Assalamualaikum wbt,
Saya membesar di Petaling Jaya sejak lahir 1963 hingga 1979, lepas tu berpindah ke Klang duduk dengan abang sulong sehingga tamat belajar, tahun 1986 mula hidup sendiri selepas bekerja, tahun 1988 selepas berkahwin duduk rumah sewa dan tahun 1992 beli rumah sendiri dan menetap di Bandar Baru Bangi sehingga kini.
Yang mula2 saya ingat tahun 1988, baru lepas berkahwin dan hanya mampu duduk di flat dan di flat di Taman Dato Ahmad Razali Ampang, majoriti jiran memang langsung tidak jaga kebersihan.......sampah dibuang dari tingkat atas rumah.......kami yang tinggal di level Ground hari2 'bermandikan' sampah. Majoriti yang tinggal di flat ini adalah orang yang tidak berpendidikan tinggi dan kurang pendidikan sivik.....
Sempat duduk di situ 2 tahun sahaja, tahun 1990 berpindah ke Pangsapuri PKNS AU 3, Kelompok Serindit A, jiran lebih sopan dan menjaga kebersihan.....cuma ada sorang jiran atas yang langsung tidak ada budi bahasa, sampah mereka sapu terus ke tangga bawah.....terus menuju ke pintu rumah sewa saya.....setiap hari mesti jumpa sampah,puaslah kita letak notis dan peringatan, jiran tu akan koyakkan notis.....notis tu hanya berbunyi, "Mohon kerjasama agar jaga kebersihan dan sampah tidak disapu ke tangga".....Hati panas kerana rupanya ada jugak jiran di Pangsapuri ini kurang pendidikan sivik dan 'sampah masyarakat' rupanya.
Tahun 1991 berpindah ke Quarters Asrama Doktor Latiff (ADL), rumah banglo lama 2 bilik dalam kawasan Asrama dan berjiran dengan dua orang staff ADL, tidak ada lagi masalah dengan jiran sekeliling, kebersihan asrama dijaga oleh tukang kebun dan pencuci asrama. Legaaaaaa.
September 1993 berpindah ke Bandar Baru Bangi selepas bertukar kerja....bermulalah episod hidup berjiran hingga kini....begitu mencabar sejak tahun 2010 hingga kini...
4 comments:
Alhamdulillah..saya dapat jiran2 yg baik.. :)
Salam alaik. Hidup berjiran ni kena tau hak2 jiran.Bagi yg hidup merantau, jiranlah menjadi saudara terdekat terutamanya dalam hal-hal mendesak.
Adakalanya, orang yg berpendidikan/berpangkat tinggi pun tak jamin dia boleh jadi jiran yg perihatin/bertanggungjawab. Cthnya bila dia ubahsuai rumah tapi hasilnya jiran teranaiya.
Norh,
untung dapat jiran begitu
Kak Ti,
Betul tu, bagi yang merantau jiranlah sedara mara terdekat. Saya jugak setuju bab hak jiran tu.....tunggu entri seterusnya jiran2 saya yang berpendidikan tinggi sehingga PHD ..lagi mencabar
Post a Comment