Tuesday, August 24, 2010

HARGA NYAWA DAN KESELAMATAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA- BHG 1

Salam ,

Minggu lepas pada hari Sabtu aku menurut kehendak anak2 aku nak beli baju raya di Mid Valley,  tiba di sana lebih kurang jam 11.30pagi,  beberapa pintu masuk untuk letak kereta di Mid Valley dah penuh,  akhirnya anak aku suruh masuk ke tempat letak kereta di The Gardens.....kali pertama masuk situ , walaupun tempat kerja aku sangat dekat dengan Mid Valley dan The Gardensaku jarang ke sini kerana aku rasa kurang mampu berbelanja lebih2 lagi di The Gardens......
Masih baru dan nampak eksklusif

Anak dara aku berkenan dengan kasut di salah sebuah kedai yang bersempadan dengan Mid Valley,   ada offer ketika itu,  bolehlah tahan sikit harganya......Sementara menunggu aku sempat melihat2 luar kawasan.....terkejut aku tengok pekerja ni buat kerja.....
Langsung tidak ada peralatan keselamatan 
di badan pekerja ini ! Hebat sungguh...

Agak2 kalau jatuh boleh cedera parah 
atau membawa maut tak ?
Pekerja di atas memang bukan sedara mara aku atau pun kawan ataupun kenalan aku.....tp sebagai pengamal Occupational Safety and Health ( OSH) ,  aku simpati dan kesian pada pekerja binaan ini.  Entah mana supervisor atau pegawai OSH yang bertugas ketika itu....

Ada kes kontraktor di Syarikat aku tahun 2008 dan 2009,  di Melaka sorang  pekerja kontraktor jatuh dari tangga dari ketinggian 7 kaki,  maut selepas koma 1 hari,  sorang juruteknik  Syarikat aku di Kota Bharu jatuh dari atas bumbung rumah di ketinggian 10 kaki akibat bumbung licin pun maut serta merta dan seorang juruteknik di Taiping seminggu lepas Raya tahun lepas,  jatuh selepas bumbung bobos kerana terpijak bumbung yang tiada alang2, maut selepas 4 jam masuk hospital di Taiping dan banyak lagi kes2 yg menyayat hati....Tepuk dada tanya selera......pada kami kemalangan boleh dikurangkan dan dielakkan kecuali ajal dan maut yang Allah dah tentukan.

12 comments:

YB said...

Salam Sdr Rosli,

Manalah agaknya dia org punya SHO.

Ayah Zain said...

salam rosli,

itulah menunjukkan pekerja masia hebat. malaysia boleh. hehheh.

rezeki said...

salam rosli

betul kata az tu, malaysia boleh hehe

kekadang sikap pengurusan yang tidak tegas dan tidak ambil tahu menjadikan pekerja mengambil sikap ambil mudah, mcm sekarang kita tgk , ramai pekerja kontrak yang ada pakai selipar je sedangkan kasut yang sesuai patut digunakan, karang kena paku ...

bab ni negara barat lebih advance, kalau saya tgk pekerja kontrak mrk pakai pakaian yg lengkap semasa bekerja dan dgn safety boot lagi

rosli said...

Salam YB,

Tu lah yang saya heran.....jika ada kemalangan baru nak sibuk mintak DOSH cover sana sini dan merayu sana sini....masa tu dah tak berguna lagi

rosli said...

Salam AZ,

Memang Msia seba boleh.....nyawa pekerja asing kat Msia macam tak ada nilai di buat mereka.....mereka juga manusia.....kos sesuatu kemalangan besar kalau kita tahu....cuba elakkan

rosli said...

Salam CR,

Betul tu, pengurusan ambil mudah dalam byk aspek.....kekadang saya sedih dan takut bila tgk segelintir pekerja kontrak bekerja....langsung tidak ingat pasal safety mereka sendiri

Kakzakie said...

Salam Rosli,

Belum kena buat tak tahu. Bila dah terkena barulah sibuk mencari alasan. Mulalah nak adakan prevention itu-ini. Procedure itu-ini dan macam-macam lagi. Itu pun kalau masuk paper atau TV. Kalau tak hm.... buat tak tahu aje. SOCSO pun entah claim entak idak.

Ummi Humaira said...

salam akhi Rosli...

puhhhh naik seriyau (ngilu n seram) nengoknya...

rosli said...

Salam Kakzakie,

Betultu, bila belum kena semua akan leka.....bila dah berlaku mesti salah menyalah, pihak DOSH akan amik tindakan masa br tau langit tinggi rendah....mencarum dalam Perkeso salah satu usaha...digalakkan kepada semua pekerja.

rosli said...

Salam ummi,

Byk lagi gambar2 yang saya akan kongsi, tp yg ngeri byk dah tak ada dalam simpanan....akan kongsi mana yg ada dlm simpanan saja nanti

manzlie said...

salam from Makkah



cl pernah dapt offer kerja di situ...tapi refuse lah...sebelum dtg makkah dulu



waslam

rosli said...

Salam CL,

Kami lebih suka CL kerja di Makkah. Hari2 dpr update dari MH. Rezki CL masih di Makkah buat masa ini