Sunday, January 24, 2010

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG

Salam,

Dalam cerita P. Ramlee kita biasa dengan dan ingat dailog dan lagunya ,  'barang Yang lepas jangan dikenang'.....  Ada yang terlepas kasih sayang,  ada yang terlepas kekasih,  harta benda pangkat, kawan, kekasih,  tunang, isteri, suami,  terlepas  peluang naik gred dan macam-macam lagi. Saya sengaja memilih tajuk ini kerana ianya banyak kaitan dengan diri sendiri dan mungkin  juga orang -orang lain pernah merasakan begitu.  Kekadang kita juga mendengar orang tua2 dulu memberikan nasihat " sudah lah tu....jangan ingat sangat nanti merana badan"....betul sangat kata-kata orang tua yang banyak makan garam dari kita....   sampai sekarang saya terfikir kenapa bidalan garam yang digunakan,,,,,kenapa tidak gula,  cili atau tepung....?

Di ladang epal,  di Kota,  Daerah Malang,  Surabaya , Indonesia Disember 2004,
hadiah pihak pengurusan pasukan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Arema FC,  pasukan kami menang 3-1.  Gambar pasukan kami berlawan saya dah salah letak....entri akan datang


Saya teringat kata-kata bekas staff saya dalam bulan Ogos tahun 2004 "barang terlepas apa nak dikenang lagi tuan" katanya dalam loghat Minang.  Saya tak pasti samada dia memadankan muka saya atau  sekadar bersimpati.  Ketika itu saya baru saja meletakkan jawatan dari salah sebuah pasukan bolasepak bertaraf  kelab tempatan yang baru melayakkan diri ke kancah Liga Super Malaysia. dan sekali gus meletakkan jawatan di Syarikat GLC itu untuk menyertai anak Syarikatnya.  Saya mula terlibat sebagai Setiausaha Kehormat pasukan itu mulai Oktober 2002  hingga 31 Ogos 2004.  Pasukan ini bermula dari bawah sejak tahun 1990, bermula di Kelantan dan kemudian dipindahkan ke Melaka sehinggalah mencipta nama di Melaka,  bahkan pasukan Kelab ini lebih di'sayangi' oleh segelintir rakyat negeri Melaka berbanding pasukan negeri mereka sendiri.  Kalau tak percaya tanya pada penyokong fanatik pasukan Kelab ini......kita gelar dia 'Arab'.  Terima kasih pada abang Arab dan kawan-kawan abang yang begitu setia menyokong kami dulu.


Memang sedih dan dengan berat hati saya  melepaskan jawatan itu dan memulakan kerjaya baru sebagai Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) mulai 1 September 2004 hinggalah 31 Oktober 2006.  Kami  dipanggil semula menyertai Syarikat GLC ( parent company) atas dasar penyusunan semula perniagaan Syarikat dan saya tidak dapat meneruskan kerjaya dalam bidang OSH kerana semua tempat telah penuh. 




Rasa-rasa ada tak muka yang tuan/puan kenal dalam gambar ni !

Ini pasukan kami,  perlawanan menentang pasukan Selangor bulan Julai 2007,  kami tewas 0-3,  ketika itu moral pasukan mula menurun,  tunggu entri pasal bola saja....tapi saya tak boleh janji sebab isu bola ini sensitif sikit.



Kesebelasan utama,  kenal tak yang paling rendah tu,dulu saya punya rambut  lebat dan belah tepi....tapi sekarang lebih selesa potong no 4...  boss saya yang bertie kuning....semua tinggal kenangan...... entah bila pasukan ini akan beraksi semula... ramai mengharap  dan ramai juga berharap pasukan ini tak payah aktif semula....



Bersama Wan Jamak,  coach yang saya sangat respek,  dia juga respek saya ! sekarang dia dengan pasukan NS dan baru saja mencipta sejarah tahun lepas,  tahniah coach....saya tau  you adalah salah seorang coach yang terbaik di Malaysia,  satu hari nanti saya akan tulis entri bertajuk respek...


Takdir Allah telah menentukan saya kembali semula ke unit sukan dan diberi tugas menjaga semula pasukan bolasepak  kelab korporat tersebut mulai 1 November 2006 hinggalah dengan rasminya dibubarkan  31 Ogos 2007 kerana ahli lembaga pengarah ingin menumpukan kepada penajaan sepenuhnya dengan  peneraju utama bolasepak Malaysia ( FAM).  Satu hari nanti saya akan bercerita panjang lebar mengurus pasukan bolasepak dan sepak terajang dalam mengurus pasukan bolasepak sesudah pasukan berjaya menempah nama.  Sehingga kini saya susah nak melupakan pasukan bolasepak tersebut kerana banyak kenangan pahit manis yang dilalui....sehinggalah saya terbaca satu caption dari salah seorang gadis yang baru pulang dari umrah bulan Mei 2009, bunyinya lebih kurang begini 'jangan dikenang apa yang telah kita terlepas,  kita harus bangga yang kita pernah memilikinya satu ketika dulu'.  Lama saya menung dan akhirnya mengiyakannya.....



Kalau ikut hati saya malas nak bercerita pasal kerja atau pengalaman kerja,  takut2 disalah tafsir dan ada rakan2 yang mengenali saya bercerita,  saya harap pihak pengurusan Syarikat saya tidak mengambil tindakan pada saya kerana tajuk entri post saya kali ini adalah barang yang lepas jangan dikenang. Sekadar berkongsi pengalaman hidup.



12 comments:

Mohd Saad Hamid said...

Salam Tn Rosli.

Kadang-kadang perlu juga kita kenang perkara yang lepas. Contoh: Kesilapan-kesilapan kita terhadapt Allah swt dan juga terhadapat makhluq. Dengan itu kita akan menyesal dan mudah-mudahan membawa kepada Taubat Nasuha.

Salam, tuan jersi tu masih ada lagi ke? Ehem ehem. Kalau ada saya turun Bangi Sabtu ni, insyaAllah.

مسافر اسلام said...

Salam en Rosli, terpegun saya membaca N3 kali ini. Rupanya pengurus Kelab Bolasepak dulu ya. Wah.. Memang hebat, ada juga pegalaman yang menggusik jiwa bila senang atau susah.

Kisah jersi telah terjawab, mugkin ada lagi N3 yang hebat lagi dari ini...

Insyallah.

rosli said...

Salam TnHj. Saad,

Terima kasih atas komen tersebut, kesilapan pada Allah saya tak pernah lupa dan sentiasa berdoa agar masih diberi peluang berubah ke arah kebaikan dan mendapat keredhaan Allah.

Maaf Tn Hj pasal jersey tu, itu saja jersey kesayangan saya yang tinggal, no 2 dan 15. Hope CL gembira menerima cenderahati tersebut.

rosli said...

Salam MI,

Kebanyakan masa saya bertindak selaku Setiausaha sahaja dan memangku jawatan pengurus bila boss saya tiada.

Saya akan cuba entri yang lebih menarik di masa hadapan.

mama ju said...

Salam sdr Rosli..

Wah hebat rupanya sdr ni..

Teruskan menulis..sronok membacanya...

rosli said...

Salam Mama ju,

Terima kasih atas komen tersebut. Nak kata hebat tak lah, sekadar menjalankan tugas. Semua dah jadi kenangan manis.

Atikah said...

Salam En Rosli...

Wah... tak sangka no... bekas org kuat pasukan bola sepak ropenya....

rosli said...

Salam Atikah,

Masa saya jaga pasukan bola tu dulu, cabarannya memang hebat, glamour pun ada, musuh datang percuma, kawan pun ramai, pasukan kami antara salah satu pasukan kelab yang dulu tidak berapa terkenal sehinggalah tahun 2004 hingga 2006, baru orang kenal. Actually banyak nak share dengan rakan2 PDKM. Tengoklah satu hari nanti jika diizinkan Allah.

Terima kasih kerana masuk rumah saya dan jadi follower saya. Sokongan rakan2 memang saya perlukan.

safiudin.com said...

salam en rosli,

wah! hebat betul en rosli ni sebenarnya..

dari pengalaman en rosli tu.... boleh dijadikan n3 dalam blog ni...

benar2 menarik perhatian saya...

tahniah dan selamat berkarya..

مسافر اسلام said...

Salam en Rosli...tak ada N3 baru ke sekarg ini?

rosli said...

Salam Safiudin,

Jika diizinkan Allah saya akan paparkan entri2 berkaitan bolasepak Malaysia

rosli said...

Salam MI,

Buat masa ini kerja2 pejabat telah merentap tenaga saya dan terlalu letih untuk membuat entri baru, tetapi saya akan usahakan