Wednesday, April 18, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAM - PART 11 (GHANA)

Assalaamualaikum wbt.

( Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:100) )


Penerbangan selama 13 jam dari Malaysia ke London , campur 8 jam rehat di Gatwick dan 8 jam penerbangan dari Gatwick ke Accra,  Ghana  bermakna hampir 29 jam dalam penerbangan dan lepak di lapangan terbang memang memenatkan, tiba di Ghana jam 10.30 malam ....bermakna 21 jam saya dalam pesawat dan 8 jam menunggu....kata kawan2 itu tak teruk lagi.....sebab ada lagi teruk. Alhamdulillah selamat mendarat di Accra, Ghana,  kawan saya En Kamarul Zaman HMS dan En Ikmal Hisham dah tunggu di lapangan terbang Accra, Ghana. (sejarah betul...pertama kali ke negara Afrika). Cuaca sama macam di Malaysia.
Lapangan terbangnya sangatlah kecik berbanding KLIA...mereka masih guna pagar kayu dan orang boleh capai beg kita masa berjalan ke parking kereta, macam lapangan terbang Subang tahun 1960an.....  Ghana merdeka sama tahun dengan Malaysia tahun 1957....tetapi mereka tertinggal 30/40 tahun dari segi pembangunan berbanding Malaysia....itu ukuran tahun 1999....sekarang mungkin dah berubah sedikit...entahlah...

Di tengah2 bandar Accra, Ghana
Saya kena berada di Ghana selama 5 hari 4 malam, tugasan rasmi melibatkan elaun anggota TM, kos sara hidup, kos barangan makanan, sekolah anak-anak dan kehidupan sosial mereka di Accra. Berjumpa dengan semua anggota TM di Accra dan berbincang semua aspek kehidupan mereka di sana,  tetapi tujuan asal saya ke sana saya simpan dalam hati.  Kesimpulan  saya bukan mudah duduk di negara orang....hujan emas negeri orang  tak sama dengan hujan batu negeri sendiri...kos sara hidup mereka tidak mewah seperti yang disangka berbanding keselamatan dan kesihatan mereka di sana....laporan saya tidak memihak ke HR....saya simpati dan empati kepada anggota di Ghana....Big Boss HR marah dan tak setuju ketika saya tunjuk laporan....gelap masa depan....grounded lepas tu....hehehe....itu apa yang saya nampak di Ghana dan Guinea....
 Kedai kraf tangan di Accra 
bersama En Kamarul HMS ( kiri ) dan En Ikhmal (kanan)
 Sedang memilih cenderamata
Jika ke Ghana atau mana2 negara Afrika, 'wajib' melawat 'Istana' tempat di mana warga Afrika di kumpulkan sebelum dihantar ke benua Eropah atau Amerika pada zaman dulu2 untuk dijadikan hamba abdi (Cerita kunta Kinte).  Ada beberapa buah 'istana' di sekitar Benua Afrika dan salah satu 'istana' tersebut terdapat di Ghana.  

 Elmina Castle, Ghana, wajib lawat istana ini,  
penuh dengan sejarah KUNTA KINTE
(sejarah bermula hamba abdi di Negara Eropah dan Amerika)
Di Bhg Depan Elmina Castle, bersama dengan 
pemandu saya di Ghana, saya lupa nama dia
 Bahagian dalam Istana Elmina.

Ketika di Ghana,  kawan saya En Kamarul dan En Ikhmal cadang tukar tiket balik jangan melalui London.....ikut Paris dan Amsterdam....dapat tengok negara lain...barulah best....terima kasih banyak kepada mereka berdua kerana cadangan yang baik tersebut dan terima kasih kepada En Kamarul HMS kerana membenarkan saya menumpang rumah dia di Ghana.  Jasamu tetap kukenang..

LTA Accra, Ghana...agak kecik dan kurang sibuk
(on the way ke Guinea pulak)
Selesai tugasan di Ghana saya bertolak ke Conakry, Guinea....banyak jugak cabarannya. Pada saya anggota TM di sini ibarat menyabung nyawa bila pergi bertugas....keselamatan sentiasa terancam...

No comments: