Wednesday, May 2, 2012

IMPIAN JADI NYATA- GOLDEN DREAM - PART 17- AMSTERDAM KE KLIA

Assalamualaikum, wbt,

Dalam hidup ini kekadang apa yang terlintas dalam hati sebenarnya adalah niat dan doa....

Setelah  check out awal pagi  dari Hotel, sempat lagi bergambar kat beberapa lokasi Amsterdam sebelum bertolak dengan keretapi dari  Central Station Amsterdam ke LTA Schiphol....

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas lebih kurang 10 hari berada di Ghana, Guinea, Paris dan Amsterdam....memang terasa penat sangat.....lega bila dapat pulang dengan menaiki pesawat MAS....rezki lagi dapat naik Boeing 777, pesawat terbaru dan tercanggih MAS ketika itu, bertolak dari Amsterdam jam 10.30 pagi....Dalam flight jumpa ramai orang Malaysia.....kulit cerah2.....sebelum ini 10 hari berada di 'benua gelap'.....

Tiket penerbangan pulang dari Amsterdam,  saya berjaya memujuk agensi travel agar tukar kepada Business Class (ini kes salah guna kuasa ketika itu, boleh kena DI ketika itu...)...sekali sekala....Memang nikmat naik kelas perniagaan....pramugari baik2 dan layanan memang kelas....seorang penumpang dengan seorang pramugari ketika itu  sebab kelas perniagaan memang tak ramai ketika itu..makanan dan minuman sentiasa di hidang....sampai tak larat dah....perut sentiasa kenyang...

Nak jadi cerita.....seat saya dekat dengan kokpit juruterbang....saya ternampak ramai budak2 keluar masuk...saya pun bertanya dengan pramugari,  kenapa budak2 keluar masuk ? Saya manalah tau apa mereka buat dalam tu....pramugari pun tawarkan saya masuk kokpit....macam orang mengantuk disorong bantal.....giliran saya tiba....best rupanya duduk dalam kokpit di belakang juruterbang....



Tau apa,... nak jadi cerita dalam kokpit tu....tetiba saya terpandang  salah seorang juruterbang tu....Ya Allah....Kapten Mustapha Kamal, kawan sekolah saya Sek. Men. Teknik, Cheras...saya tegur dia ...masa tu dia sedang bertugas dan sedang memegang steering kapalterbang.....dia kata jap lagi dia jumpa saya .....masa tu kapalterbang sedang melintasi Bandaraya Kembar Kl, Isfahan, dia sempat tunjuk kepada saya, Bandaraya tersebut terang benderang sebelah malam.... kami sedang melintasi ruang udara IRAN....


Kami berborak lebih kurang 30 minit dan amik masa rehat dia,  sebelum dia rehat dan tidur dia sempat bagitau saya,  bila kapal menghampiri Myanmar dia akan suruh pramugari panggil saya dan duduk di dalam kokpit sehingga mendarati di KLIA.  Ya Allah seronoknya saya....masa yang ditunggu tiba, lebih kurang 5.30 pagi saya dikejutkan oleh pramugari dan dibawa ke kokpit... saya duduk betul2 di belakang kawan saya Kapten Mustapha Kamal dan seorang lagi  pilot keturunan Cina......memang canggih pesawat 777 ni,  Kamal sempat tunjuk peta dan serba sedikit maklum kepada saya kecanggihan pesawat ini....dapat tengok peta udara dan jenis angin yang ada di angkasa....angin paling kuat di Teluk Benggala....dan banyak lagi.....Saya perhatikan saja dia bekerja.....semua pakai butang sahaja....sampailah pesawat mendarat di KLIA....masa tu lebih kurang 6.45 pagi.....saya dapat merasakan bagaimana pesawat turun dari ketinggian 42 ribu kaki hingglah ke paras terendah......dan yang paling best Kapten Mustapha Kamal yang memegang steering pesawat semasa mendaratkan pesawat ini...Alhamdulillah.....pesawat selamat mendarat

Sedikit terkilan kerana tidak ada gambar yang saya boleh snap kerana filem dalam kamera saya dah habiskan di Amsterdam lagi......dah nasib badan.

Selepas bersalaman dengan Kapten Kamal  dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,  saya sempat maklum pada dia bahawa ini  (15 April 1999) adalah antara kenangan manis saya seumur hidup dan saya tidak akan lupakan peristiwa ini ,  dan saja janji akan menceritakan pengalaman ini kepada semua famili dan kenalan saya.....Alhamdulillah 

Saya bersyukur kerana masih lagi berpeluang ke luar negara dengan duit Syarikat dan atas tugasan rasmi.


p/s Tragedi dan peristiwa 9-11,  menyebabkan sekarang tidak lagi dibenarkan penumpang berada di dalam kokpit bersama Juruterbang.....kes rampasan kapalterbang begitu tragis dan membimbangkan.

2 comments:

Cute Oven said...

baru terbaca...seronoknya... tapi saya takut...apalagila duduk kat depan tu..

rosli said...

Cute Oven,

Bila tidak ada awan dan cuaca terang memang best....tp bila terlanggar awan, semua putih....memang tak nampak apa...tp sekejap sahaja....radar kabin pesawat memang canggih. Insyallah