Assaalaamualaikum wbt,
Berat betul nak menulis pasal jiran2 ni....aku teringat banyak hadis yang berkaitan jiran tetangga.....teringat jugak pesanan orang tua dulu....hidup berjiran memang banyak dugaan.
Masuk tahun 2014 dah 15 tahun aku duduk kawasan dan taman ni....ada 20 rumah di jalan yang aku duduk ni.....mungkin jugak ada jiran yang tidak suka dengan aku atau makan hati dengan aku.....entahlah......
Aku sekadar berkongsi sikap beberapa jiran yang sangat mementingkan diri sendiri tanpa memikir masalah orang. Tempat meletak kenderaan dan dekorasi rumah. Kena ingat kita ni duduk rumah teres dan telah disediakan parking kereta sendiri dalam rumah.
Satu contoh jiran aku ni....duduk rumah corner lot....tetapi ketiga tiga biji buah kereta dia letak luar rumah dan secara menyenget....dalam rumah kosong dan renovation dia santak sampai ke porch kereta. Betul ke sikap dia ni ???
Satu lagi jiran aku ni....memang ada sebiji je kereta kecik...pun letak luar rumah....sebabnya laman dan porch kereta dia dah jadi taman siap bertangga lagi....betul ke sikap dia ni ????
Satu lagi jiran lagi hebat.....ada 3 biji kereta jenis continental lama.....semua letak luar rumah....merata letak depan rumah orang dan kekadang luar rumah dia tetapi menghalang jalan.....sebabnya dalam rumah dia penuh dengan pasu2 bunga hinggakan dah macam nursery bunga rumah dia.....Betul ke sikap mereka ni ???
Satu lagi jiran betul2 depan rumah aku....pun ada 4 buah kereta sebab anak ramai...aku dah tegur dah....kalau letak kereta biarlah dua tayar atas rumput dan dua tayar lagi atas jalan..supaya tak menyusahkan aku nak kuar kereta.....berbuih dah mulut aku...masih macam tu jugak...
Bila dah masuk umur 51 ni....terasa malu pulak nak bising2 dan tegur jiran2.....merungut dalam hati dan tak puas hati dengan sikap mereka ni......entahlah.....nak cari pilihan lain pulak
Rasa give up nak duduk area ni skrg.....penat dengan kerenah jiran.....daripada aku buat dosa lebih baik aku angkat kaki dan pindah tempat lain...kebetulan dapat offer rumah Semi D....selang 2 km dari rumah sekarang.....betul2 depan masjid....sebaris je ada 6 biji rumah yang sama.....cuma harganya yang begitu tinggi....aku tengah berkira2 ni......yang pasti setiap kejiranan akan ada masalahnya yang tersendiri....begitulah adat kehidupan.
Ya Allah Kau permudahkanlah diri hambaMu untuk membuat keputusan.....
Ya Allah Kau permudahkanlah diri hambaMu untuk membuat keputusan.....
4 comments:
Ingatkan kami jer yang bermasalah dengan kereta jiran nih hihi.
Kebanyakan rumah teres sekarang nih akan ada 3 buat kereta, kalau masuk parking dlm pagar oklah juga, tapi banyaknya melepak kat pagar rumah org jer. Mcm kami plak ada 2 kerete, dua2 memang parking dlm pagar, tapi masalah plak bila nak keluar, selalulah org blok parking,nak masuk pun org blok parking.. adoiii. Nak tunggu org yg blok parking tuh keluar dah satu hal. Hon pun tak jalan.. (luahan perasaan plak kan)
Mila@ Rimbun,
Begitulah....sikap sesetengah jiran kita....salahkah kita meluahkan dalam blog....pada saya you pun patut luahkan.....adakalanya tolak ansur memakan diri....tepuk dada tanya iman...
Assalamualaikum Tuan,
Tu yang susahnya .....kadangkala kita cuba memahami akan jiran-jiran tetapi jiran-jira maam tidak mahu memahami akan kita.......
Nampaknya semkin berumur semakin banyak dugaan yang memerluka kesabaran yang tinggi bagi menghadapi akan karenah JIRAN-JIRAN
Pesona,
Begitulah adanya dan dugaan berjiran begini....saya mmg dah penat. Jika tidak ada aral saya memang akan berpindah dari kawasan ini selepas bulan Shawal. Insyallah
Post a Comment