Jam 8.00 mlm , 17 September 2014 aku dapat panggilan dari anak sedara aku Noor Azmi Fariz dan Abang aku Razali Ibrahim memaklumkan bahawa abang sulong aku Hj Abdul Manap Hj Md Yusoff terjatuh ketika solat dan meninggal dunia.....terduduk aku dapat berita ini macam tak percaya pun ada.....abang aku bukan ada penyakit yang kronik pun....sakit2 biasa tu adalah.....umur dia 65 tahun. Aku dimaklumkan abang aku terjatuh dan tersembam muka dia ketika sedang solat Maghrib dan meninggal beberapa minit kemudian....Allahhuakhbar....Aku bergegas ke Klang, rumah arwah abang aku....aku tatap wajah dia.... tenang di wajah dia...aku rasa lega......Alhamdulillah
Pagi, 18 September 2014 (semalam), urusan memandikan jenazah, tahlil , dikapankan, disolatkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Rantau Panjang, Klang selesai pada jam 10.45 pagi....Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..
Tahun dan tarikh yang aku akan ingat selagi ada hayat 1981, abah aku Ibrahim bin Mat Dom. , tahun 1987 Md Yunos Mohd Zin bapa mertua aku, ...1991 arwah emak aku Hjh Mahiam Bt Hj Hassan, tahun 1995 arwah abang alang aku, Amizon Ibrahim, tahun 2010, kakak ipar aku Asnah Yunos tahun 2012, arwah Jumeah Sungep, kakak ipar aku dan Disember 2013 anak sedara aku, Nor Haslinda Abdul Manap...Kesemua mereka adalah insan2 yang aku kenal rapat...telah meninggalkan aku lebih awal.
Aku dengan abang manap aku, rapat antara tahun 1981 hingga tahun 1986....aku menumpang rumah dia di Taman Gembira, Sg Bertek , Klang dari waktu aku belajar di Tingkatan 6 dan sehingga aku tamat belajar di UM pada tahun 1986. Selepas dapat kerja tetap tahun 1987 aku tinggal di KL dan 1993 aku berpindah ke Bandar Baru Bangi hingga kini. Walaupun aku duduk diBangi dan arwah di Klang, telefon menjadi hubungan jika ada perkara penting. Kali terakhir aku berjumpa arwah 31 Julai lalu ketika beraya, tidak ada sebarang perubahan nyata dari perbualan atau sikap arwah.

Mungkin ada yang terperasan bin kami tidak sama, saya bin Ibrahim dan abang Manap bin Hj Md Yusoff, kami mempunyai ibu yang sama cuma berlainan bapa. Arwah ibu kami Hjh Mahiam sejak dari kecik dah tanam dalam diri kami semua , arwah Abg Manap adalah abang sulong dan kami adik beradik betul.....aku dan adik beradik lain tidak ada bantahan sebab abang Manap memang tegas dan banyak berjasa dengan kami sejak dari kecik.
Aku sendiri anggap abang Manap adalah idola aku dan aku tidak terbalas jasa Abang Manap dan kakak ipar aku Hjh Faridah Hj Ismail. Abang Manap banyak membentuk jiwa dan personaliti aku agar berani bercakap dan berani memberikan pendapat. Terlalu banyak untuk aku ceritakan di sini....biarlah ianya menjadi ingatan dalam minda aku.
Aku doakan abang aku tenang di SANA, rohnya sentiasa dicucuri RahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah. Aamiin Aamiin Aamiin.

AIR MAWAR DISIRAMI ANGGOTA KELUARGA TERAPAT
Aku doakan abang aku tenang di SANA, rohnya sentiasa dicucuri RahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah. Aamiin Aamiin Aamiin.
4 comments:
Terimah ucapan takziah dari saya. Saya sudah hilang dua abang lelaki dan seorang kakak. Hidup buat sementara. Bersabarlah, saudara
Salam, sudah 2kali kak menyinggah bila ade kematian,Takziah dan semuga adik dan keluarga tabah di dlm ujian. Umur Wrah lebih kurang Kak. Insaf seinsaf bila pula giliran kak. Smlm pun tengok adik ambil selfie kat Pusara mak kak di Kiara.
Kak menumpang seronok keluarga adik rapat ramai dn mesra.
Semoga allah cucuri Rahmat keatas roh abnag adik. Jatuh itu mungkin kerana beliau tidak mensyaki apa2 perubahan. Acap kali pesakit jantung dikelirukan dengan angin dalam perut, ingat kembung dan gastrik jadi ubat-uabat gitu mcm minum Gaviscon. Pernnah kawan anak kak jadi begitu. Dia ingat dia angin tapi bila masuk wad baru tahu, kalau lambat, jadi serius. Jantung tersumbat.
Harap tidak lagi leka dan cuai kalau sakit paras perut ke atas!
Kak & anak ikut Mak dan keluarga belahnya - pesakit jantung!
Rajin-rajin check terutama kalau BMI tinggi dari 24!
Terima kasih tiade terhingga kerana dapat menfaat peringatan - rumah dah kata pergi!
Wssalam.
As Salam Al Manar,
TQVM berkongsi rasa dan nasihat.
As Salam Kak Shakirin Al Ikram,
TQVM berkongsi rasa dan nasihat .
Post a Comment