Thursday, April 5, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS ( PART 8)- JALAN2 DAN SHOPPING DI KOTA LONDON, UK

Assalamualaikum wbt,
Kota London memang sangat besar dan luas,  7 hari di London sebenarnya tidak cukup masa untuk bekerja dan berjalan, tetapi sebab boss kata jangan lama sangat kat London,  saya patuh ajer pada arahan dia.  Dapat peluang ke London bersama wife sudah seribu rahmat  dan dapat berjalan di negara orang.  Kesemua kenangan ini tersemat di dalam hati sehingga ke akhir hayat.


Di rumah Kasubi Bakir pada hari pertama di London

Menyambut Hari Kemerdekaan bersama wife, 
Abang Yusof dan Kak Zamnah

Sepertimana entri terdahulu, selepas hajat utama tercapai , dengan baki duit yang tinggal sedikit, sempat jugaklah,  pergi dua lokasi car boot sales ,  satu di Edgware Street/Road , satu lagi diperkarangan Stadium Wembley, sempat ke Shah Jahan beli barangan Queen Anne dan kristal  dan sempat menyambut Hari Merdeka di London bersama rakyat Malaysia yang bertugas di London.
Kenangan manis di Wembley
Kawasan parking Wembley

Sehari sebelum bertolak pulang saya sempat pergi shopping lagi sekitar Gloucester dan Bakers Street dan berjalan jalan  ke Madamme Tussauds di belakang belakang rumah Kak Zam sahaja....dah beratur...kira2 duit , tak jadi masuk,  tapi sempat bergambar di pintu masuknya sahaja....masa tu pertukaran Pound Sterling lebih kurang 1 pound bersamaan RM 6.00...besar sangat...sedikit terkilan....Cukuplah cerita London....sekadar perkongsian dan rezki dari Allah.  Jutaan terima kasih kepada Abg Yusof, Kak Zamnah dan keluarga yang sudi menumpangkan saya dan wife selama beberapa malam di London dan juga kepada Kasubi Bakir wakil TM di London pada ketika itu. 
Orang perempuan suka shopping di sini, kalau tak silap
 kristal dan Queen Anne murah di sini

Masih di Wembley
Edgware Road  Car Boot Sale
Edgware Road Car Boot Sale

Kenangan manis di Stesen keretapi utama di London

Lepas ini tugasan rasmi tahun 1995 ke Melbourne, Australia pulak ....rezki datang bergolek lagi. Alhamdulillah.

2 comments:

mama ju said...

Aslkm Tuan Hj Rosli

Seronoknya bekerja sambil melancung!
Tahun 1994 kami sekeluarga berada di bumi ini jua. Memang best! sejuk best!

rosli said...

Mamaju,

Wah mest kan... Mamaju di sana..ikut suami belajar di sana...mesti dah round satu UK...idaman hati saya