Wednesday, April 18, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS ( PART 10) - LONDON , GHANA DAN GUINEA

Assalamualaikum wbt,
(Tahun 1999 rezki datang bergolek lagi, tugasan rasmi ke negara Afrika iaitu Ghana dan Guinea (French)
Tahun 1997 hingga 1998,  saya bertukar unit 3 kali agaknya...hati sakit...marah dan bengang dengan orang HR...bila mintak balik semula ke Unit Biasiswa mereka tak bagi...hati dan jiwa jauh melayang entah ke mana....tumpuan kerja hilang entah ke mana..senang citer semua salah saya.....kebanyakan mereka semua 'malaikat' yang 'pandai' buat kerja...tukar orang ikut suka....saya tidak pernah ditanya dan tidak pernah diberi kaunseling kerja...masa tu saya memang laser....pada saya segelintir orang HR 'inhuman' dan tidak berhati perut.....mereka adalah Hantu Raya (HR) dan cakap tidak serupa bikin.....tidak praktikkan Job Person Matching....Rupa2nya Allah ada perancangan lain untuk saya...Alhamdulillah

Hujung tahun 1998,  saya mendapat arahan bertukar ke International Ventures Division (IVD) atas alasan naik pangkat (tapi gred dan gaji tak berubah...malas nak lawan lagi ,ikut ajerlah) bermula 2 Januari 1999. Tak lama lepas bertukar saya dipanggil oleh Big Boss HR,  Dato Ibrahim Md Nassir (SVP HR) ketika itu,  mengarahkan saya ke Ghana dan Guinea  di Afrika Barat atas tugasan rasmi HR.....melihat kos sara hidup, kehidupan sosial, soal kebajikan, soal pendidikan anak2 anggota dan memastikan beberapa elaun anggota TM sepatutnya di potong atau dikurangkan, dengan alasan kos sara hidup mereka di sana murah.  Saya terkedu dan terkejut sebab pada ketika itu, anggota kami di Afrika Selatan yang  hidup agak mewah dengan gaji di bayar dengan USD dan merekalah yang sepatutnya dipotong elaun dan bukannya Ghana dan Guinea .  Satu lagi negara  yang dikatakan kekurangan elaun adalah di Malawi. Saya  malas nak argue lagi....ikut ajer arahan boss...senang hidup... (Saya segan dan hormat pada Dato Ibrahim Md Nassir ni, dia tegas tetapi memahami orang dan boleh menilai orang dengan rasional)

Sebelum ke mana2 negara Afrika saya kena memastikan kesihatan saya baik dan kena ambil 3 suntikan termasuk yellow fever, suntikan untuk mengelak jangkitan virus di bahagian otak dan suntikan elak jangkitan kuman dan air,  lebih sukar ke negara Afrika berbanding kalau nak buat umrah atau haji.


Tugasan ini begitu mencabar dan sebenarnya boleh menyebabkan saya jadi tempat anggota kami di Ghana dan Guinea melepaskan kemarahan mereka terhadap HR dan saya.  Pada saya ini cabaran. Memang sangat teruja untuk ke negara Afrika.....5 April 1999  melalui KLIA bertolak ke Heathrow, London untuk kali kedua....rezki lagi.....tiba di sana jam lebih kurang 6.45 pagi...masih lagi sejuk....terus beli tiket bas bernilai 18 Pound (lebih kurang RM 84.00 ketika itu) untuk bertukar ke Lapangan Terbang Gatwick yang agak kecik dan sunyi, kebetulan bajet saya sangat sedikit , masa tu Malaysia gawat dan tukaran wang asing sangat tinggi....impian nak tengok Kota London kali kedua saya pendam sahaja....ingatkan masa pulang baru nak singgah....Allah menentukan segala2nya..( Kawan di Ghana kata balik ikut jalan lain....Paris dan Amsterdam baru lah best,  saya ikut ajer dan mereka tolong tukar tiket saya) Lagi pun saya pernah ke London tahun 1994....sabo ajer lah....kawal bajet sebab nak ke Ghana dan Guinea...( Bawak kamera kompak Olympus dan filem pun 2 roll sahaja...sedih...tetapi saya bawak tripod...)

Baru tiba di LT Gatwick, Selatan London
Lepak kat Gatwik lama jugak... dari situ akan bertolak ke Accra , Ghana,  waktu penerbangan 2.30 petang....bajet tak banyak , jadinya saya duduk je kat Gatwick tu selama 8 jam lebih....penat tunggu pesawat....penerbangan ke Accra ,Ghana lagi 8 jam...tiba di Ghana jam 10.30 malam....
Semua gambar guna Tripod

Apa ada di Ghana dan Guinea ? Tunggu .....seronok sebab dalam adik beradik dan sedara mara saya orang pertama yang sampai ke Benua Afrika....hehehehe...

2 comments:

CM said...

salam

banyak jugak impian en li jadi kenyataan yer,,alhamdulillah...

rosli said...

CM,

Alhamdulillah....Insyallah ada beberapa lagi....