Assalaamualaikum wbt,
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :
- Menghubungkan silaturahim adalah salah satu cara yang membolehkan seseorang itu masuk syurga.
- Menghubungkan silaturahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
No comments:
Post a Comment