Insyallah saya akan menetap di rumah sekarang hingga pencen dan hingga akhir hayat. Jiran2 pun sama kecuali mereka nak pindah ke tempat lain atau beli rumah yang lebih besar .
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
(An-Nisaa' 4:36) |
Saya dan keluarga pun ada berkira2 pulang ke kampung wife di Muar....nak berehat dan menghabiskan sisa hidup di sana, tetapi anak2 dah biasa membesar di bandar memang nampak berat sangat.....selalu saya mengingatkan mereka, saya lebih 'bandar' dari mereka semua sebab saya lahir dan membesar di bandar besar....tetapi sekarang jiwa saya lebih tenang di kampung
Hidup berjiran memang perlu banyak bertolak ansur kerana cara hidup dan cara kita dibesarkan tidak sama, ada yang suka kuching , ada yang suka rumah semak dengan rumput dan lalang tinggi, ada yang terlalu pembersih, ada yang tidak bertegur sapa, ada yang kaki surau, ada yang sombong , ada yang berlagak, ada yang ikut ajer dan macam2 lagi.....
Saya cuma nak bercerita pasal jenis jiran yang 'menyusahkan' orang, pertama jiran yang suka letak semua kereta mereka di luar rumah sebab nak pastikan rumah mereka lapang di porch, penat arkitek design rumah.....porch untuk letak kereta. Kekadang kita nak masuk rumah sendiri pun terpaksa adjust kereta sebab jalan masuk ke rumah dah jadi sempit bila banyak kereta diletak di luar rumah.
Kedua jiran yang letak kereta tepi jalan besar berdekatan simpang, bila kita nak keluar simpang kena halakan muncung kereta ke tengah jalan.....membahayakan orang di jalan besar dan kenderaan kita sendiri.....kalau ikut undang2 mesti letak kereta 30 kaki dari simpang....bukannya betul sebelah simpang.....Mereka ni biasanya dok kat rumah corner lot....ada kawasan luas tapi tetap nak letak kenderaan di tepi jalan....letih.....
Ketiga bagi yang bela dan sayang kuching, saya mintak maaf.....saya bukan tidak tahu hukum, kebersihan dan hati jiran jugak kena jaga, janganlah tahi kuching dibiar berserak di porch dan dalam rumah....baunya akan merebak ke rumah sebelah...terutama jika cuaca sejuk.. najis kuching mestilah bersihkan selalu.....saya dan keluarga dah 'menderita' lebih 3 tahun dengan bau tahi kuching setiap kali berada di luar rumah atau semasa menjemur kain...Dah buat teguran dan sindiran.....terbaharu....simen sebahagian kecil dinding untuk elak bauan 'harum' tersebut.....masih lagi berbau......Saya dah pujuk wife saya, kita kena doa selalu dan redhokan.....Begitulah serba sedikit adat berjiran dan duduk di rumah teres ni.....
Kalau nak diikutkan hati banyak lagi, tetapi setakat inilah dulu.....YA Allah "Kau Ampunkanlah dosa diri ku dan keluargaku jika aku bersalah dengan jiran2 aku dan Kau sedarkanlah jiran2 ku ini agar jadi lebih peka dan menjaga kebersihan serta keharmonian hidup berjiran"

2 comments:
Assalamualaikum En Rosli
Sekarang ni kami tengah mencium bau harum tu juga...sabo ajer le...mukin Allah nak hapuskan dosa2 yg kecil kut
Hj Rozali,
Samalah nasib kita, bersabar dan berdoa......hehehehe
Post a Comment