Sunday, August 29, 2010

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN - PART 2

Salam,

Topik keselamatan dan kesihatan di tempat kerja semakin mendapat perhatian banyak majikan sekarang ini.  Aku salah seorang pengamal dan pegawai keselamatan ( OSH) yang berdaftar dengan JKKP/DOSH selepas mengikuti kursus tersebut pada tahun 2004 sepenuh masa.  Lulus semua peperiksaan dan ujian lisan pada tahun 2006,  hanya dapat memohon sebagai pegawai keselamatan berdaftar pada tahun 2008 kerana tugasan ketika itu berkait dengan HR dan keselamatan. 

TOPIK PENTING DI TAPAK BINAAN- JARING KESELAMATAN DI TEPI BANGUNAN.

 Ni contoh yang baik ,
Jaring keselamatan yang lengkap dan kemas

 Cuba cari di mana silap kontraktor ini ?

Banyak kontraktor tidak menitikberatkan jaring keselamatan , terutama di tepi bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan..... terlalu banyak kes kematian akibat jaring keselamatan yang dipasang dengan betul,  alasan nak jimat kos.  Hope  semua kontraktor besar atau utama lebih peka dengan keselamatan pekerja berbanding kos penjimatan.

Tuesday, August 24, 2010

HARGA NYAWA DAN KESELAMATAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA- BHG 1

Salam ,

Minggu lepas pada hari Sabtu aku menurut kehendak anak2 aku nak beli baju raya di Mid Valley,  tiba di sana lebih kurang jam 11.30pagi,  beberapa pintu masuk untuk letak kereta di Mid Valley dah penuh,  akhirnya anak aku suruh masuk ke tempat letak kereta di The Gardens.....kali pertama masuk situ , walaupun tempat kerja aku sangat dekat dengan Mid Valley dan The Gardensaku jarang ke sini kerana aku rasa kurang mampu berbelanja lebih2 lagi di The Gardens......
Masih baru dan nampak eksklusif

Anak dara aku berkenan dengan kasut di salah sebuah kedai yang bersempadan dengan Mid Valley,   ada offer ketika itu,  bolehlah tahan sikit harganya......Sementara menunggu aku sempat melihat2 luar kawasan.....terkejut aku tengok pekerja ni buat kerja.....
Langsung tidak ada peralatan keselamatan 
di badan pekerja ini ! Hebat sungguh...

Agak2 kalau jatuh boleh cedera parah 
atau membawa maut tak ?
Pekerja di atas memang bukan sedara mara aku atau pun kawan ataupun kenalan aku.....tp sebagai pengamal Occupational Safety and Health ( OSH) ,  aku simpati dan kesian pada pekerja binaan ini.  Entah mana supervisor atau pegawai OSH yang bertugas ketika itu....

Ada kes kontraktor di Syarikat aku tahun 2008 dan 2009,  di Melaka sorang  pekerja kontraktor jatuh dari tangga dari ketinggian 7 kaki,  maut selepas koma 1 hari,  sorang juruteknik  Syarikat aku di Kota Bharu jatuh dari atas bumbung rumah di ketinggian 10 kaki akibat bumbung licin pun maut serta merta dan seorang juruteknik di Taiping seminggu lepas Raya tahun lepas,  jatuh selepas bumbung bobos kerana terpijak bumbung yang tiada alang2, maut selepas 4 jam masuk hospital di Taiping dan banyak lagi kes2 yg menyayat hati....Tepuk dada tanya selera......pada kami kemalangan boleh dikurangkan dan dielakkan kecuali ajal dan maut yang Allah dah tentukan.

Monday, August 23, 2010

CENDERAMATA DAN KENANGAN UMRAH 2008

Salam,

Sekadar berkongsi rasa bila terkenang dan rindu MH dan MN.  Gambar banyak dalam simpanan,  dalam HP, dalam Notebook, screen saver semua ada.  Bila tengok cenderamata yang dibeli terkenang dan rindu pada Makkah dan Madinah.

 
 Unta ini di beli di Madinah untuk anak 
bongsu aku Ammar
Lampu hiasan MH dibeli di Makkah

 Tasbih besar sebesar buah tomato
dibeli di Jalan Hijrah, Makkah
Setiba di Malaysia aku sempat bergurau dengan beberapa orang tetamu yang datang menziarah aku di rumah,  "agak2 boleh ke  aku take over jawatan IMAM or Mufti Selangor jika aku bawak tasbih besar ini semasa temuduga " ?. Masa temuduga tasbih tu aku  bukan simpan dalam saku tetapi aku sangkut kat lengan dan bahu aku !. Aku rasa panel penemuduga mesti geleng kepala tengok aku masa tu.....

Mesti ramai yang akan terkejut kalau tasbih ni aku bawak gi surau or masjid..... mesti ada yang cakap mamat ni betul ke tidak or nak menunjuk2.....so akhirnya tasbih besar ini aku simpan sebagai hiasan di rumah dan sesekali aku guna jugak kerana lenguh memegang tasbih ni sebab berat.....yang selesa tasbih yang kecik jugak.  (Niat aku masa beli tasbih tu memang untuk simpanan dan hiasan sahaja....tidak ada tujuan lain sekadar berkongsi rasa)

Tuesday, August 17, 2010

SEKADAR RENUNGAN : FINAL ANALYSIS

Salam,

Aku dapat petikan ini dari seorang kenalan lama yang telah menjadi pegawai kanan Syarikat di negeri Melaka, setelah berdiskusi selama lebih kurang 20 minit dia berkongsi dengan aku petikan ini. Pada aku ini sangat menarik untuk direnungkan......


People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are succesful, you will win some false friends and some true friends:
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they maybe jealous;
Be happy anyway.

The good you do today,people will often forget tomorrow;
Do good anyway.
Give the world your best anyway.

You see, in the final analysis,it is between you and GOD;
Is was never between you and them anyway......




                              

Sunday, August 15, 2010

MEMBANTU MEMANJANGKAN SEDEKAH BULAN RAMADHAN


Salam,

Semalam (14 Ogos 2010) aku pulang ke kampung isteri di Air Hitam, Muar atas dua tujuan utama.  Pertama nak berpuasa dan berbuka dengan ibu mertua aku setiap awal puasa sepertimana tahun2 lepas.  Syukurlah dapat berpuasa dan berbuka bersama Bonda Asiah Suratmin.

Kedua ,  tidak ada sebarang niat nak menunjuk atau riak,  sekadar berkongsi cerita di bulan Ramadhan ,aku dan wife wakil bagi pihak seorang dermawan dari Kelantan yang bersedekah beras , minyak masak dan gula dan menjadikan orang miskin kampung wife aku tempat dia bersedekah setiap tahun. Yang dipilih 10 buah rumah yang benar2 miskin, ibu tunggal tua dan keluarga susah yang ada ramai anak dan jugak ada anak cacat.  Kami sekadar menyampaikan hajat dermawan tersebut.

Semua barangan dikumpulkan 
di rumah ibu mertua aku

Beras, minyak masak dan gula

Sebahagian dah masuk dalam kereta aku

Rumah Ibu tunggal tua pertama

Rumah ibu tunggal kedua

Syukurlah akhirnya 10 buah rumah telah mendapat rezki bulan Ramadhan. Moga dermawan itu sentiasa murah rezki dan sentiasa menderma di kampung ini.  Amin

Friday, August 13, 2010

'TEE OFF ' DI PORT DICKSON GOLF CLUB ( PDGC)

 Salam,

Dah lama aku tak bermain golf, minggu lepas , 5 Ogos 2010, ada masa dan ruang selepas bertugas , aku dapat bermain  golf dengan  rakan agensi dan teman pejabat.  Salah satu cara untuk merapatkan persahabatan di  samping bersukan dan beriadah.

 Bersama Zool Khazrin yang baru nak berjinak 
dengan sukan golf

Bersama dengan Hasrudi yang juga baru nak 
berjinak dengan sukan golf
Bagi sesetengah orang golf sukan yang mahal dan banyak masa 'terbuang'. Tapi bagi kami golf sukan yang tidak mahal dan dan banyak faedah jika betul cara dan etika . Jika ingin berehat dan bersolat ketika di padang golf kemudahan surau memang disediakan. Tepuk dada tanya selera. 

Ada yang kaitkan golf dengan berjudi dan skandal dengan 'caddy' perempuan Indon.  Bukan semua golfers begitu dan semua ini subjektif dan terpulang kepada diri masing2. Disebabkan 'seekor kerbau membawa lumpur,  semua terpalit sama',  ini tidak benar sama sekali.   

Di padang dan kelab golf ramai tuan2 haji yang  bermain untuk tujuan riadah dan bersukandan mereka ini tidak kedekut ilmu golf. Ramai jugak isteri2 yang bermain golf , walaupun kulit mereka sedikit gelap tetapi mereka sihat dan dapat beriadah. Guna losyen untuk jaga kulit dan pasti tidak gelap !


Tumpuan penuh,  Par 5 , 500 Meter
( 1/2 KM) mak oi  jauhnya........

Tumpuan penuh ketika ini

Sedang buat pukulan di 'fairway'

'Buggy' membantu percepatkan permainan dan 
mengurangkan keletihan berjalan di padang golf

Hari itu kami menggunakan khidmat 'caddy' lelaki yang agak berumur dan sangat berpengalaman dan membantu memilih 'club dan baca green' . Permainan lebih kemas dan score lebih baik. 'Caddy' kami yang berbaju biru dan sedang berdiri di belakang buggy tu.

'Putting' sangat penting 

Baru 'putting', kalau senyum tu 
maknanya bola dah nak masuk lubang lah tu....

Tu dia,  dah dekat masuk lubang....

Permainan golf 18 lubang biasanya memakan masa antara 4 hingga 5 jam bergantung kepada 'trafik' dan permainan kita,  tidak termasuk minum dan makan selepas tamat permainan. Biasanya aku amik cuti kalau teringin sangat kalau nak main golf pada hari bekerja,  tapi sekarang dah jarang sangat sebab komitment kerja dan aktiviti bersama keluarga lebih penting.  Adakalanya golf sebagai tugasan rasmi atas kehendak pelanggan dan keperluan pada ketika itu.
Hening, sayu dan tenang....

Hope one day aku dapat paparkan corat coret pemain2 golf  tegar dan cabaran samada di padang golf atau di rumah, yang paling penting masa bersama keluarga mesti diutamakan pasti isteri dan anak2 boleh bertolak ansur.

p/s Terima kasih tidak terhingga kepada rakan aku Zool Khazrin dan Hasrudi yang sudi menemani dan mengambil gambar aku dan rakan agensi dengan menggunakan Nikon D90nya.  Gambar memang cantik2 !( Aku bagi mereka 4 bulan berlatih di Driving Range sebelum boleh turun ke 'GREEN'...... Challenge. !!!!)


MENGHAYATI DAN MENIKMATI KEBESARAN ALLAH S.W.T - PART 3


Salam,

Sekadar berkongsi gambar dan minat aku mengambil gambar bunga , pemandangan waktu malam dan waktu matahari terbenam.

 Santalia

Menara TM

Jabatan Perdana Menteri

 Masjid Putrajaya





 Port Dickson Golf Club


Tuesday, August 10, 2010

TUGASAN RASMI DI ADMIRAL COVE , AVILLION, PORT DICKSON

Salam,

Dari 4 hingga 6 Ogos lalu  aku dapat tugasan rasmi di resort ini, kali pertama menginap di resort ini,  memang cantik dan selesa.

Pemandangan dari pintu masuk
Bilik aku dan kawan mengadap laut,  best

Cantik
Tenang

Kolam renang luas mengadap laut /jeti

Banyak kapal layar
Yang besar dan mewah pun ada
Antara jeti/harbour tercantik
Kolam renang untuk kanak2

Ni lagi kapal layar sedang berlabuh
Cantik dah macam kat oversea kan....

Kalau ada rezki nak datang bersama keluarga di sini bercuti di masa akan datang.

Wednesday, August 4, 2010

SELAKU PESERTA DI KONFEREN COSH DI KLCC

Salam,

Dari 1 ogos hingga 3 Ogos aku menghadiri Conference and Exhibition on OSH (COSH) di KLCC,  salah satu konferen yg mesti dihadiri oleh pengamal OSH termasuk aku.  Berkampung di KLCC selama 3 hari sambil menikmati pemandangan indah KLCC dan Menara berkembar Petronas yang terletak bersebelahan.

Poster terpampang besar

Pas peserta aku

Dalam salah satu ceramah yang aku suka

West wing KLCC, COSH di sini

Kolam depan Menara berkembar

Tersergam indah

Demo bekerja di menara/tempat tinggi

Banyak ruang pameran

Menara Berkembar Petronas 
kebanggaan Malaysia

Banyak ilmu baru dan berjumpa dengan ramai pengamal OSH dan pegawai OSH seluruh Malaysia.