Wednesday, April 11, 2012

DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG

Assalamualaikum wbt,
( berkongsi sedikit pengalaman di alam pekerjaan)

Selepas pulang dari Australia tahun 1995 ,  saya mengaku bersikap negatif, kasar dan melawan boss.....tiada lagi peluang ke luar negara  bagi tahun 1996 hingga 1998.....saya amik kesempatan round satu Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk tugasan rasmi saya.....hinggalah saya bertukar ke Ibu Pejabat di Wisma TM Jan 1997 ,....merajuk hati dengan boss,  enam bulan saya tidak bertegur sapa dengan boss walaupun hampir setiap hari bertembung dengannya.  Masih marah sebab peluang ke Jepun, New Zealand, Jerman, Perancis dan USA telah tertutup pada ketika itu.  Begitulah jika ikutkan hati, tidak bersyukur dan terlupa pasal Qada dan Qadar.....

Saya terlupa rupanya tahun 1996 saya dapat rezki lain,  my wife bersalinkan anak kedua iaitu Muhammad Danial Rezza.....itulah rezki yang besar sebenarnya. Subhanallah....

Pesanan saya kepada anak2 saya dan rakan2 saya.....buat je kerja,  jangan melawan walaupun kita adakalanya tidak bersetuju dengan boss kita......teringat dulu2 selalu Tn Hj Shahibi pesan..."di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung",  selalu beliau berpesan dengan kami....entah kenapa....mungkin itu saja  cara dia nak sindir atau sedarkan saya ketika di YS dulu..... Saya ok dengan peribahasa tu.....cuma saya allergic kalau di kata kaki bodek , kaki ampu  atau Hang Tuah.....saya lebih suka di label Hang Jebat.

1996 ke 1997 saya round atas tugasan rasmi ke Arau, Alor Setar, Penang, Kota Bharu, Kuantan, Melaka, Johor Baharu, Marang, Taiping, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Kota Kinabalu, Tawau , Sandakan, Lahad Datu dan sempat ciluk ke Bandar Pontianak di Kalimantan Barat melalui Bandar Kuching di Sarawak (pergi naik bas dan pulang naik pesawat sebab kepenatan).  Semua IPTA saya jelajahi termasuk UITM.  

Antara 1997 hingga  1998 saya sibuk dengan program TM termasuk Sukan Komanwel 1998.....kebetulan memang tidak ada peluang langsung ke luar negara......Kerja kerja dan kerja.....low profile dan kurang melawan....baru sedarkan diri gamaknya.

Dalam hidup ni kita ada pilihan,  nak jadi kaki lawan, kaki ampu, kaki bodek, kaki busuk,kaki ayam, kaki lalang, kaki blur, kaki tak amik pot atau apa saja kaki,  bak kata pepatah ' Tepuk daya tanya selera'...Eksperimen diri saya....bila saya tidak melawan dan tidak membodek saya banyak dapat 'favours' dari boss baru dan apa saya mintak dapat... walaupun saya tidak suka bodek dan perkataan bodek tidak ada dalam kamus hidup saya,  masih ada kata-kata nakal tahun 1992 dulu selepas pulang dari Jakarta dan Solo...."Rosli dah kena beli"...terasa jugak tetapi saya tak amik hati.....kata orang2 muda sekarang....'tak amik pot' atau yang lebih kasar kita kena jaga tembolok masing2....yang penting ada kerja dan gaji untuk hidup.......Allah Maha Mengetahui siapa kita sebenarnya.....Lepas ni....Insyallah..round satu Malaya...Alhamdulillah

6 comments:

norh said...

6 bulan tak bertegur? lamanya..
kadang2 saya nak gak bos tak tegur saya, supaya dia tak boleh nak tambah keja ke saya.. hu hu
semalam, saya hempas telefon waktu bos call.. tapi dia tetap datang dan bagi keja.. :P

KAMATO said...

memang kadang2 dalam kerja ni kena main politik juga

Intan SRM said...

salam tuan
pasti tuan sudah banyak pengalaman ...dan pasti telh temui pelbagai asam garam kerenah boss dan kengkawan.

rosli said...

Norh,

Jangan ikut cam saya, masa tu saya byk ikutkan hati

rosli said...

Kamato,

Betultu....kena pandai main politik....kalau main langgar ajer akan jadi cam saya

rosli said...

Intan SRM,

Saya bukan contoh yang baik....ikutkan hati sangat masa tu.