(5 Februari 2014)
Lebih kurang jam 10.30 pagi bas meninggalkan hotel menuju ke Bandar Jeddah setersunya ke Lapangan Terbang Jeddah dan terus ke Lapangan Terbang Kamal Atartuk dan terus terbang pulang ke Malaysia.
Katerer yang hantar makanan sedikit lewat....kami hanya ambil angin sahaja di tepi laut dan lunch di airport Jeddah...dugaan pertama sebelum bertolak pulang ke tanahair.....hehehe...
BEG SIAP TERKUMPUL SEBELUM SUBUH LAGI
PERJALANAN MENUJU JEDDAH
Di Jeddah memang satu persinggahan hampir semua jemaah sebelum pulang ke tanahair...aktiviti biasa bersiar2 di tepi pantai berdekatan Masjid Ar Rahmah@ Masjid Terapung sambil makan tengahari di tepi laut sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk bertolak semula ke Istanbul,Turki.
ANTARA BANGUNAN UNIK DI JEDDAH
Tidak dapat nak dibayangkan dalam hati pada ketika itu.....entah bila dapat hadir ke Makkah lagi....ada ke umur ? ada ke rezeki ? dan macam2 lagi yang bermain di hati ini pada ketika itu....
PEMANDANGAN MASJID AR RAHMAH DARI PARKING BAS
KENANGAN AKU DENGAN FAMILI DAN KAKAK AKU
CANTIK MASJID AR RAHMAH @TERAPUNG
ANAK2 MAKAN BAKSO YANG DI BELI DARI PENJUAL INDONESIA
POSING...LATAR BELAKANG LAUT MERAH YANG PENUH SEJARAH
AKU DAN WIFE POSING LAGI....SAAT2 MANIS DAN INDAH
Ketika makanan tengahari tiba waktu sedikit lewat dan akhirnya semua bersetuju agar makanan tersebut di bawa ke Lapangan Terbang Jeddah untuk kami makan di sana sebelum bertolak ke Istanbul , Turki pada jam 6.00 petang.
AIR LAUT MERAH JERNIH TETAPI TIDAK DIBENARKAN MANDI DI SINI..BAHAYA..
BATU KARANG DAN BATU LAUT MERATA
LAGI VIEW INDAH MASJID AR RAHMAH
Alhamdulillah......Insyallah jika ada rezeki, ada umur dan ada kelapangan akan tiba di sini lagi ..giliran haji 2024.....
No comments:
Post a Comment