Friday, April 20, 2012

IMPIAN JADI NYATA ( GOLDEN DREAMS) - PART 12- GUINEA

Assalamualaikum wbt,

Tugasan di negara kedua, Guinea (French)  lebih mencabar kerana negara ini pernah dijajah oleh Perancis....85% penduduknya adalah orang Islam.  Bertolak dari Accra , Ghana, 9 April 1999,  jam 11.00 pagi,  saya terpaksa menaiki pesawat digelar kangggaroo flight....Pesawat mendarat di tiga buah lapangan terbang yang dah terbakar dan dijaga oleh tentera, pertama LTA Abidjan,  Ivory Coast (Cote d Ivoire), kedua  LTA Monrovia, Liberia dan ketiga LTA Freetown, Sireea Leone,  menyabung nyawa sebelum selamat mendarat di LTA Conakry,  Guinea ( Dalam peta warna hijau) pada jam 5.00 petang. Cuaca lebih kurang sama dengan Malaysia.(Manakala Guinea Bissau warna pink dan merupakan dua negara yang berlainan)



Di sini saya disambut oleh seorang wakil tempatan yang saya panggil Al Haj.....semua orang kat airport hormat pada dia dan panggil dia Al Haj......turut menyambut saya boss saya En Zaini Diman (skrg Datuk Zaini Diman).  Ayat pertama yang keluar dari mulut saya," napelah negara ini yang TM pilih untuk melabur".... kami sama2 gelak sebab tak jauh dari LT terjumpa dengan beberapa kereta kebal yang dah terbakar di tengah2 bandar.....Guinea baru sahaja lepas perang saudara 2 bulan lepas....ngeri berada di negara ni....negara ini masih lagi dalam perintah berkurung di waktu malam....
Kena berada di Guinea 4 hari 3 malam jugak.....tugasan lebih kurang sama dengan di Ghana, beza yang ketara di Guinea mereka utamakan bahasa ibunda negara mereka dan Bahasa Perancis sebab satu ketika dulu mereka pernah di jajah oleh Perancis.

No comments: