Monday, October 6, 2014

MAKKAH KAMI DATANG ( JEDDAH- ISTANBUL- KLIA)- BAB 20 (AKHIR)

Assalaamualaikum wbt,
(5 Februari - 6 Februari 2014)
Dari LT Jeddah lebih kurang jam 6 petang , pesawat menuju ke Istanbul , tiba di sana lebih kurang jam  8.30 malam.....Dalam kumpulan jemaah umrah kami ada 42 orang dan 2 kanak2....baru dapat namanya ni....sorang masih umur beberapa bulan (Adam)  dan sorang lagi mungkin dah 2 or 3 tahun.(Harris)..Untung kanak2 ini kerana dari usia baby dan kanak2 telah berpeluang ke Makkah, Madinah dan Turki. Rezeki mereka berdua. 


KALAU TAK SILAP BABY KECIK NI DARI PENANG...ADAM NAMANYA
KANAK2 INI DARI SELAYANG RASANYA...HARRIS NAMANYA..

Di Lapangan Terbang Jeddah,  fikiran aku melayang jauh memikirkan kebesaran Allah yang telah memberikan aku rezeki dan peluang bersama keluarga di Turki dan mengerjakan umrah....TQVM Ya Allah....terlintas lagi....giliran haji aku 2024....rezeki, kewangan, kelapangan, kesihatan dan yang mengusik hati dan jiwa aku...ada umur ke masa tu...Ya Allah  , Kau berilah aku peluang mengerjakan haji...Insyallah.

DI LT JEDDAH, WIFE DAN ADIERA MASIH CERIA , WALAUPUN LETIH
DANIAL DAN AMMAR, LETIH KATA MEREKA....TERUJA PULANG KE MALAYSIA
BUDAK2 MEMANG BEGITULAH...

Jadual penerbangan tepat dan mengikut masa.....lebih kurang 2 setengah jam kami selamat mendapar di LT Ataturk,Istanbul lebih kurang jam 8.45.....cuaca sangat sejuk ketika....sempatlah menghabiskan saki baki duit Turki Lira di terminal  dan yang paling best....masa  Ammar membeli Aiskrim....keramahan dan aksi penjual memang mencuit hati kami semua. (Mintak maaf tidak dapat nak insert video, hanya foto)



SERONOK TENGOK AKSI PENJUAL AIS KRIM DENGAN AMMAR
SALAH AKU....GAMBAR 'GOYANG'...AIS KRIM BELI SATU JE....AKSI PENJUAL AIS KRIM YANG BEST
Jadual penerbangan adalah pada jam 1.00 pagi...barulah mula terasa keletihan sementara menunggu pesawat....minda sudah berada di Malaysia pada ketika itu...hehehe. aku sempat candid beberapa foto anggota keluarga aku di LT Ataturk, Istanbul




Berada dalam pesawat lebih kurang 11 jam, dan pesawat selamat mendarat di KLIA lebih kurang 5.45 petang, 6 Februari 2014. Lega rasa hati....rindu Makkah dan Madinah pulak bertandang...

RUANG BAGASI KLIA.....
ALHAMDULILLAH SEMUA BAGASI -BAGASI DAH CUKUP
Selepas urusan imigresen dan beg-beg selesai kami bertolak pulang ke rumah dan selamat sampai ke rumah waktu maghrib. Alhamdulillah.......

Friday, October 3, 2014

MAKKAH KAMI DATANG ( SELAMAT TINGGAL MAKKAH MENUJU KE JEDDAH )- BAB 19

Assalaamualaikum wbt,
(5 Februari 2014)

Lebih kurang jam 10.30 pagi bas meninggalkan hotel menuju ke Bandar Jeddah setersunya ke Lapangan Terbang Jeddah dan terus ke Lapangan Terbang Kamal Atartuk dan terus terbang pulang ke Malaysia. 


BEG SIAP TERKUMPUL SEBELUM SUBUH LAGI
PERJALANAN MENUJU  JEDDAH
Di Jeddah memang satu persinggahan hampir semua jemaah sebelum pulang ke tanahair...aktiviti biasa bersiar2 di tepi pantai berdekatan Masjid Ar Rahmah@ Masjid Terapung sambil makan tengahari di tepi laut sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk bertolak semula ke Istanbul,Turki.  


ANTARA BANGUNAN UNIK DI JEDDAH
PEMANDANGAN BERHAMPIRAN MASJID TERAPUNG


FAMILI AKU MENUJU KE TEPI PANTAI

Tidak dapat nak dibayangkan dalam hati pada ketika itu.....entah bila dapat hadir ke Makkah lagi....ada ke umur ? ada ke rezeki ? dan macam2 lagi yang bermain di hati ini pada ketika itu....


PEMANDANGAN MASJID AR RAHMAH DARI PARKING BAS

KENANGAN AKU DENGAN FAMILI DAN KAKAK AKU

Katerer yang hantar makanan sedikit lewat....kami  hanya ambil angin sahaja di tepi laut dan lunch di airport Jeddah...dugaan pertama sebelum bertolak pulang ke tanahair.....hehehe...



CANTIK MASJID AR RAHMAH @TERAPUNG 


ANAK2  MAKAN  BAKSO YANG DI BELI  DARI PENJUAL INDONESIA
POSING...LATAR BELAKANG LAUT MERAH YANG PENUH SEJARAH
AKU DAN WIFE POSING LAGI....SAAT2 MANIS DAN INDAH 

Ketika makanan tengahari tiba waktu sedikit lewat dan akhirnya semua bersetuju agar makanan tersebut di bawa ke Lapangan Terbang Jeddah untuk kami makan di sana sebelum bertolak ke Istanbul , Turki   pada jam 6.00 petang.

AIR LAUT MERAH JERNIH TETAPI TIDAK DIBENARKAN MANDI DI SINI..BAHAYA..
BATU KARANG DAN BATU LAUT MERATA
LAGI VIEW INDAH MASJID AR RAHMAH
Alhamdulillah......Insyallah jika ada rezeki, ada umur dan ada kelapangan akan tiba di sini lagi ..giliran haji 2024.....

Friday, September 26, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (TAWAF WIDAK DAN SELAMAT TINGGAL BAITULLAH)- BAB 18

Assalaamualaikum wbt,
(5 Februari 2014)

Umrah 2014 merupakan kali kedua aku dan isteri meninggalkan Makkah dan kali pertama anak2 dan kakak aku. Aku memang sebak dan sentiasa berdoa agar Allah berikan peluang lagi kepada aku ke sini untuk mengerjakan haji. (yang peliknya ramai dah panggil aku Haji...aku anggap ini merupakan doa dari mereka, sedangkan aku hanya baru mendapat Haji kecik sahaja, Insyallah).


NIKMATMU  YANG TIDAK TERHINGGA YA ALLAH

Sebelum Subuh kami telah berada di Dataran Kaabah untuk buat tawaf Wida'....kami disarankan buat 6 pusingan dahulu dan tunggu solat Subuh dan selesai solat subuh baru buat pusingan tawaf ke 7. Alhamdulillah , walaupun sesak pada ketika itu, kami dapat juga selesaikan tawaf wida'. Alhamdulillah. 

TIDAK PERNAH JEMU MATA MEMANDANG

Sekali lagi saat-saat meninggalkan Kaabah adalah saat yang tidak dapat nak dibayangkan....dalam hati aku sebak......bilalah dapat peluang ke SINI lagi....umur pun dah masuk 51.....giliran haji pulak 2024....."aku berserah padaMu Ya Allah ". 

Setiap langkah menuju jalan keluar....aku toleh ke Kaabah.....toleh dan toleh sehingga tidak lagi kelihatan Kaabah di pintu keluar  King Aziz.....terus berjalan .... menuju hotel untuk ambil beg2 yang telahpun siap diletakkan di lobi hotel awal pagi tadi sebelum Subuh.


SENTIASA DI HATI, DI MINDA DAN DIRINDUI


Sekali lagi......kenyataan yang sama aku tuturkan dalam hati sepertimana umrah 2008....aku lebih faham erti rindu pada Baitullah, Makkah dan Madinah...memang tidak terungkap dengan kata2 bila saja mahu meninggalkan Makkah dan Madinah terutama Baitullah yang tidak pernah jemu mata memandang. 

Kali ini aku puas hati dan aku orang yang teramat gembira kerana dapat bersama-sama mengerjakan umrah bersama isteri dan anak2 aku dan jugak kakak aku. TQVM Ya Allah....Allahhuakhbar....Allahhuakhbar ....Allahhuakhbar 

Wednesday, September 24, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (LADANG UNTA DAN MASJID HUDAIBIAH)- BAB 17

Assaalaamualaikum wbt,
(4 Februari 2014)
Selepas  melawat Muzium bas meluncur terus ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiah dan seterusnya berniat umrah di sini.

LADANG UNTA MEREKA SIMPLE SAHAJA
CLOSED UP
MINYAK URUT DARI SUSU UNTA
ANAK UNTA CUTE.....DI ANTARA ANUGERAH TERBAIK DARI ALLAH KEPADA MANUSIA

Program lawatan ke Ladang unta ini sebagai aktiviti sampingan jemaah dan biasanya jemaah dibenarkan merasa susu unta (tidak digalakkan sekarang kerana ada satu wabak MER COVS yang merbahaya) dan juga membeli susu unta atau minyak urut , salah satu dari produk unta yang baik. Masa umrah 2008 dulu, aku dimaklumkan tentang keunikan unta dan peranan unta sejak zaman dulu-dulu dan aku percaya mereka akan memaklumkan perkara yang sama kepada rombongan ini. Unta salah satu ciptaan dan anugerah Allah yang terhebat kepada manusia yang tinggal di padang pasir.

Di Masjid Hudaibiah  jemaah berpeluang melihat tapak asal di mana Perjanjian Hudaibiah berlaku suatu ketika dahulu dan Masjid baru untuk jemaah bersolat, bersalin pakaian dan berniat umrah.

MASJID HUDAIBIAH YANG BARU
SEJARAH LEBIH SERIBU TAHUN.....SAKI BAKI TINGGALAN HUDAIBIAH

Bermakna lengkaplah program Ziarah Luar untuk umrah kali ini untuk anak2 aku yang pertama kali buat umrah.

Saturday, September 20, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (ANAK BUJANG AKU MELAWAT MUZIUM DUA MASJID AGUNG)- BAB 16

Assalaamualaikum wbt,
(4 Feb 2014)
Aku sudah niat dari awal lagi umrah kali ini aku memang nak perbanyakkan tawaf sunat. Ziarah luar ke Muzium Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kali ini aku tidak turut serta, tetapi aku pujuk kedua2 anak bujang aku Danial dan Ammar agar ikut serta lawatan ini dan seterusnya ke ladang unta dan Masjid Hudaibiah. Mereka bertolak dari hotel selepas solat Zohor. 

PINTU MASUK UTAMA MUZIUM DUA MASJID AGUNG
NI DIA DUA HERO AKU, DANIAL DAN AMMAR
SEBAHAGIAN DARI JEMAAH

AMMAR ....TERUJA DAN CERIA BERSAMA ABANG DIA
TANGGA KE PINTU MASUK KAABAH
PAGAR TELAGA ZAM ZAM YANG LAMA
PANCUR EMAS 
MASJIDIL HARAM DAN MAKKAH DI MASA HADAPAN

Selesai di muzium ini , mereka teruskan lawatan  menuju ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiah 



Friday, September 19, 2014

TIBA GILIRAN ABANG SULONG AKU PULAK - INNALILLAHHIWAINNAHIRRAJIUN

Assalaamualaikum wbt,

Jam 8.00 mlm  , 17 September 2014 aku dapat panggilan dari anak sedara aku Noor Azmi Fariz dan Abang aku Razali Ibrahim memaklumkan bahawa abang sulong aku Hj Abdul Manap Hj Md Yusoff terjatuh ketika solat dan meninggal dunia.....terduduk aku dapat berita ini macam tak percaya pun ada.....abang aku bukan ada penyakit yang kronik pun....sakit2 biasa tu adalah.....umur dia 65 tahun. Aku dimaklumkan abang aku terjatuh dan tersembam muka dia ketika sedang solat Maghrib dan meninggal beberapa minit kemudian....Allahhuakhbar....Aku bergegas ke Klang, rumah arwah abang aku....aku tatap wajah dia.... tenang di wajah dia...aku rasa lega......Alhamdulillah

Pagi, 18 September 2014 (semalam), urusan memandikan jenazah, tahlil , dikapankan, disolatkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Rantau Panjang, Klang selesai pada jam 10.45 pagi....Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. 

BACAAN TALQIN DI TANAH PERKUBURAN KG RANTAU PANJANG , KLANG.

Tahun dan tarikh yang aku akan ingat selagi ada hayat 1981, abah aku Ibrahim bin Mat Dom. , tahun 1987 Md Yunos Mohd Zin bapa mertua aku, ...1991 arwah emak aku Hjh Mahiam Bt Hj Hassan, tahun 1995 arwah abang alang aku, Amizon Ibrahim,  tahun 2010, kakak ipar aku Asnah Yunos tahun 2012,  arwah Jumeah Sungep, kakak ipar aku dan Disember 2013 anak sedara aku, Nor Haslinda Abdul Manap...Kesemua mereka adalah insan2 yang aku kenal rapat...telah meninggalkan aku lebih awal.

Aku dengan abang manap aku, rapat antara tahun 1981 hingga tahun 1986....aku menumpang rumah dia di Taman Gembira, Sg Bertek , Klang dari waktu aku belajar di Tingkatan 6 dan sehingga aku tamat belajar di UM pada tahun 1986. Selepas dapat kerja tetap tahun 1987 aku tinggal di KL dan 1993 aku berpindah ke Bandar Baru Bangi hingga kini. Walaupun aku duduk diBangi dan arwah di Klang, telefon menjadi hubungan jika ada perkara penting. Kali terakhir aku berjumpa arwah 31 Julai lalu ketika beraya, tidak ada sebarang perubahan nyata dari perbualan atau sikap arwah.

Mungkin ada yang terperasan bin kami tidak sama, saya bin Ibrahim dan abang Manap bin Hj Md Yusoff, kami mempunyai ibu yang sama cuma berlainan bapa. Arwah ibu kami Hjh Mahiam sejak dari kecik dah tanam dalam diri kami semua , arwah Abg Manap adalah abang sulong dan kami adik beradik betul.....aku dan adik beradik lain tidak ada bantahan sebab abang Manap memang tegas dan banyak berjasa dengan kami sejak dari kecik.

Aku sendiri anggap abang Manap adalah idola aku dan aku tidak terbalas jasa Abang Manap dan kakak ipar aku Hjh Faridah Hj Ismail. Abang Manap banyak membentuk jiwa dan personaliti aku agar berani bercakap dan berani memberikan pendapat.  Terlalu banyak untuk aku ceritakan di sini....biarlah ianya menjadi ingatan dalam minda aku.


AIR MAWAR DISIRAMI ANGGOTA KELUARGA TERAPAT

Aku doakan abang aku tenang di SANA, rohnya sentiasa dicucuri RahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah. Aamiin Aamiin Aamiin.

Wednesday, September 17, 2014

MAKKAH KAMI DATANG ( ANAK2 KE JABAL NUR DAN GUA HIRAQ) - BAB 15

Assalaamualakum,
(3 Feb Isnin....lepas Isya ke jam 2.00 pagi, 4 Feb 2014)

Untuk program mendaki...awal2 lagi...aku dah bagitau anak2 lelaki aku..."ayah tak larat dan sakit kaki...kamu berdua ajerlah wakil famili kita, tapi mesti tolong ayah dan amik gambar2 menarik". Danial dan Ammar akur.... aku suruh mereka bawak DSLR dan amik gambar yang best2 untuk penulisan blog aku...


MASIH DALAM KENDERAAN MENUJU KAKI JABAL NUR

Mereka berdua dengan kumpulan jemaah bergerak dari hotel lepas Isya dan pulang semula ke hotel  lebih kurang jam 2.00 pagi...Dari info Ammar dan Danial....dalam kumpulan mendaki tersebut Ammar yang pertama sampai ke Puncak Jabal Nur..."Ammar sangat fit " kata salah seorang jemaah yang mengikuti pendakian tersebut. Sebagai ayah aku seronok dan Danial pulak dapat mengambil banyak gambar2 menarik. Dari perbualan aku dengan Ammar, walaupun dia tiba di puncak Jabal Nur paling awal,  dia sedikit terkilan kerana tidak dapat bersolat awal di Gua Hiraq sebab masa tu sudah ada jemaah lain yang solat di pintu masuk Gua Hiraq dan dia dipotong Q oleh jemaah lain......aku bagi tau Ammar....its ok....yang penting dia dah sampai ke Gua Hiraq. 

ANAK2 BARU MEMULAKAN PENDAKIAN
PEMANDANGAN DARI PUNCAK JABAL NUR
MAKKAH DARI PUNCAK JABAL NUR
MASYALLAH CANTIKNYA DARI PUNCAK TERTINGGI JABAL NUR MENGHALA KE KOTA MAKKAH
SENTIASA PENUH DENGAN JEMAAH YANG BERSOLAT DI GUA HIRAQ UNTUK MERASAI PENGALAMAN TERINDAH DI SINI
CLOSED UP GUA HIRAQ....YANG MENANTI GILIRAN PUN RAMAI SANGAT

Sebelum turun Danial sempat merakam satu foto terindah dari Jabal Nur. Masyallah cantiknya.....

TERSERGAM INDAH KOTA MAKKAH DAN JAM BESAR 

Danial dan Ammar seronok dapat berada di Jabal Nur dan Gua Hiraq....penuh sejarah dan pemandangan yang begitu indah dan mengasyikkan.