Monday, April 9, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS ( PART 9) - MELBOURNE, AUSTRALIA

Assalamualaikum wbt,
( TUGASAN RASMI DI NEGARA DOWN UNDER ATAU JOLOKAN NEGARA KANGGAROO )

Rezki lagi, saya menggantikan pegawai lain yang jugak cuti bersalin, tugasan rasmi kali ini ke Melbourne, Australia bersama 13 orang pelajar tajaan TM di Melbourne U, RMIT dan Monash dan seorang pelajar terus ke Sydney (tugasan saya di Melbourne sahaja). Mendaftarkan mereka, membantu mereka membuka buku akaun bank dan memastikan mereka mendapat rumah sewa dengan segera. Seronok berurusan dengan pegawai HEP RMIT yang begitu membantu pelajar tajaan TM,  biasalah pelajar biasiswa penuh memang disukai oleh mana-mana Universiti di  sana.  

Baru jejak Melbourne, depan rumah sewa pelajar2 TM

Memang pernah berangan untuk ke negara Kangaroo ini satu hari nanti.....alhamdulillah..... 19 Mei  1995 bertolak ke Melbourne melalui LTA Subang....perjalanan lebih kurang 7 jam dalam pesawat.  Tiba awal pagi,  waktu di Malaysia lebih kurang jam 5.00 pagi..

Bersama 9 dari 10 pelajar yang belajar sekitar Melbourne 
(bakal jurutera dan akauntan)
Selesai tugasan pelajar di Melbourne ,  saya sempat ke Monash, tugasan berkaitan dengan kebajikan pelajar dan memberikan semangat dan motivasi kepada mereka yang jauh di kawasan 'kampung'....menaiki keretapi bersama seorang pelajar senior yang mahir selok belok di Monash....perjalanan yang begitu tenang dan tren pun cantik.  Cuaca agak sejuk di Monash,  semasa melintasi kampus terserempak dengan beberapa ekor kanggaroo di padang berhampiran dengan hutan kawasan kampus. Seronok jugak dapat tengok secara live kanggaroo sedang bermain di kawasan taman....

Kenangan manis di Monash University

Bersama sebahagian  pelajar Monash University

Selesai menguruskan hal-hal yang penting berkitan dengan hal ehwal pelajar, sempat menaiki Rialto Tower, Bangunan pencakar langit tertinggi di Hemisfera Selatan, berjalan ke pelabuhan Melbourne menyusuri Yarra River, RMIT dan mengunjungi pasal barangan kulit Melbourne,  barangan kulit Kanggaroo antara yang menarik.

 Di atas jambatan yang merentasi Yarra River, Melbourne
 Tak sure nama tugu or taman ini
 Tingkat paling atas Rialto Tower, boleh nampak seluruh Melbourne.
Kalau tak salah di Queen Victoria Market, Melbourne, kat sini beli barangan kulit kanggaroo dan cenderamata dari Australia

Dengan bajet yang begitu terhad saya hanya pergi berseorangan tanpa di temani wife, shopping ala kadar sahaja, bulu biri2 Morino, beg duit kulit kanggaroo, topi kulit kanggaroo ,boomerang hiasan,  jalan2 kat Zoo Melbourne naik bas dua tingkat sepertimana di London, lepak kat taman dan paling saya suka pasar kulit di Queen Victoria Market , Melbourne.  Alhamdulillah.  Allah memakbulkan doa saya untuk berada di Melbourne, Australia.


Tahun 1996 hingga 1998 begitu mencabar, tidak ada trip ke luar negara....salah sendiri...tidak mempraktikkan  pepatah Melayu....di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung....(entri pengalaman kerja)...Semua ada hikmahnya....

3 comments:

Anonymous said...

Satu pengalaman yang menarik, begitulah jika Allah nak bagi rezki pada seseorang tanpa kita sangka.

Anonymous said...

Tuan,

Moga rezki tuan sentiasa murah dan dapat banyak peluang lagi

rosli said...

Anonymous,

Insyallah....ada lagi rezki terpijak rupanya