Monday, June 27, 2011

SINGGAH SEBENTAR DI MADRASAH AT TAQWA , HULU LANGAT

As Salam,

Masih ingat kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim Madrasah At Taqwa,  Hulu Langat  21 Mei lalu......?

Kanvas biru tu lokasi tanah runtuh
 
Lebih kurang 3 minggu lalu (9 Jun) aku singgah di sana untuk menyampaikan derma dari semua anggota pejabat aku yang berniat untuk bersedekah.  Yang ada masa tu, bilik gerakan dan tapak lokasi kejadian yang sunyi,  tapi ada orang buat kerja menguji tanah dan beberapa pekerja mereka ( aku dimaklumkan kontraktor dari JKR).

Kren di guna untuk menguji tanah di lokasi

Jalan masuk dah sunyi sepi,  mungkin orang dah lupa pada kejadian ini,  jalan masuk lengang.  Terjumpa dengan Bilik Gerakan dan ada sorang budak pompuan kecik tunggu depan kaunter kepada sesiapa yang nak menderma.  Lepas dapat nombor telefon  dan lokasi baru tempat beberapa pelajar anak yatim di tempatkan iaitu di YADIM aku terus bergegas ke sana untuk menyampaikan wang derma yang diamanahkan pada aku.( jarak lebih kurang 3 km lagi)

Simpang jalan masuk utama
Bilik gerakan untuk derma atau bertanyakan maklumat

Pintu masuk utama Madrasah At Taqwa

Sebagai langkah berjaga2 aku park kereta aku jauh dari kawasan lokasi kejadian


Semasa di YADIM aku sempat bertemu dengan pegawai warden Asrama dan menyampaikan derma tersebut, lega rasa hati sebab hajat dan doa kawan2 aku dah disampaikan. Sekali lagi Al Fatihah kepada semua mangsa tanah runtuh tersebut. Ameen.

2 comments:

Noor said...

As Salam En Rosli,

Alhamdullilah.. walaupun semua media2 dan ahli politik dah berhenti memperkatakan tentang kejadian ini, namum masih ada insan2 berhati mulia yang masih terus menghulurkan sumbangan.. semoga segala usaha mendapat ganjaran diakhirat sana. Al-fatihah untuk anak2 yatim serta sukarelawan yang telah dijemput Allah didalam kejadian tersebut.

psstt, kak ngah dulu2 pun rajin gak guna ayat 'cakap masjid'.. he he

rosli said...

Noor,

Insyallah, kami saling bantu membantu di mana termampu.

p/s Saya pun sama dulu2 tp skrg dah jarang guna perkataan ' Cakap Masjid', tp skrg kerap guna 'kalau tak percaya its ok and up to you'. Kalau dengan boss....tunjuk ajer bukti atau report.....terpulang pada mereka.....dah penat nak buktikan sesuatu....hehehe