak amik foto2 buat kenangan di atas feri dan pemandangan indah walaupun sejuk giler kat luar feri...aku puas dapat amik gambar burung2 Camar Laut yang sibuk menyambar roti2 dari lambungan penumpang feri.....

BELAKANG AKU TU DAH MULA BANYAK CAMAR LAUT YANG IKUT FERI
MEREKA TUNGGU MAKANAN
AKU PUN TURUT LEKA DAN TERUJA DENGAN AKSI CAMAR2 LAUT NI
CLOSED UP....AKU PUAS HATI DAPAT SNAP GAMBAR MEREKA NI..
CAMAR LAUT NI AKAN IKUT PENUMPANG YANG SENTIASA BAGI MEREKA MAKANAN
CAMAR LAUT NI PUN PENAT JUGAK DAN MEREKA REHAT ATAS AIR LAUT TU..
BERATUS DAN MUNGKIN JUGA BERIBU

Alhamdulillah setelah belayar 45 minit...akhirnya tiba juga di Port Yalova...perjalananan darat diteruskan ke bandar Bursa...cantik pemandangan ladang dan gunung ganang menuju Bursa.
FERI MENUJU PORT YALOVA
Kalau ikut maklumat google jarak dari Istanbul ke Bursa ikut jalan darat lebih kurang 240 KM..tetapi bila dah ikut jalan laut ni mengikut Ali ianya dah pendek 50 km...

Monday, February 24, 2014

BURSA KAMI DATANG (SARAPAN DI TERMINAL JETI) - BAB 3

Assalaamualaikum wbt,

Lebih kurang 2 jam setengah dalam bas kami tiba di Terminal Eskihisar jam 9.30 pagi. turun je bas...mak oiiii sejuknya.....berasap mulut....suhu ketika itu 3 darjah celcius.....sementara tunggu feri kami dihidang dengan sarapan pagi yang sangat simple..ROTI BULAT KERAS ATAU SIMIT,  masa tengah lapar memang sedap sangat roti ni.....kami dicadangkan beli roti lebih untuk bagi burung makan masa di feri nanti....satu pengalaman baru ....bagi burung makan roti....camana agaknya....!!!
PENAT 10 JAM DALAM FLIGHT...NAIK BAS PULAK...MASIH BOLEH SENYUM..MASIH TERUJA LAGI....SEBELAH TU KAKAK AKU, RAMLAH
ALI YANG  BELIKAN SIMIT DI TOL TERMINAL .....DIA BELANJA KAMI...
TU DIA SIMIT....MEMANG SEDAP...1 TURKI LIRA (TL) SEKEPING
Sementara tunggu feri seterusnya kami lepak kat kafe , pekena teh dan Simit.....sejuk sangat masa tu.....mulut 'berasap'....sejuk giler.....Inilah sarapan yang paling sedap ketika itu.....itulah makanan pertama yang aku rasa sejak mendarat di Istanbul....

MASA TENGAH LAPAR SIMIT NI MEMANG YANG ENAK SEKALI
TENGAH2 SEJUK , TEH NI PUN JADI SEDAP SANGAT....HEHEHE
SARAPAN BERSAMA KELUARGA
MAKANAN LAIN PUN ADA.....
GULA PERANG DALAM PAKET KECIK2
SENARAI HARGA MAKANAN DAN MINUMAN
CERIA DAH LEPAS SARAPAN ROTI DAN TEH
POSING BERSEORANGAN YANG PERTAMA DI TURKI...SEJUK BEKU ....HEHEHEHE
LUAS KAWASAN TERMINAL FERI INI
JAM 10.12 KAMI NAK GERAK DAH..
BESAR FERI NI SEBAB BEBERAPA BAS DAN LORI PUN ADA DALAM FERI INI

Selepas sarapan bergegas naik bas....bas terus meluncur ke dalam feri... feri dah tunggu lama ...kuat betul hon feri masa tu.....

Sunday, February 23, 2014

ISTANBUL AKU DATANG BERSAMA KELUARGA DAN KAKAK - ISTANBUL - JAMBATAN BOSPHORUS - BURSA - BAB 2

Assalaamualaikum wbt,

Tarikh 23 Januari, Penerbangan kumpulan umrah ziarah kami seramai 46 orang  termasuk 2 orang kanak2  dari KLIA jam 11.15 malam.....10 jam penerbangan baru tiba ke  destinasi pertama, Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.....penat tetapi teruja sangat..sebab bersama wife, anak2 dan kakak dan kami semua pertama kali menjejak kaki ke Turki. Alhamdulillah dah landing di Benua Eropah.....

24 JANUARI 2014 Ini kali ketiga aku jejak kami ke Benua Eropah, dua kali dulu semua atas tugasan rasmi dengan perbelanjaan Syarikat....kali ini dengan duit sendiri....pada aku lebih bermakna dan bersama keluarga. Alhamdulillah.


BEG2  DARI RUMAH YANG BELUM 'BERANAK' LAGI
Cuaca ketika itu sejuk gila....lebih kurang 6 degree celcius tu...dah mula terasa sejuk sangat hingga ke tulang....boleh ke bertahan dalam cuaca sejuk begini nanti.....



BARU JE MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG ATATURK, ISTANBUL

Kami disambut oleh seorang pemandu pelancung  berbangsa Turki bernama Ali dan fasih bertutur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu/Indonesia....memang kumpulan kami sangat beruntung bersama dia sepanjang di Turki .  Teringat sambutan pertama  Ali ...."tuan tuan mesti terasa sejuk gila kan"....kami semua ketawa.....memang dia fasih berbahasa Melayu.... . "Sekarang saya bersama dengan 46 penyamun....Ali dengan 46 penyamun "...kami ketawa lagi....

Selesai solat Subuh  dan taklimat dari pemandu pelancung kami terus ke bas....tak pandang kiri kanan dah..sejuk gila masa tu...dalam bas ada heater...terasa nyaman sikit.  Bas keluar dari lapangan terbang terus menuju ke BURSA.....destinasi pertama rombongan kami perjalanan lebih kurang 5 jam. Matahari baru nak terbit ketika itu....cuaca  memang sangat sejuk walaupun matahari dah mula memancar.


MATAHARI BARU MEMANCAR YANG PASTI SEJUK KETIKA INI
Aku dah tahu bas akan melalui Jambatan Bosphorus, aku  begitu teruja nak melalui Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Benua Eropah dengan Benua Asia.  Ketika ini jalan menuju ke arah jambatan memang sedang sesak ,  kebetulan orang2 Istanbul nak pergi kerja....hampir semua jalanraya mereka sesak..

Semakin teruja bila dah mula nampak Jambatan Bosphorus yang penuh dengan sejarah ini...

DAH DEKAT...
 SEMAKIN DEKAT
 BARU MELALUI JAMBATAN....INDAHNYA PEMANDANGAN....
DI TENGAH TENGAH JAMBATAN....AKU TERUJA DAN  SANGAT GEMBIRA...
Pemandu pelancung mengarahkan kami bersedia dengan kamera untuk amik gambar batu tanda dah masuk ke Asia.....memang teruja sangat...hehehe nak masuk benua kita semula....Alhamdulillah.

WELCOME TO ASIA
INILAH JAMBATAN BOSPHORUS YANG MENGHUBUNGKAN 
ANTARA BENUA EROPAH DAN ASIA

Bas kami meluncur laju menuju ke BURSA dan akan singgah untuk naik feri di Terminal Eskihisar. 

Saturday, February 22, 2014

SYUKUR ALHAMDULILLAH- CERITA DAN PENGALAMAN UMRAH BERSAMA KELUARGA 2014..- BAB 1

Assalaamualaikum wbt,

Hari ini batuk aku dah lega banyak berbanding 2 minggu lepas....bolehlah menulis sikit di sini.

Alhamdulillah Umrah kali ini, beberapa kali aku sebak dan menangis di Masjid Nabawi dan di Masjidil Haram depan Kaabah....aku bersyukur sangat sebab niat dan perancangan aku buat umrah bersama isteri aku Haslina Md Yunos,  anak2 aku,  Nur Adiera Hanna, Muhammad Danial Rezza , Muhammad Ammar Zikri dan kakak aku Ramlah Bt Ibrahim tercapai tahun ini. Aku merancang sejak tahun 2008 selepas umrah aku yang pertama dulu. Aku sebak dan tidak boleh nak bayang perasaan aku semasa di Madinah dan Makkah...

Kalau ikut niat asal nak bawak wife dan anak2 aku ke London, UK atau pusing Eropah.....akhirnya dengan izin Allah dapat idea pergi umrah ziarah Turki,  Istanbul  dan Bursa, Madinah dan Makkah...." sekurang2nya dah landing kat Istanbul, Turki dan jejak kaki ke Eropah"... semasa aku terangkan kepada anak2 aku dulu. ..mereka semua setuju.

Memang aku merancang tahun 2013 atau 2014...sebabnya bila capai umur 50 bagi orang yang makan gaji seperti aku adalah sikit duit dari simpanan KWSP...buat duit tambang dan belanja. Alhamdulillah , merasalah duit KWSP aku..

Sepertimana yang dijadualkan , 23 Januari 2014 bertolak dari KLIA,  24 Jan hingga 28 Jan berada di Istanbul, Bursa dan Istanbul semula ...terus ke Madinah pada 28 Jan hingga 31 Jan....lepas solat Jumaat dan  ziarah wida di Makam Rasulullah saw..jam 3.00 ptg kami  terus menuju ke Makkah dan berada di Makkah sehingga 5 Feb dan dapat buat umrah 3 kali  dan solat di Masjidil Haram selama 5 malam di Makkah. 

5 Feb selepas tawaf wida pada sebelah pagi..terus ke Jeddah untuk makan tengahari di Masjid tepi laut dan pada sebelah petang bertolak ke Istanbul semula dan tukar flight selepas 4 jam di Airport Istanbul   dan seterusnya penerbangan  selama 10 jam ke Malaysia...tiba di KLIA, 6 Feb jam 5.15 petang...Alhamdulillah ziarah dan umrah dapat dilaksanakan moga kami sekeluarga perolehi umrah yang mabror. Ameen Ameen. Ameen.. (Insyahallah cerita pengalaman ziarah dan umrah bermula esok)

Friday, February 21, 2014

MASIH BELUM BAIK BATUK DAN SIBUK DENGAN TUGASAN

Assalaamualaikum wbt,

Aku masih belum sihat sepenuhnya.....kebetulan dah mula bertugas.....baru pulang dari Johor dan Insyallah minggu depan gi Ipoh pulak......entah bila nak mula dengan cerita Turki dan umrah......mohon maaf pada semua pembaca yang mungkin tertunggu2 dengan cerita ziarah  Istanbul dan Bursa di Turki dan umrah aku dan keluarga.

Thursday, February 13, 2014

DEMAM, SELSEMA DAN BATUK

Assalaamualaikum wbt,

Alhamdulillah selamat pulang ke rumah 6 Feb lalu...Di Turki, Madinah dan Makkah aku sihat dan dapat beribadat sepenuh hati masa di sana....Memang ada terlintas di hati masa di Madinah dan Makkah....agaknya bila pulang ke Malaysia mesti aku dapat sakit dan batuk....bukan doa tetapi terlintas di hati....

Bila pulang ke Malaysia... Allah menguji aku dengan demam , selsema dan batuk....hingga hari ini batuk masih berterusan, tekak perit, rasa pahit dan tidak selesa. Teringat pesan isteri dulu.....setiap sakit yang Allah beri adalah untuk menghapuskan dosa2 aku.....aku redho....Teringat masa di Makkah ketika tawaf banyak sangat lintasan di hati apabila melihatkan perangai manusia dari pelosok dunia yang berbagai ragam.....Insyallah aku akan berkongsi rasa dalam entri2 aku akan datang....aku ketika itu banyak berdosa dan bersangka buruk dengan ramai jemaah yang tidak sabar....menolak2 ketika tawaf dan macam2 ragam lagi.

Moga Allah memaafkan diri aku ini.

Friday, February 7, 2014

PULANG KE MALAYA DARI UMRAH ZIARAH ISTANBUL, BURSA, MADINAH DAN MAKKAH

Assalaamualaikum wbt,

Alhamdulillah, aku dan keluarga telah selamat kembali ke tanahair semalam, Khamis 6 Februari jam 7.45 mlm....baru masuk waktu maghrib ketika itu.....memang tersangat penat dan keletihan aku sekeluarga......hingga hari ini masih lagi belum hilang 'jet lag'.

Insyallah kalau ada kelapangan aku akan berkongsi rasa dan pengalaman semasa di Istanbul, Bursa, Madinah dan Makkah.

Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang mendoakan aku dan keluarga semasa aku mengerjakan umrah dan ziarah. Ameen