Wednesday, May 16, 2012

GOLDEN DREAMS TERHEBAT- IMPIAN YANG AKAN JADI NYATA- INSYALLAH

Assalamualaikum wbt,
(sekadar berkongsi apa yang dirasa dan dirancang)

Setelah beberapa bab yang lalu bercerita tentang sejarah dan apa yang telah saya lalui dan diberi rezki Allah untuk bertugas di negara orang dan masih bernafas hingga kini,  rezki saya mengerjakan umrah Julai /Ogos 2008 merupakan satu titik tolak yang begitu bermakna dalam hidup dan saya mula menilai nikmat yang Allah berikan , yang selama hari ini saya 'terlupa' dan buat buat terlupa,  bersyukur kepada Allah yang tidak menarik nikmat tersebut

Bersyukur dengan banyak nikmat dan rezki yang Allah limpahkan kepada saya dan keluarga. Telah banyak impian saya menjadi kenyataan, namun  saya percaya dalam hidup kita, mesti ada lagi perancangan yang belum jadi kenyataan,  saya tidak terkecuali dan sedang berusaha ke arah itu.  Masih lagi berharap satu hari nanti dapat tugasan rasmi ke USA atau ke Kanada kerana ianya termasuk dalam golden dreams saya. Nak main salji kat negara sejuk ni....

Namun begitu,  golden dreams saya yang terbesar dan terhebat adalah untuk  mengerjakan haji bersama isteri saya pada tahun 2013/2014 atau 2015 dan jugak mengerjakan umrah bersama isteri dan anak-anak saya pada tahun yang lebih kurang sama iaitu 2013/2014 or 2015.  Dalam erti kata lain IMPIAN PALING INDAH.....
Rindu...Masjid Nabawi

Lagi rindu DI SINI...Baitullah

Selepas haji dan umrah terfikir pulak bersama keluarga ke Korea atau Turki.....entah kenapa dua negara ini jadi pilihan ,  hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam benak fikiran saya. Insyallah

No comments: