Assalamualaikum wbt,
Semasa alam pekerjaan saya terumbang ambing antara tahun 2006 hingga Jun 1998....banyak perkara baru saya pelajari...salah satunya bekerja dengan orang muda.....
Ramai (budak2 muda) tetapi bukan semua......ghairah bekerja dan nak dapat pangkat tinggi dan gaji tinggi....main langgar apa saja depan mata, bila boss tengah sayang...kerja macam lipas kudung....ada jugak yang mengulau belakang boss.....tapi bila boss mula marah dan tegur....mulalah tunjuk belang.....mengulau dan sibuk nak berhenti kerja dan tukar unit......baru mereka tau langit tinggi or rendah.......masa tengah disayang boss lupa semua......tikam sana sini.....bila boss marah.....pandai pulak tikam boss dan salahkan boss....
Begitulah resam dunia sekarang, kerja semua sebab duniawi.....kerja kerana Allah sudah hilang dari ingatan....kejar gred kejar gaji dan kejar pangkat.......dan kejar glamour dan kuasa....
Semasa muda dulu.....saya sendiri kejar semua itu, tp bersyukur saya tak kejar kuasa.....saya buang jauh2 sikap bodek atau jadi lalang......sesekali bisikan syaitan sangat dekat....."kau tak jeles ke kawan2 dah jadi GM dan AGM....kau masih jadi Manager cabuk".....Bukan mudah memujuk hati......Alhamdulillah......dengan memujuk hati....." ini rezki kau, ini cara kau bekerja dan Allah memang bagi kau setakat ini buat masa ini, kalau nak lebih kau kena kerja kuat, balik lambat dan kena main politik......pilih mana kau hendak " ......sekali lagi tepuk dada tanya selera.....
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
(Al-A'raaf 7:29)
(Al-A'raaf 7:29)
Berdoa, bersyukur dan redho....pilih nak yang mana.....nak balik cepat or nak balik lewat dengan bebanan tugasan dan masa rehat yang terhad atau yang paling best.....bagi orang muda peluang.....mereka masih memerlukan gaji yang besar......pilih mana pilihan hati....
4 comments:
Assalammualikom wbt tuan haji . Pekerja sekarang ini berbeza dari zaman dahulu . Mereka bekerja hanya kerana sesuatu . Tetapi tak sebilnagan semua pekerja begini .
Semoga niat kita mencari rezeki yang halal untuk diberi makan anak dan keluarga ini di berkati Allah .
Biarla la sedikit tetapi ia berkat dan mendapat pahala . InsayAllah
Assalamualaikum En Rosli
Insyaallah
kita niatkan kerja itu ibadah
Mi,
Insyallah, kita sama sama brdoa
Hj Rozali,
Insyallah, niat tu yang penting
Post a Comment