Tuesday, April 24, 2012

IMPIAN JADI NYATA- GOLDEN DREAMS- GUINEA - PART 13

Assalamualaikum wbt,
Tugasan di sini lebih mencabar dengan keadaan negara Guinea yang baru lepas perang saudara, kereta kebal terbakar merata.....askar yang buat sekatan jalan merata...tetapi ada sesetengah tempat jalan lancar dan tiada sekatan jalanraya.

Kelompok perumahan anggota TM,  8 buah sahaja
(semua kereta Proton Wira di bawa dari Malaysia)
Tugasan di sini lebih mencabar kerana sebelah malam saya tidak dibenarkan keluar kerana perintah berkurung masih berjalan dari jam 10.00 malam hingga 6.00 pagi setiap hari...Saya setiap hari menghabiskan masa di pejabat TM Sotelgui, nak ke bandar pun tak berapa berani dan tidak dibenarkan bergambar di tengah2 bandar (Tapi saya sempat snap sekeping gambar untuk kenang2an di sana).


Berkumpul bersama pemangku CEO Sotelgui ,  
( En Zaini Diman skrg Datuk) dan beberapa anggota TM 
dan keluarga mereka
Ni ajer sekeping gambar di tengah2 Bandar Conakry yang
saya snap secara curi2 dan terang2an...
(pengambilan gambar di larang di sini)
Hujung minggu saya berpeluang pergi memburu dan menembak burung dan ini kali pertama dalam sejarah hidup saya pergi menembak burung di Daerah DUBREKA, tepi laut kawasan pokok bakau,  saya berjaya menembak 5 ekor burung....terkejut jugak.....dah rezki.


Bersama kumpulan penembak, dua dari kiri yang berjeket biru adalah
Tuan Suffian,Pesuruhjaya Malaysia di Guinea ketika itu, (skrg Dato' Suffian), sebelah kiri saya baju belang2 biru tu boss saya ketika itu di IVD, En Zaini Diman ( skrg Datuk)sebelah kanan saya yang tinggi tu adalah tauke yang jual semua senapang yang kami gunakan

Bergaya dan ini kali pertama saya memegang senapang 
dan saya berjaya menembak 5 ekor burung...hehehe...tak sangka,
sampannya memang unik....dari pokok yang dikorek untuk buat sampan,
yang kayuh sampan tu orang asli tempatan....sedara mara Kunta Kinte...


Perjumpaan dengan semua staff di sini berjalan lancar  dan adakala sedikit tegang kerana suasana kehidupan di sini memang bahaya dan elaun mereka tidaklah banyak sepertimana disangka.  Mereka faham tugasan saya dan saya tidak memaklumkan tujuan asal ke sini.  Soal kebajikan mereka jadi topik utama.  Saya telah bersedia dengan laporan yang berpihak kepada kebajikan anggota di sini,  dalam hati sudah pasti big boss HR mesti marah lagi....Apa anda rasa duduk di sana dengan tembok pagar setinggi 8 kaki dan ada pengawal luar dan dalam kompleks perumahan dan bila anak2 pergi sekolah seolah- olah menyabung nyawa !!!

Di kedai cenderamata di Conakry


Di lapangan terbang Conakry,  sebelah kanan adalah
pemandu saya di sana


Bertolak pulang melalui Paris dan Amsterdam,  satu pengalaman yang begitu manis dan bermakna dalam hidup......

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

pengalaman yg tak boleh dilupakan tu..
berada di dalam negara yg tak berupa stabil..

CM said...

salam

pengalaman yg mahal...

rosli said...

Hj Rozali,

Betul tu, saya tak boleh lupa hingga kini pengalaman tersebut

rosli said...

CM,

Betul tu....kenangan manis walaupn dalam bahaya

syariza said...

Assalamualaikum,

Secara tak sengaja terjumpa blog ni. Saya pernah tinggal di Conakry, ikut suami yang juga ditugaskan di Sotelgui. Walaupun dah lama tapi ada ketika sangat rindu dengan kehidupan di sana.