Assalaamualaikum wbt,
Sejak berpindah ke rumah baru Februari 2015 ...banyak perkara baru yang aku kena adjust.....antaranya tanam rumput baru...pokok lama dan baru dan banyak lagi....
Nanti aku update pokok2 yang berjaya aku tanam dan dapat hasilnya di entri akan datang.
TANAH REZAB TNB VIEW DARI DAPUR RUMAH
TANAH REZAB TNB VIEW DARI TINGKAT ATAS
Tapi satu perkara yang masih sama aku teruskan aktiviti menanam pokok bunga dan sekarang ada tanah luar pagar yang lebih luas (tanah TBN dan tanah kerajaan), aku tanam pokok buah seperti limau nipis, jambu batu, pokok nangka, serai, nenas dan lain-lain lagi....Alhamdulillah.
Untuk memudahkan aku berkebun aku suruh kontraktor tebuk pagar dan buat tangga menghala ke kebun luar....
SEBELUM
SELEPAS
LEBIH MUDAH UNTUK BERKEBUN
POKOK NANGKA AKU SEBELAH KIRI DAN HUJUNG TU
SERAI WANGI JIRAN AKU
SERAI WANGI JIRAN AKU
POKOK RAMBUTAN SEDIKIT TERBANTUT WALAUPUN
SUDAH SETAHUN DITANAM...
Walaupun tanah bukit ini bercampur dengan batu2 bahan binaan terdahulu, bersemak samun dan lalang, aku gagahkan jugak membersihkan lalang dan meracun rumput di kawasan tersebut. Aku yakin kalau dibaja selalu pastinya akan subur jugak pokok2 ni...dengan Izin Allah.SUDAH SETAHUN DITANAM...
Nanti aku update pokok2 yang berjaya aku tanam dan dapat hasilnya di entri akan datang.
No comments:
Post a Comment