Wednesday, October 29, 2014

SEMUANYA DARI ALLAH ( DUGAAN SEDARA MARA )- BAB 2

Assalaamualaikum wbt,

Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

Adakalanya bila terkenang zaman masa kecik2 dulu antara tahun 1970an hingga 1980an..hati aku sedih, marah dan terkenang dendam yang aku dah padamkan selepas balik umrah 2008.

Kesusahan arwah abah aku (Hj Ibrahim Mat Dom) dan arwah ibu aku (Hjh Mahiam Hj Hassan) membesarkan anak2 menyebabkan kami selalu dihina oleh sedara mara yang lebih senang....tidak berniat membuka pekung di dada. Arwah ibu aku berkahwin dengan arwah abah aku setelah menjadi janda dua kali, kali pertama jadi janda sebab ibu aku lewat dapat anak dan diceraikan ketika ibu aku mengandung 3 bulan dan melahirkan abang sulung aku (arwah Hj Abdul Manap Md Yusoff pada tahun 1949) dan arwah suami kedua dia meninggal ditembak komunis pada tahun 1951.

Arwah ibu aku berkahwin kali ketiga dengan arwah abah aku tahun 1953 (aku tidak ingat tarikh sebenar) dengan mendapat tentangan dari arwah nenek sebelah arwah abah aku dan adik beradik arwah abah aku dan mereka berdua melarikan diri ke Singapura dan setelah melahirkan abang sulung aku yang sebenar (Amizan) barulah mereka balik semula ke Selangor dan membesarkan kami sekeluarga di Petaling Jaya bermula di tahun 1956 setelah arwah abah aku mendapat kerja sebagai buruh kasar di Perbandaran Petaling Jaya (sekarang MBPJ).

Bukan mudah membesar dengan keadaan miskin dan susah dengan adik beradik 7 orang, aku tabik dengan arwah abah dan arwah ibu....walaupun kami tidak berpendidikan tinggi kami tidak menyusahkan orang. Arwah ibu  bekerja ambil upah basuh kain di rumah Cina di sekitar rumah kuarters kami. Arwah abah pulak buat kerja tambahan memotong rumput di rumah2 Cina sekitar pada sebelah petang selepas kerja hakiki dia selesai . 

Adik beradik aku ada yang terpaksa kerja selepas tamat darjah enam, selepas tingkatan 3 dan selepas MCE/SPM dan hanya aku sorang yang bekerja selepas tamat pengajian di UM tahun 1986. Arwah abah aku meninggal tahun 1981. Pengorbanan ibu aku dan adik beradik aku dan memastikan aku tamat pengajian di Universiti pada tahun 1986 merupakan kepuasan kepada mereka semua terutama arwah ibu aku yang nak sangat aku masuk Universiti....sebak dan sedih dengan pengorbanan mereka semua terhadap aku. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka semua.

Selepas kami semua dah besar.....dan dah jadi 'orang' barulah sedara mara lain 'nampak'...barulah nak berbaik2....antara tahun 1981 hingga 2008....jiwa marah, dendam masih membara dalam hati aku. Sampaikan kalau ziarah kubur arwah ibu dan abah aku....aku tidak akan pandang atau singgah di kubur arwah nenek aku....aku masih marah ketika itu......

Ketika di Dataran Kaabah masa umrah 2008 aku banyak sedar kesalahan2 aku.....alhamdulillah.....aku dah ziarah semua kubur2 atuk nenek aku dan sedara mara yang aku kenal.....hampir kesemua mereka sudah lama tiada di dunia ini.....aku pun menyusul entahkan bila.....arini....esok lusa atau sekejap lagi....Allah Maha Mengetahui.

Semuanya yang berlaku dan dugaan sedaramara ini datangnya dari Allah.....Allah telah memberi ruang kepada aku untuk berfikir dan memaaafkan mereka walaupun ada yang tidak sempat kerana telah meninggal awal.....jumpa mereka di SANA nanti.

Semuanya telah ditakdirkan dan semuanya dari Allah.

No comments: