Assalamualaikum wbt,
Setelah mendarat di LTA Charles De Gaule, Paris ( CDG), berpandukan kepada peta dan tips dari kawan dan setelah check in beg, saya hanya memegang kotak buah mangga dan beg kamera terus ke stesyen bas dan membeli tiket bas terus ke tengah2 kota Paris, memberanikan diri dalam keadaan cuaca yang begitu sejuk.....setelah sesat barat, dan kesilapan bertanya dalam bahasa Inggeris arah ke Eiffel Tower akhirnya sampai jugak saya .....bergambar sakan dengan tripod dan sempat beli satu sahaja cenderamata menara Eiffel Tower di kedai cenderamata....
Saya rasa terpegun melihatkan Menara Eiffel ni, patutlah ianya menjadi tarikan para pelancung dan pernah menjadi salah satu 7 wonders satu ketika dulu.
Dataran berhadapan Eiffel Tower
Saya rasa terpegun melihatkan Menara Eiffel ni, patutlah ianya menjadi tarikan para pelancung dan pernah menjadi salah satu 7 wonders satu ketika dulu.
Berada di Paris walaupun lebih kurang 8 jam merupakan satu pengalaman yang sangat indah dalam hidup saya......yang paling best dapat bergambar di Eiffel Tower dan Arc The Triomphe di tengah2 kota Paris....tetapi dalam masa yang sama rasa cam serik pun ada sebab tak pandai berbahasa Perancis...masa nak bertolak pulang ke stesyen bas, saya sesat , dengan hujan lebat, peta dah koyak, sejuk sangat masa tu, akhirnya saya dibantu oleh seorang Mat Salleh yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.....masa tu polis Perancis pun tak mau bantu saya....sah mereka tak suka orang berbahasa Inggeris....saya pun silap ketika itu....akhirnya saya sampai juga ke LTA CDG, Paris ....lega....Alhamdulillah,
Kenangan di Arc De Triomphe
Menghala ke Bangunan Bersejarah berhampiran Menara Eiffel
Satu lagi gambar
Puas hati dapat sampai ke sini
Kota London dan Kota Paris saya dah jejak......teringat gurauan saya masa kecik2 dulu...."London, Paris dan New York"......mana tau satu hari nanti New York pulak......Allah Maha Mengetahui...
Penerbangan saya dari Paris ke Amsterdam lewat 3 jam kerana cuaca sejuk dan 'snowflakes' melanda CGD...dapatlah jugak tengok salji halus.....kesian kat saya first time tengok salji 'live'.....baru tau rupanya bila ada salji atau cuaca sejuk sangat kapalterbang perlu 'mandikan' dengan sejenis bahan kimia untuk mengelakkan salji melekat pada badan kapalterbang dan boleh mengganggu pandangan pilot.....satu lagi pengalaman dan pengetahuan baru.
No comments:
Post a Comment