Saturday, February 6, 2010

SURABAYA, MALANG, KOTA DAN AREMA FC DISEMBER 2004 ( BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG SIRI KE 2)

Salam,

Sepanjang menjaga pasukan Kelab Bolasepak Telekom Melaka (TMFC) dari tahun 2002 hingga 2007, lawatan ke Surabaya, Malang dan Kota dan perlawanan persahabatan dengan  pasukan Arema FC merupakan salah satu kenangan manis yang tak dapat dilupakan kerana ini kali pertama dapat peluang ke sana berjalan sambil membeli belah dan tidak ada komitmen tugas kerana telahpun meletakkan jawatan selaku Setiausaha Kehormat TMFC pada Ogos 2004. Entahlah kenapa senang sangat merajuk dan membawa diri.  Mungkin mental tidak kuat dan terlalu mengikut hati atau mungkin mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dengan TM Net  !

Kalau ikutkan hati malas nak ikut rombongan ini sebab hati dah tawar, malas nak jumpa 'kawan-kawan lama' dan boss-boss' lama,  ingatkan naktukar lawatan tersebut dengan duit tunai.   Pengurusan TMFC menolak permohonan tersebut dan suka tak suka kenalah ikut rombongan tersebut.  Bila hati dah berbelah bahagi dan tawar maka perjalanan pergi ke sana jadi tawar dan mengikut sajaDua perenggan ini sekadar luahan hati,  tetapi sekarang baru nampak hikmah di sebalik peristiwa tersebut.  Tidak suka nanti dikatakan bersikap negatif atau degil.

Dari penerangan pegawai pelancongan yang mengiringi kami, dapat tahu serba sedikit mengenai Surabaya, Malang, Kota dan Arema FC. Arema FC berpusat di Malang dan asalnya pasukan ini dianggotai anak-anak Malang yang berminat dengan bolasepak.  Tahun 2004 Arema FC baru saja menjuarai Liga Bolasepak seluruh Indonesia.  

Pada perlawanan persahabatan tersebut TMFC menang 3-1.  Yang hebatnya di sana perlawanan persahabatan macam perlawanan betul ,  stadium penuh dengan penyokong fanatik mereka,  siap ada maskot mereka  ,  singa dalam sangkar yang di bawa keliling stadium di waktu rehatBila saja tamat perlawanan hampir semua penyokong Arema FC menyerbu padang,  habis lintang pukang semua pemain TMFC lari ke bilik persalinan,  dua orang pemain TMFC tak sempat lari,  jersey dan seluar mereka di tarik oleh penyokong Arema FC,  hampir telanjang kalau mereka tidak pakai seluar dalam ! Ini bukan rekaan tetapi cerita betul. Di kawasan parking bas kami pun diserbu oleh penyokong yang fanatik ini,  baju yang aku pakai pun mereka mintak dan nak tukar dengan baju mereka.....mana aku hendak...baju mereka dah lusuh dan berpeluh...aku suruh mereka datang hotel....mereka tak berani pun.....  Banyak lagi kenangan semasa di Malang,  tapi aku dah lupa kebanyakannya.   Aku berharap satu hari nanti dapat datang semula ke Ladang Epal ,  KOTA bersama keluarga....cuaca macam di Cameron Highlands sejuk dan nyaman.

SURABAYA :

 

BERGAMBAR DEPAN ZOO SURABAYA ( tgk backgroung tu),  NAMA SURABAYA ADA KAITAN  PERGADUHAN DUA WATAK UTAMA DI ZAMAN DULU-DULU,  HINGGAKAN  DIKAITKAN DENGAN BUAYA DAN JERUNG.... JAMBATAN MERAH PUN ADA SEBAB KEDUA-DUA MAKHLUK INI BERGADUH SAMPAI BERDARAH-DARAH DAN JADI MERAH SEMUA BAWAH JAMBATAN DAN ATAS JAMBATAN....CERITA SEBENAR AKU DAH LUPA....JANGAN MARAH OK.....

 
AKU BERSAMA PEGAWAI TMFC DAN KETUA KELAB PENYOKONG  TMFC DEPAN HOTEL NOVOTEL SURABAYA,  JAUH DARI  BANDAR SURABAYA SEBAB PENGURUSAN TERTINGGI TAK MAHU PEGAWAI DAN PEMAIN BERPELESERAN DI WAKTU MALAM....NAK JAGA IMEJ TMFC.....

 
BERGAMBAR  SEBELAH KAPAL SELAM YANG PERNAH TENTERA LAUT INDONESIA GUNAKAN PADA ZAMAN PERANG DUNIA KEDUA HINGGA TAHUN 1980AN. ( KITA BARU BELI DUA BIJI) PEGAWAI PETUGAS SEBELAH AKU TU KATA DIA PERNAH BERTUGAS DI DALAM KAPAL SELAM TU DAN SEKARANG DIA BERTUGAS MENJAGA KAPAL SELAM TU DI DARAT PULAK ....AKU ANGGAP BETUL DAKWAAN TU SEBAB PEGAWAI KESELAMATAN TU BOLEH MENERANGKAN DENGAN TELITI SETIAP INCI KAPAL SELAM TU.... 


HARI KEDUA SEMPAT MELAWAT KILANG ROKOK A SAMPOERNA DI SURABAYA,  PETUGAS YANG MAHIR NI SANGAT CEKAP APABILA MENCEKAK ROKOK DAN BILA KITA KIRA MEMANG TEPAT,  SETIAP CEKAK MESTI 50 BATANG ROKOK SEBELUM DIBUNGKUS.....MEREKA SANGAT PERAMAH...KERJA SANGAT CEKAP TAPI GAJI MEREKA SEBULAN TAK LEBIH RM 160.00 DUIT KITA....KESIAN PUN ADA,  KALAU ADA YANG BERMINAT NAK CARI CALON DAN NAK BERBAKTI DATANGLAH SINI....ADUH MANIS2 PAK..

Pada malam selepas perlawanan tu ada dinner bersama pemain , pegawai TMFC dan pegawai Arema FC,  semasa dinner aku rasa sedikit boring dan terasa ini bukan pasukan aku lagi. Tengah lepak sorang-sorang depan kolam selepas call isteri di Malaysia, beberapa pemain TMFC datang ajak borak....rupa-rupanya ada sorang dua pemain TMFC jadi spy pegawai baru.....bermula episod tuduh menuduh dan aku dikatakan menghasut pemain agar tidak bermain dengan TMFC....entah macamana cerita ini bermula aku pun tak tau !.  Itulah bolasepak dalam Malaysia.....ada segelintir pegawai yang takut dengan bayang-bayang sendiri.....sebab tu bolasepak Malaysia susah nak pergi ke peringkat lebih tinggi. Lebih mudah cari salah dan menyalahkan orang lain dari mencari salah sendiri.... Aku mengakui kelemahan aku ,  tetapi kekadang ada orang berlagak macam pandai dan pijak semut pun tak mati....

BANDAR MALANG :


 
NAMA MALANG ADA KAITAN DENGAN CERITA WANITA CANTIK BERNAMA KENDEDES, KISAH CINTA, PERCINTAAN DAN PERGADUHAN SEHINGGA MEMBAWA KEPADA CERITA LAGENDA DAN BERLAKU PEMBUNUHAN....ITULAH ASAL NAMA MALANG.  KAMI GELAR GADIS INI KENDEDES HOTEL GRAHA CAKRA DI MANA PASUKAN TMFC MENGINAP.  JANGAN SALAH ANGGAP SEBAB DIA BUKAN MAKWE AKU. ATAS MEJA TEMPAT DIA BERTUGAS MESTI ADA SEBAKUL BUAH APEL ( KAT SANA EPAL DI PANGGIL APEL) DAN KITA BOLEH AMBIL BERAPA BANYAK YANG KITA SUKA ASAL MUKA KITA TAK TAU MALU.... ! APEL HIJAU DARI LADANG DI SEBUAH TEMPAT BERNAMA KOTA...TENGOK  GAMBAR SETERUSNYA:

KOTA :

 
NAK MASUK LADANG APEL DI KOTA INI KENA BAYAR RP 15 RIBU,   BOLEH PETIK DAN MAKAN DUA BIJI BUAH APEL SAHAJA, KALAU LEBIH KENA BAYAR,  ADA PENJAGA YANG SENTIASA MENGEKORI KAMI.  TAHUN 2004 MANALAH KENAL PASAL BLOG-BLOG NI,  KALAU TIDAK MESTI AKU SNAP GAMBAR BANYAK2 DAN BOLEH MASUK BLOG


LEPAS NI NAK CERITA  PASAL POKOK ANGGUR  PULAK (BELAKANG RUMAH AKU) DAN SAMBUNG YANG MASIH BERSARANG DALAM FIKIRAN INI.....SABAR  OK..... KEKADANG IDEA KERING DAN MALAS NAK MENAIP SEBAB FIKIRAN PUN DAH LETIH SANGAT.

2 comments:

nailofar09 said...

salam...t kasih ke rumah baru saya, rumah lama-alam nyata...kat old town jln sentosa, sehingga 1995...pas tu k jb. ni balik kg dah...di BPahat. klau padang timur n taman jaya...biasa sgt.pjbt berdepan ngn singgahsana...jiran pj hilton...:} sok2 saya buh n3 cerita2 kat PJ...jmputlar bertandang k anjung nailofar...

rosli said...

Salam Nailorfar,

Saya mmg menanti entri you pasal pj,, mgkn you ada persepsi yang berlainan ttg pj.....famili saya dok di quarters ( pja) - petaling jaya authority)lbpj di seksyen 8, dari tahun 1957 hingga 1979.... saya jugak satu hari nanti akn post kenangan lama di sana.....