Sunday, August 29, 2010

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN - PART 2

Salam,

Topik keselamatan dan kesihatan di tempat kerja semakin mendapat perhatian banyak majikan sekarang ini.  Aku salah seorang pengamal dan pegawai keselamatan ( OSH) yang berdaftar dengan JKKP/DOSH selepas mengikuti kursus tersebut pada tahun 2004 sepenuh masa.  Lulus semua peperiksaan dan ujian lisan pada tahun 2006,  hanya dapat memohon sebagai pegawai keselamatan berdaftar pada tahun 2008 kerana tugasan ketika itu berkait dengan HR dan keselamatan. 

TOPIK PENTING DI TAPAK BINAAN- JARING KESELAMATAN DI TEPI BANGUNAN.

 Ni contoh yang baik ,
Jaring keselamatan yang lengkap dan kemas

 Cuba cari di mana silap kontraktor ini ?

Banyak kontraktor tidak menitikberatkan jaring keselamatan , terutama di tepi bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan..... terlalu banyak kes kematian akibat jaring keselamatan yang dipasang dengan betul,  alasan nak jimat kos.  Hope  semua kontraktor besar atau utama lebih peka dengan keselamatan pekerja berbanding kos penjimatan.

8 comments:

Rozali said...

Salam Ramadhan En Rosli

peraturan yg longgar itu sebab banyak kontraktor yg amabil lewa ajer

Wassalam

Ayah Zain said...

salam tuan,

az nampak tiada jaring keselamatan. lain2 belum nampak lagi heheh

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Bila ki tadah tau pntgnya jaring tersebut br kita boleh kurangkan kemalangan dan jugak jaga kos, ttp kekadang kontraktor tk berapa faham, pd mereka jimat pasang jaring mrk boleh untung, tp klu satu kemalangan dah jd baru mereka tau kos akan meningkat berganda.

rosli said...

Salam AZ,

Betul tu, salah satu yg pntg adalah jaring keselamatan....tu belum kita zoom in peralatan keselamatan yg patut dipakai oleh pekerja....byk lagi langkah keselamatan utama perlu kita semak.

sonata anak kancil said...

salam...dah lulus kursus jadi apa pulak? boleh mohon kerja apa? minat gak ni....boleh beralih angin kerja macamni? saya pernah jugak gi seminar @ kursus sari dalam masa perkhidmatan ni...pas tu panggil pegawai tu beri ceramah kat sekolah....

KAMATO said...

syarikat kat malaysia ni lebih pentingkan untung.....

rosli said...

Salam hjh,

Lepas tamat kursus, boleh caro kerja berkaitan dengan OSH, kilang mmg suka lulusan ini, senang dapat kerja. Agensi kerajaan ( badan berkanun) pun suka lulusan ini.
byk tmpt kerja skrg ni ni cari lulusan NIOSH, terutama kerja di tapak pembinaan.

Kerja ni begitu mencabar tetapi seronok

rosli said...

salam Kamato,

Betul tu, sbb tu kekadang saya tak faham camana industri pembinaan nak kurangkan kes kemalangan kalau perkara basic ini mereka tak boleh handle dengan betul.....agaknya mereka nampak nyawa pekerja tidak berharga langsung.......