Monday, April 30, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS - AMSTERDAM- PART 16

Assalamualaikum wbt,

Pesawat Selamat mendarat di LT Schiphol, Amsterdam jam 7.45 malam.....ketika itu cuaca begitu cerah seolah - olah masih siang hari......saya terus beli tiket keretapi macam ERL....terus ke Central Station,  di dalam tren saya sempat berborak dengan seorang budak muda tempatan,  dia senyum bila saya kata saya menginap di hotel Vijaya,  dia kata saya 'pandai' pilih hotel....saya pun tersenyum sama,  sebab masih tak faham.....rupa2nya hotel saya tu di tengah2 'Red Light District'.....banyak pertunjukan 'percuma' dan rupanya industri pelacuran di Amsterdam adalah sah di sisi undang-undang mereka. Masyallah....Suhu ketika itu 14 degree celcius....punyalah sejuk.........


Sepanjang perjalanan dalam keretapi saya sempat menikmati pemandangan yang indah ada sekali sekala ternampak ladang bunga tulip....memang cantik....merah , kuning dan macam2 warna.....saujana mata memandang.

Hotel milik rakyat India

Malam tu berjalan lah jugak tetapi tak banyak yang boleh di lihat sebelah malam kecuali industri 'Red Light' di situ.....satu pengalaman yang baru......terpulang pada  masing2 samada nak melihat, menikmati atau window seeing.....tepuk dada tanya selera.....Nak jadi cerita disebabkan sejuk sangat betis kaki saya kejang(cramp)....so masa berjalan malam itu saya singkatkan.....suhu pulak begitu sejuk ....kalau tak silap 10 degree celcius.....Syukurlah... Allah masih melindungi saya...


Keesokan harinya saya bangun awal , selepas sarapan sempat bergambar di sekitar Amsterdam, masih sejuk dan sedikit sunyi ketika itu, tidak sibuk,  banyak basikal di tepi jalan dan air sungainya tenang dan jernih dan banyak rumah2 sampan dan rumah bot di sungai....


Masih di awal pagi...sejuk sangat

Bersih dan air sg jernih

Lengang sebab masih awal pagi
Antara kenangan paling manis di Amsterdam

Latarbelakang Pelabuhan Amsterdam
 Basikal adalah salah satu kenderaan utama di sini

Central Station, Amsterdam dah mula sibuk


Begitulah kenangan saya di Amsterdam, satu malam sahaja,  lepas tu terus naik tren ke LTA Schiphol dan sempat beli sejambak bunga tulip  berwarna merah di LTA Schiphol  untuk wife dan cenderamata tanda kenang2an di sini. Entah bila lagi akan dapat peluang ke sini lagi..Alhamdulillah....impian ke Paris dan Amsterdam tercapai....

Pengalaman dalam kapal terbang waktu pulang ke Malaysia tidak kurang menarik.....tunggu... 

Friday, April 27, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS- BERSANTAI DI PARIS - PART 15

Assalamualaikum wbt,

Setelah mendarat di LTA Charles De Gaule, Paris ( CDG), berpandukan kepada peta dan tips dari kawan dan setelah check in beg,  saya hanya memegang kotak buah mangga dan beg kamera terus ke stesyen bas dan membeli tiket bas  terus  ke tengah2 kota Paris,  memberanikan diri  dalam keadaan cuaca yang begitu sejuk.....setelah sesat barat,  dan kesilapan bertanya dalam bahasa Inggeris arah ke Eiffel Tower akhirnya sampai jugak saya .....bergambar sakan dengan tripod dan sempat beli satu sahaja cenderamata menara Eiffel Tower di kedai cenderamata....

Dataran berhadapan Eiffel Tower

Saya rasa terpegun melihatkan Menara Eiffel ni,  patutlah ianya menjadi tarikan para pelancung dan pernah menjadi salah satu 7 wonders satu ketika dulu.

Menara Eiffel dari jauh

Kesejukan atas jambatan Sg Seine yang merentasi Kota Paris


Saat2 Manis bergambar di sini...entah bila lagi ada peluang ke sini

Berada di Paris walaupun lebih kurang 8 jam merupakan satu pengalaman yang sangat indah dalam hidup saya......yang paling best dapat bergambar di Eiffel Tower dan Arc The Triomphe  di tengah2 kota Paris....tetapi dalam masa yang  sama rasa cam serik pun ada sebab tak pandai berbahasa Perancis...masa nak bertolak pulang ke stesyen bas,  saya sesat ,  dengan hujan lebat,  peta dah koyak,  sejuk sangat masa tu, akhirnya saya dibantu oleh seorang Mat Salleh yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.....masa tu polis Perancis pun tak mau bantu saya....sah mereka tak suka  orang berbahasa Inggeris....saya pun silap ketika itu....akhirnya saya sampai juga ke LTA CDG, Paris ....lega....Alhamdulillah,

Kenangan di Arc De Triomphe
Menghala ke Bangunan Bersejarah berhampiran Menara Eiffel

Satu lagi gambar

Puas hati dapat sampai ke sini

Kota London  dan Kota Paris saya dah jejak......teringat gurauan saya masa kecik2 dulu...."London, Paris dan New York"......mana tau satu hari nanti New York pulak......Allah Maha Mengetahui...

Penerbangan saya dari Paris ke Amsterdam lewat 3 jam kerana cuaca sejuk dan 'snowflakes' melanda CGD...dapatlah jugak tengok salji halus.....kesian kat saya first time tengok salji 'live'.....baru tau rupanya bila ada salji atau cuaca sejuk sangat kapalterbang perlu 'mandikan'  dengan sejenis bahan kimia untuk mengelakkan salji melekat pada badan kapalterbang dan boleh mengganggu pandangan pilot.....satu lagi pengalaman dan pengetahuan baru. 

Thursday, April 26, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAM- PART 14- BERTOLAK PULANG

Assalamualaikum wbt,
(bertolak pulang dari Conakry melalui Paris dan Amsterdam)

Penantian saya  untuk pulang ke Malaysia berakhir,  bertolak pulang dari rumah penginapan di Conakry saya dihantar oleh pemandu Sotelgui....di LT Conakry...Al Haj sedia menunggu saya,  barangan termasuk buah mangga enam biji tidak di screen langsung.....ingatkan terus boleh bawak masuk flight....Air France....ada lagi tapisan rupanya...dari pihak Air France....( datang Guinea jika tak beli mangga bermakna tidak sah kunjungan kita di sini,  menurut staff TM di sini ketika itu !!!!!)

Rupa2nya ada lagi satu sekatan keselamatan sebelum memasuki pesawat  Air France,  saya percaya mereka tidak mempercayai sekatan keselamatan pihak LT Guinea,  semua orang dan barangan di screen semula satu persatu,  pesawat lewat satu jam lagi....masa bertolak dah malam lebih kurang 9.00 malam. Pengalaman di negara orang.....

Pesawat saya singgah LT Bamako, Mali singgah sebentar 45 minit....kemudian pesawat terus menuju Paris dan merentasi beberapa buah negara Afrika lain,  termasuk Mauritania, Western Sahara,Morocco, Laut Mediterranean, terus memasuki benua Eropah merentasi Sepanyol dan mendarat di Paris,  penerbangan saya mengambil masa lebih kurang 8 jam dan selamat mendarat di LT Charles De Gaule, Paris, Perancis lebih kurang jam 6.30 pagi.....Penat dan letih sangat....tetapi panggilan Eiffel Tower memang sangat kuat....

 

Pulang saya ikut jalan lain....akan singgah di Paris dan tidak seperti yang yang dirancang  pulang ikut London... Allah memperkenankan doa saya untuk ke Paris dan Amsterdam....Di Paris saya hanya berniat untuk bergambar di Eiffel Tower dan Arc De Triomphe sahaja . Alhamdulillah. Tunggu pengalaman saya di Paris selama 8 jam dan satu malam di Amsterdam...