Assalamualaikum wbt,
(penutup tugasan rasmi di Ghana dan Guinea, bersantai di Paris dan Amsterdam)
Kebetulan semua tugasan rasmi bersama anggota di Ghana dan Guinea berjalan lancar, memang ada yang tak puas hati sebab elaun mereka sedikit, tetapi semua mereka tidak mengetahui tujuan asal saya ke sana....Walaupun pengurusan tak gembira dengan laporan saya, saya gembira sebab dapat buat yang terbaik......ada beberapa laporan saya telah dipertimbangkan dan dilaksanakan selepas 3 tahun laporan dibuat. Kesian staff di Ghana, Guinea dan satu lagi negara , Malawi..... Rezeki saya keluar negara pada ketika itu, setakat itu sahaja lepas itu....tidak ada lagi peluang bertugas jauh....semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku, yang penting kita kena redho dan berlapang hati.
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
(Adz-Dzaariyaat 51:22) |
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
(Adz-Dzaariyaat 51:22) |
Pada saya Ghana, negara yang belum sesuai untuk melabur kerana politik negara berkenaan, infrastruktur ketika itu dan mentaliti rakyatnya yang lebih taksub kepada 'orang putih' berbanding orang kulit sawo matang.
Guinea pun sama, politik yang masih tidak stabil ketika itu dan infrastruktur yang kurang baik ketika itu.....mereka jugak taksub kepada orang Perancis berbanding orang kita yang berkulit sawo matang.
Entri kali ini saya tidak berniat untuk bercerita panjang lebar tentang dua negara tersebut, mungKin di lain-lain entri di masa akan datang.

Apa yang pasti kepada saya ini merupakan satu pencapaian kepada saya kerana saya berpeluang ke dua negara Afrika dan 3 negara di Eropah, walaupun sekejap....sekurang2nya saya dah menjejakkan kaki di sana....Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment