Saturday, February 22, 2014

SYUKUR ALHAMDULILLAH- CERITA DAN PENGALAMAN UMRAH BERSAMA KELUARGA 2014..- BAB 1

Assalaamualaikum wbt,

Hari ini batuk aku dah lega banyak berbanding 2 minggu lepas....bolehlah menulis sikit di sini.

Alhamdulillah Umrah kali ini, beberapa kali aku sebak dan menangis di Masjid Nabawi dan di Masjidil Haram depan Kaabah....aku bersyukur sangat sebab niat dan perancangan aku buat umrah bersama isteri aku Haslina Md Yunos,  anak2 aku,  Nur Adiera Hanna, Muhammad Danial Rezza , Muhammad Ammar Zikri dan kakak aku Ramlah Bt Ibrahim tercapai tahun ini. Aku merancang sejak tahun 2008 selepas umrah aku yang pertama dulu. Aku sebak dan tidak boleh nak bayang perasaan aku semasa di Madinah dan Makkah...

Kalau ikut niat asal nak bawak wife dan anak2 aku ke London, UK atau pusing Eropah.....akhirnya dengan izin Allah dapat idea pergi umrah ziarah Turki,  Istanbul  dan Bursa, Madinah dan Makkah...." sekurang2nya dah landing kat Istanbul, Turki dan jejak kaki ke Eropah"... semasa aku terangkan kepada anak2 aku dulu. ..mereka semua setuju.

Memang aku merancang tahun 2013 atau 2014...sebabnya bila capai umur 50 bagi orang yang makan gaji seperti aku adalah sikit duit dari simpanan KWSP...buat duit tambang dan belanja. Alhamdulillah , merasalah duit KWSP aku..

Sepertimana yang dijadualkan , 23 Januari 2014 bertolak dari KLIA,  24 Jan hingga 28 Jan berada di Istanbul, Bursa dan Istanbul semula ...terus ke Madinah pada 28 Jan hingga 31 Jan....lepas solat Jumaat dan  ziarah wida di Makam Rasulullah saw..jam 3.00 ptg kami  terus menuju ke Makkah dan berada di Makkah sehingga 5 Feb dan dapat buat umrah 3 kali  dan solat di Masjidil Haram selama 5 malam di Makkah. 

5 Feb selepas tawaf wida pada sebelah pagi..terus ke Jeddah untuk makan tengahari di Masjid tepi laut dan pada sebelah petang bertolak ke Istanbul semula dan tukar flight selepas 4 jam di Airport Istanbul   dan seterusnya penerbangan  selama 10 jam ke Malaysia...tiba di KLIA, 6 Feb jam 5.15 petang...Alhamdulillah ziarah dan umrah dapat dilaksanakan moga kami sekeluarga perolehi umrah yang mabror. Ameen Ameen. Ameen.. (Insyahallah cerita pengalaman ziarah dan umrah bermula esok)

1 comment:

service ac humaam said...

Awesome Info
Saya sedang mencari informasi tentang umroh januari 2016, Alhamdulillah menemukan infonya disini. Terimakasih.

Powered By Girilaya Real Groups