Assalamualaikum wbt,
Peluang ke beberapa buah negara orang putih dan bukan orang putih....rupanya tidak sama dengan pengalaman umrah 2008 di Makkah dan Madinah....3 hari di Madinah dan 7 hari di Makkah. Rasanya tidak sama, hati dan jiwa tidak sama.....berada di negara padang pasir ni rupanya tersangatlah indah.....tenang dan susah nak digambarkan dengan kata2.....siapa yang berada di Makkah, mengadap Kaabah.....berada di Raudah di MN....mereka akan tau apa perasaan itu.....
Selama beberapa hari di Makkah masa umrah 2008, hampir setiap hari saya menyesali diri saya.....napelah "aku tak buat haji awal2" .....sekarang baru umrah.....perjalanan masih jauh lagi untuk buat haji.......terasa begitu kerdil bila berdepan dengan Kaabah.......mudah sayu,mudah menangis dan mudah sedih.....setiap hari saya 'terdudud dan tertiarap' di Baitullah.....menangis dan menyalahkan diri....."napelah aku tidak ke sini di masa muda-muda dulu.....dah berpuluh ribu habis entah ke mana....." kalaulah aku tau 'indahnya' berada di Makkah dan Madinah, sudah pasti aku ke sini setiap tahun".....'tertiarap' lagi aku di sini.......
Saya berazam dan berusaha untuk buat Haji seberapa segera dan jika ada rezki akan buat umrah selepas itu bersama keluarga.....entah kenapa azam dan cita2 ke luar negara tidak lagi jadi keutamaan......sekarang barulah saya faham....kenapa ramai orang sentiasa cari peluang untuk mengerjakan haji dan umrah seberapa kerap yang mungkin.....RINDU PADA BAITULLAH,MAKKAH DAN MADINAH tidak dapat digambarkan...... ianya tidak sama dengan perasaan ke luar negara lain. Subhanallah.....perasaan tu sukar untuk dibicarakan dan rindunya pun sukar nak digambarkan.....
Nak buat umrah kedua dari Masjid Tanaim
Masjid terapung di Jeddah ( nama saya tak ingat)
sebelum bertolak pulang ke Malaysia
2 comments:
InsyaAllah Rosli... Allah makbulkan doa tersebut. Allah sangat dekat..
Badrul,
TQVm atas sokongan dan doa
Post a Comment