Assalamualaikum wbt,
Saya
telah berjanji dengan diri saya untuk tidak menulis pasal politik dan
parti politik dalam blog saya....saya tidak mahu wujudkan suasana tidak
selesa dan tidak mahu blog saya jadi sasaran komen untuk orang
bertelagah.Tetapi sebagai bekas pemimpin salah sebuah persatuan anak negeri dulu....dalam hati saya bergelora untuk turut sama memberikan komen dan pandangan tetang situasi politik sekarang yang sangat kritikal, tetapi dalam satu bahagian hati saya berkata......cukup2lah.....biarlah mereka yang masih muda dan masih membara mencorakkan politik negara......Bagi yang tua dan veteren mungkin mereka belum puas berpolitik dan mungkin juga politik adalah periuk nasi mereka. Satu lagi bahagian hati saya berkata......dah lah.....ini semua dunia ajer....hehehe.......
Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan
itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa
mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas),
sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri,
menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti
sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita
sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah
dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang
berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka
sembunyikan dalam hati mereka apa yang
mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri):
"Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan
itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?"
katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun
nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah)
akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku
di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang
ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
(A-li'Imraan 3:154)
Melalui blog saya dan pandangan peribadi saya, saya merayu kepada mana2 parti politik,
bercakap benar dan memberikan fakta yang sebenar kerana.....dia akhirat nanti sudah pasti kita akan dibicarakan di mahkamah Allah.....pengikut kita juga akan turut sama...Sekarang dengan mudah mulut kita berbicara....di SANA nanti semua anggota badan akan berkata2....
(Al-Baqarah 2:42)
Cabaran orang Melayu Islam...bukan sahaja politik, masalah sosial , masalah ekonomi, masalah akademik dan banyak lagi...kita mesti bersatu....Ameen.
2 comments:
Salam Hj Rosli . Dalam dunia ni semua lakonan . Akhir zaman, manusia sanggup lakukan apa sajaha utk kepentingan individu.
MI,
Betul tu....akhir zaman ni macam2 boleh berlaku
Post a Comment