Monday, April 16, 2012

MENIKMATI KEINDAHAN PANTAI BATU LAUT, TANJUNG SEPAT, BANTING

Assalamualaikum wbt,

Minggu lepas ( 14 April 2012) saya singgah  ke Kg Batu Laut,  bagi sokongan moral pada anak buah ( Syikin) yang akan bertunang dan bagi sokongan moral pada Abang Ramli dan Kak Zubaidah,  saya datang sehari awal sebab tidak dapat hadir pada hari pertunangan yang sebenar pada 15 April 2012. 


Anak bongsu saya ( Ammar Zikri) nak sangat ke pantai Bt Laut,  dia suka kejar anak ketam dan anak ikan belodok....dan jugak cari umang-umang.....Saya pulak suka menikmati pemandangan pantai dan matahari semakin dekat dengan laut.....dan nak terbenam....Saya suka pemandangan laut tapi tak suka mandi laut....dari kecik memang gitu,  Ammar pulak suka mandi laut tapi petang tu saya tak benarkan sebab tak bersedia dengan seluar mandi dan tuala.  Next time , Insyallah.

 Ammar sedang mencari anak ketam dan ikan belodok

Damai dan tenang...matahari nak terbenam dah

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

kurnian Allah untuk umatnya...

CM said...

salam

samalah saya suka tengok view laut ,sunset n sunrise tapi tak suka mandi laut lekit,,,cm ni anak laut....rumah pun dekat dengan laut,,,cari siput,cari kepah,,belangkas tuu adalah aktiviti zaman kecik..

rosli said...

Hj Rozali,

Betultu...Allah mahu kita menikmati keindahan alam ciptaanNYA

rosli said...

CM,

Betultu CM, saya pun boleh dikira anak laut kerana kampung di tepi laut , cuma saya dibesarkan di Petaling Jaya, saya enjoy pemandangan laut. Makanan laut tu lebih kurang sama yang ada di Bt Laut...nak CM tau atauk saya asal dari Kuala Sg Baru Melaka...laut dan pantai sinonim dengan orang Melaka.