Monday, December 30, 2013

DUGAAN KEMATIAN KETIGA- ANAK SEDARA

Assalaamualaikum wbt,

Kalau pembaca tengok entri aku  bertarikh 7 Disember lalu ...bulan Oktober kakak ipar aku,  November kawan baik aku  dan bulan Disember iaitu  24 Disember lalu...anak sedara aku sendiri , Nor Haslinda Bt Abdul Manap (38 tahun),   meninggal akibat kanser payudara setelah lebih 2 tahun menderita akibat penyakit tersebut. Telah selamat dikebumikan pada 25 Disember lalu di Tanah Perkuburan Rantau Panjang, Klang.

Sekali lagi hati aku direntap.....memang sedih sebab arwah masih muda,  anak sedara aku yang kedua sulong dan aku mengenalinya sejak kelahirannya tahun 1975, anak2 dia 3 orang dan masih kecil....aku sebak bila mengenang nasib anak2nya  yang masih kecil2 lagi.....semasa nak pulang aku peluk suami arwah, Shamsul....dia sebak dan mohon doakan dia dan anak2 agar tabah hadapi semua dugaan ini....

Aku faham sangat kesedihan suaminya dan anak2nya... sebab kematian pertama yang aku lalui dan begitu mengusik hati aku tahun 1981....abah aku ( Ibrahim bin Mat Dom) meninggal pada 31 Januari 1981 ....masih terasa hingga kini ....selepas itu tahun 1991 ibu aku  (Mahiam Bt Hj Hassan) pulak....tahun 1995 abang aku pulak (Amizon  bin Ibrahim)....semuanya aku terasa hingga kini.

Aku doakan mereka damailah di sana, moga roh mereka sentiasa dicucuri Rahmatdan  mereka di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al Fatihah. Ameen.  

Tuesday, December 24, 2013

INGAT MATI MELEMAHKAN HAWA NAFSU

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Bukhari dan Muslim

Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada  Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah. Dia tidak akan puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.”

Huraian Hadith: 

  1. Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.
  2. Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.
  3. Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu.

Thursday, December 19, 2013

RAHSIA TAHI LALAT

Assalaamualaikum wbt,

(Nota penting : Sekadar berkongsi apa yang saya perolehi dari internet, hati2 dan jangan terlalu percaya kerana ianya melibatkan aqidah...dan hidup semua kita telah ditentukan Qada dan Qadarnya)

1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana


Tuesday, December 17, 2013

SEPARUH PAHALA

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Bukhari dan Muslim

Kategori: Ibadah

Hadith: 

Abu Hurairah RA berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang wanita menafkahkan sebahagian dari hasil usaha suaminya tanpa izin suaminya maka bagi suaminya separuh pahala."

Huraian Hadith: 

Orang yang turut membuat kebajikan bersama-sama dengan orang lain akan juga beroleh pahala. Para ulama' membenarkan isteri menafkahkan harta suaminya jika telah diizinkan oleh suaminya sama ada secara terang atau menurut uruf (kebiasaan). Namun bagi pengeluaran yang sedikit yang biasa dilakukan oleh si isteri seperti memberi sedekah kepada peminta sedekah atau memberi makan kepada tetamu, hal tersebut tidaklah memerlukan kepada keizinan si suami namun janganlah pula ia berlaku secara keterlaluan, merosakkan harta atau sampai kepada tahap pembaziran.

Friday, December 13, 2013

BILA UMUR DAH MASUK 50....MACAM2 PENYAKIT. DATANG....( EPISOD MAKAN UBAT DOKTOR )

Assalaamualaikum wbt,

Bagi setengah bila dah masuk umur 50, ada orang rasa seronok......dapat keluar duit KWSP......aku tidak terkecuali....bolehlah buat macam2 perancangan dengan duit tu.....aku punya duit tu....semua dah masuk dalam perancangan keluarga.....ngam2......Insyallah akan buat umrah bersama keluarga Januari 2014....

Bagi aku .....duit dapat..... penyakit pun  mula datang dan dah mula terasa 'tua' atau tidak berapa muda.....

Semua nak kena jaga.....terutama pemakanan.........sejujurnya selepas Raya Puasa tahun ini aku langsung tidak jaga pemakanan......berat badan bertambah 4 kg.....tanpa aku sedari....tiba2 badan terasa berat.....selalu pening kepala,,,,,sakit bahu ...sakit tengkuk...

Awal Oktober....jumpa doktor pakar di Bangi...terkejut aku....doktor kata tekanan darah aku tinggi....terus dapat MC 3 hari dan tak boleh travel...kena rehat di rumah.....aku terus down......(teringat tahun 1986 sorang abang yang sama kerja dengan aku ....." Rosli....jaga badan tu....abg tengok badan kau ni macam abang mesti senang naik dan perut nanti jadi boroi....penyakit ni kalau datang macam ribut dan pergi macam semut").....ada benarnya semua tu.....

Doktor bagi makan ubat darah tinggi, ubat cair darah dan ubat kurangkan kolesterol....dah sebulan aku makan semua ubat tu......aku dah mintak kebenaran doktor aku nak stop semua ubat tu.....kecuali ubat kurangkan kolesterol......doktor pakar kedua suruh aku kurangkan kolesterol dan pasti semua sakit lain akan turut berkurang....

Begitulah episod bila dah mula ada tekanan darah tinggi.....macam2 petua dan macam2 nasihat aku dapat dari kawan2, sedara mara dan dari rakan pejabat.....rupanya ramai jugak yang concern dan ambil berat dan tak kurang jugak yang mula membebel nasihatkan aku...

Apa pilihan yang aku ada.....kecuali mula jaga makan,  bersenam dan mencari buah2an dan makanan yang boleh menurunkan darah tinggi aku......jus pati delima, buah belimbing besi peria katak....dan macam2 lagi

24 Disember akan ada temujanji untuk memastikan kolesterol berkurangan dan kandungan darah semuanya kurang....Insyallah....

Wednesday, December 11, 2013

BOHONG SUNAT

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari
Kategori: Akhlak

Hadith: 

Dari Ummu Kalsum binti ˜Uqbah RA sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.."

Huraian Hadith: 

Umat Islam pada hari ini masih lagi terumbang-ambing, lemah, miskin dan berpecah belah meskipun Islam sesungguhnya amat menggalakkan perpaduan, kesatuan, persefahaman dan keharmonian dalam kehidupan sejagat. 

Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya bergaduh, berperang apalagi bertengkar sesama sendiri sehingga melibatkan perbuatan mencederakan, membunuh dan sebagainya. 

Inilah sebabnya mengapa Islam memuliakan seorang manusia yang berusah untuk mendamaikan orang yang bertelagah meskipun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu (perkara yang harus) demi menjalinkan semula ikatan persaudaraan tersebut agar keadaan kembali menjadi aman dan damai.

Saturday, December 7, 2013

DIPANGGIL PULANG MAHA PENCIPTA......BILA AJAL TIBA......

Assalaamualaikum wbt,

Aku biasa dengar dan pembaca pun biasa dengar dari ceramah.....para ustaz berpesan bahawa yang paling hampir dengan kita adalah ajal dan maut....berbagai ayat Al Quran dan Hadis mereka bacakan....begitulah pesanan mereka.....sejak akhir2 ini diri aku begitu terkesan apabila ada sedara mara dan kawan2 rapat di jemput semula bertemu Penciptanya..dalam hati aku berbisik....baru je jumpa arwah....dia sakit apa.....tak sangka dia meninggal awal.....begitulah bisikan dalam hati.....giliran aku pulak bila... ?

Minggu lepas 27 Nov seorang kawan baik aku , Abang Salim Ahamad di usia 59 ...meninggal akibat serangan sakit jantung kali kedua .....dan selamat di kebumikan pada 28 Nov......    (Al Fatihah)

Bulan Oktober 2013 kakak ipar aku , Jumeah Bt Sungep meninggal di usia 57 tahun akibat beberapa jenis sakit... (Al Fatihah)

Di pejabat pulak....sorang demi sorang kawan pejabat meninggal.....apatah lagi Syarikat tempat kerja aku ada lebih 25 ribu anggota.....setiap minggu ada saja pengumuman orang meninggal melalui email pejabat....(Al Fatihah)

Sebelum2 ini sejak tahun 1971.....dari masa aku mula ingat dan tau apa makna mati atau meninggal.....aku masih ingat Wan aku meninggal di Kg Batu Laut, Banting pada tahun 1971 masa tu aku di darjah dua.....lepas tu ada lagi....yang paling aku ingat 31 Januari 1981....arwah bapa aku (Ibrahim bin Mat Dom) meninggal di atas pangkuan aku sorang2,  masa tu aku berumur 17 tahun 5 bulan.....sedang bercuti lepas peperiksaan SPM.....aku menangis dan kelam kabut bagi tau jiran sebelah rumah.....kesedihan seterusnya yang begitu berkesan adalah pada 16 Oktober 1991 bila ibu aku (Hjh Mahiam Bt Hj Hassan) pulak meninggal  di Hospital Universiti, PJ.....sedih sangat hingga sekarang..... (Al Fatihah untuk kedua orang tua aku).....begitulah seterusnya....abang aku Amizon bin Ibrahim tahun 1995, kakak ipar aku Asnah Bt Yunos tahun 2010 dan ramai lagi ( Al Fatihah).

Satu pesanan arwah ibu aku untuk hilangkan kesedihan mengikut masa...dan ibu aku pun dapat petua ini dari arwah datuk aku Hj Hassan...."orag mati ni macam pergi belayar.....makin lama makin jauh dan lama2 kita akan lupa....." ....betul petua ibu aku ni....walaupun mereka telah belayar jauh aku tetap ingat kepada mereka semua...Al Fatihah...aku kirimkan untuk mereka semua....moga roh mereka semua sentiasa dicucuri RahmatNya.....aku dan lain2 akan menyusul kemudian....itu sudah pasti....

Dari kecik satu perkara yang arwah ibu dan bapa aku ajar....selalulah pergi kubur jika  ada kesempatan....dulu mereka tidak bagitau kenapa....tapi sekarang aku lebih faham dan insaf bila mendengar ceramah ugama.....kita juga  disunatkan  mengingatkan mati....sepertimana Hadis di bawah :

HUKUM MENZIARAH KUBUR

Riwayat: Riwayat Al- Hakim
Kategori: Akidah

Hadith: 

Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang kami (kaum wanita) menziarahi kubur tetapi kemudian beliau membolehkan dan mengizinkan kami.

Huraian Hadith: 

1. Ziarah kubur merupakan sunnah Rasulullah s.a.w namun kita dilarang sama sekali melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syirik yang sesat seperti menziarah kubur untuk memuja dan memohon kepada arwah orang alim, meminta nombor ekor dan yang seumpama dengannya.
2. Islam menganjurkan kita untuk menziarah kubur dengan tujuan agar manusia yang masih hidup boleh mengambil pengajaran dan insaf tentang hari akhirat
3. Ziarah kubur diizinkan bagi orang lelaki dengan kesepakatan para ulama. Tetapi bagi kaum wanita, ada yang mengatakan makruh, manakala sebahagian besar ulama lain mengatakan harus. Hal ini kerana sifat wanita fitrahnya adalah sensitif dan lemah semangat serta mudah pula terdedah kepada fitnah. Oleh itu apabila hendak menziarah kubur kaum wanita hendaklah memelihara kehormatannya seperti menutup aurat dan mengawal emosi dengan baik seperti tidak menangis atau meratap di sisi kubur, memaki dan mengeluarkan kata yang buruk kepada si mati dan sebagainya sehingga lupa akan kekuasaan Allah S.W.T.

Hari ini aku ziarah kubur mereka yang telah pergi lebih awal......satu hari nanti aku pulak yang akan di ziarahi oleh mereka yang masih hidup....Insyallah.....kerana yang hidup pasti mati satu hari nanti... 

Tuesday, December 3, 2013

PENCEN 55, PENCEN 60 DAN GEN Y.....

Assalaamualaikum wbt,

Ogos lalu ni umur aku genap 50.......kalau ikut umur sebenar pencen aku 2 Ogos 2018......bermakna tinggal 5 tahun je lagi........tetiba kerajaan Malaysia......telah memberikan arahan kepada semua GLC untuk melaksanakan umur pencen 60....dan Syarikat  tempat kerja aku tidak ketinggalan........bermakna  2023 aku pencen jika umur aku panjang lagi masa tu....banyak pro dan kontra.......generasi muda memang ramai  yang protes dan tidak puas hati.....berbagai sindiran dan kartun sindiran yang mereka tunjuk.....mereka juga lupa yang mereka akan beransur tua satu hari nanti....yang paling kelakar dan menyentuh hati gambar kartun orang tua bertongkat datang kerja.......marah pun ada.....sakit hati pun ada.....nak tergelak pun ada.....

Aku pulak.....rasanya nak pencen umur 58......itu perancangan aku.......bila anak bongsu aku dah habis belajar.....rasanya komitment aku pun dah kurang......nak bagi peluang kepada generasi muda amik alih jawatan.....

Sekarang kecoh pulak di kalangan GLC bahawa Gen Y ramai yang begitu angkuh.....cepat naik pangkat.......muda2 dah pegang jawatan tinggi.....tapi kurang pengalaman dan kurang ajar pun ada....langsung tidak pandai respek pada orang yang lebih tua dan lebih berumur....apa Gen Y ni rasa kalau mak bapak mereka diperlakukan begitu.....one fine day  mau saja aku sepak muka mereka yang kurang ajar ni.....kita tunggu dan lihat......ada jugak yang kena maki dan akan aku 'ba--kan  dan 'lan--- jugak muka mereka ni.....aku tak ada hal ......dah lama aku tak maki dan carutkan muka dia orang ni......

Berdasarkan kepada perbualan aku dengan kawan2 di syarikat lain atau GLG lain...rupa2nya kerenah Gen Y ni...adalah masalah common .....di mana2 GLC lain pun begitu.....mereka dikatakan tidak menghormati orang lebih tua,  tidak pandai bergaul dan rimas dengan proses2 lama secara amnya.....semuanya mereka nak cepat dan short cut....akhirnya kerja mereka jadi caca marba...itu pun top management masih percaya dan suka mereka....buta hatinya mereka....

So .....pesanan aku pada Gen Y.......korang pun akan tua satu hari nanti.........aku pun dulu satu ketika dulu pernah muda dan kerja laju dan cepat......so tunggu giliran kau pulak tua satu hari nanti......

Sunday, December 1, 2013

KREATIF ATAU KEBODOHAN

Assalaamualaikum wbt,

Pagi tadi di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi... aku terserempak dengan seorang pemandu kereta BMW  318....model tahun 1990 an....Berada di belakang pemandu ini buat aku sakit hati dan tidak sabar.....keretanya telah dimodified dengan lowered dan tayar kereta yang begitu besar dan melepasi mudguard dan body kereta.....no plet yang begitu kecik tetapi agak fancy..... memang kereta dia nampak cantik di mata dia.....tapi aku tengok terseksa dan yang pasti...JPJ suka nak tahan kereta macam ini.....suka hati dia lah sebab yang nak bayar saman PDRM atau JPJ adalah dia.....tetapi jangan menyusahkan orang lain....  


        
Gambar sekadar hiasan

Aku bukan kisah dengan duit dia dan kreativiti dia sebab itu duit dia atau duit bapak dia .....aku peduli apa.....yang aku peduli adalah untuk mengikuti belakang dia melepasi tiga bonggol sebelum ke jalan besar...aku terseksa tengok dia yang terpaksa begitu perlahan untuk melepasi setiap bonggol jalan dan hinggakan menyengetkan keretanya dari terkena bahagian bawah keretanya.....bayangkanlah aku terpaksa mengekori belakang dia......dan mamat tu memang menyusahkan aku dan pemandu lain yang tidak modified kereta.....

Kekadang aku tidak faham segelintir sikap pemandu di Malaya ni......kereta dimodified tidak  ikut spesifikasi......tayar terlalu besar.....terlalu rendah dan plet yang terlalu kecik....termasuk tinted yang terlalu gelap.....bila di tahan JPJ atau PDRM....mulalah menyalahkan kerajaan dan penguatkuasa.......betul ke sikap mereka ini......pada aku kerajaan dah sediakan litar SIC dan Shah Alam......bawaklah kereta ke situ dan ujilah.....kalau nak sampai meletup injin kereta pun tidak ada sapa nak marah....kalau nak mati berlumba pun tidak ada sapa nak marah......tetapi di jalan raya yang diwartakan.....kenalah ingat kita berkongsi jalanraya....dan bukan bapak kau punya jalan raya...

Saturday, November 23, 2013

JIRAN TETANGGA - DUGAAN

Assalaamualaikum wbt,

Patutlah dalam Al Quran dan Hadith...ada banyak dinyatakan pasal hidup berjiran dan bagaimana hidup berjiran dan macam2 lagi.....dua hadith di bawah sangat jelas maksudnya.....

Aku tidak terkecuali menerima dugaan beberapa tahun lepas....jiran rapat membela kuching ...hari2 aku dan keluarga bau tahi kuching yang begitu meloyakan....akhirnya beberapa bulan lepas jiran ini tidak lagi membela kuching....maka hilanglah masalah bau tahi kuching.....berbagai cara di guna untuk menegur jiran dan kekadang bermasam muka ....rasanya hubungan sekarang lebih baik....tetapi di dalam hati dia sekeluarga aku tidak pasti.....mungkin ada rasa berbekas marah atau sakit hati aku tidak pasti...aku cuma berharap keluarga faham dan boleh memaafkan aku sekeluarga.

1. MEMELIHARA KETENTERAMAN TETANGGA TANDA KESEMPURNAAN IMAN 

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Akhlak

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”. 
Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.
Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang umatnya mengganggu ketenteraman jiran.
  2. Mengganggu jiran sehingga menimbulkan porak-peranda dengan pecah belah adalah dilarang oleh islam.
  3. Orang yang menimbulkan kemarahan jiran adalah dianggap oleh Rasulullah sebagai tidak sempurna imannya.
  4. Memelihara ketenteraman jiran adalah diantara tanda-tanda kesempurnaan iman dan kemuliaan akhlak.
  5. Jiran yang dimaksudkan tidak terbatas kepada jiran kediaman semata-mata, malah merangkumi setiap kejiranan seperti kampung, daerah, negeri dan negara.
Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin

Terbaharu....aku dapat jiran baru betul2 depan rumah (yang baru menyewa) .....nampak macam pembersih dan ramah.....tetapi ada satu sikap pelik yang aku tidak faham.....bila ada seekor tikus mati betul2 depan rumah dia.....tetiba bangkai tikus tu....berada depan rumah aku pulak....semua orang tau bau bangkai tikus 'semerbak' ke dalam rumah aku pulak....akhirnya terpaksa aku kutip bangkai tikus tu dan buang terus....sekali lagi aku tidak faham sikap jiran baru aku.....Ya Allah....kau maafkanlah diri aku yang begitu cerewet dengan jiran yang semacam tidak peka dengan jiran tetangga....apalah salah kutip bangkai tikus tu....dan janganlah di 'transfer' masalah tikus mati ke rumah jiran lain.... 




2. SEBAIK- BAIK SAHABAT DAN JIRAN

Riwayat: At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan
Kategori: Akhlak

Hadith: 
Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.
Huraian Hadith: 
  1. Islam menggalakkan hubungan baik antara jiran tetangga dan sahabat handai.
  2. Orang yang berbaik-baik dengan jiran tetangga dan sahabat handai sentiasa dipuji dan dimuliakan oleh Allah SWT.
  3. Hubungan persaudaraan hendaklah diperluas dan dipereratkan antara sesama Islam.
  4. Islam menitikberatkan hal kejiranan dan  persahabatan.

Azam aku bila umur dah masuk 50 an ini ingin berbuat baik dengan semua orang dan mengurangkan sakit hati kengkawan dan jiran tetangga dan sedara mara....Ya Allah Kau bantu diri hambaMu yang begitu lemah ini......Amin3.

Wednesday, November 20, 2013

BUTA SETELAH MELIHAT, UJIAN UNTUK MENCAPAI SYURGA ALLAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari
Kategori: Akhlak

Hadith:
Daripada Anas RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman, “Apabila aku menguji seorang hamba-Ku dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia menerima dengan sabar dan ikhlas, nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak.“ Yang Rasulullah  maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.

Huraian Hadith: 

  1. Allah menguji manusia bukan kerana kekurangan ilmu-Nya, tetapi untuk melahirkan atau menunjukkan kepada hamba berkenaan dan orang lain tentang kesabaran yang dimiliki yang melayakkan mendapat ganjaran daripada Allah kerana ganjaran yang dijanjikan mengikut kadar kepayahan yang dihadapinya.
  2. Menjadi buta selepas melihat adalah dugaan Allah, sekiranya orang yang menjadi buta itu bersabar Allah akan kurniakan syurga sebagai gantinya.
  3. Allah SWT akan memberi balasan syurga terhadap orang yang sabar menerima ujiannya.
  4. Mata ialah sebesar-besar kurniaan Allah yang mempunyai peranan utama di dalam kehidupan seseorang. Oleh itu mata hendaklah digunakan untuk perkara manfaat dan diredai Allah

Sunday, November 17, 2013

KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK...GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK- PART 3 ( PEJABAT)

Assalaamualaikum wbt,

Takrif

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sudah pasti..kita semua pernah bekerja, sedang bekerja dan akan tamat bekerja......kita semua pernah ada boss.......biasa kita dengar boss always right......kita juga biasa mengata boss......boss memang selalu nampak kelemahan staff bawah jagaan dia.....tapi kelemahan dia atau kekurangan dia ....buat tak nampak  sahaja......begitulah.....sebab dia boss....di SANA nanti kita akan ditanya akan amanah kita....

Tambah lagi......boss pilih kasih......boss hanya nampak anggota yang pandai bodek.....kerja biasa2 jer.....kekadang sumbangan staff yang begitu kecik boss nampak.....sumbangan staff depan mata dia.....tak nampak.....sekali lagi peribahasa di atas amat relevan.......bila bagi kenaikan gaji tak adil......bagi bonus pun tak adil.....dan macam2 lagi....

Lebih buruk lagi......kesalahan staff kesayangan boss ....dia tak nampak......tapi kesalahan staff yg boss tak suka.....mesti dia nampak......

Begitulah........resam dunia.......aku tabik spring dengan orang tua2 kita dulu yang mencipta peribahasa dia atas.......

Cukuplah 3 entri pasal peribahasa ni......tunggu peribahasa lain.....

Wednesday, November 13, 2013

HIDUP SATU UJIAN

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: at-Tirmizi

Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada  Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, “Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.”

Huraian Hadith: 
  1. Allah menurunkan ujian terhadap orang beriman, oleh itu mereka hendaklah bersabar menghadapinya.
  2. Segala ujian yang ditimpakan Allah kepada orang Mukmin bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa mereka.
  3. Allah menghendaki hambanya yang Mukmin menemui-Nya dalam keadaan suci daripada dosa-dosa.

Tuesday, November 12, 2013

" KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK "- BHG 2 ( BERKAWAN)

Assalaamualaikum wbt,

Takrif

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Ditempat kerja pulak sejak 27 tahun lalu.....berbagai ragam aku dah tempuh.....kawan2 rapat, tidak rapat dan kawan biasa  ada saja yang mereka tengok kita.....baju....seluar....minyak wangi...kereta......makan......belanja harian.....pakaian anak isteri  pun mereka perhatikan.....mintak maaf cakap kekadang sampaikan 'girlfren' kita pun kawan2 skodeng.....itu bagi yang ada girlfren lah......busy bodylah kata orang....habis semua yang ada  sekeliling kita kawan teropong......biasa akan keluar komen yang negatif......tetapi bila kena kat batang hidung sendiri dia buat diam je......

Kalau nak cerita tak terkira......apa yang baik elok kita muhasabah diri dan perbetulkan diri sendiri.............

Teringat satu ketika dulu.....boss lama aku pernah berpesan........apa kita buat kena "Ukur Baju di badan sendiri"......jangan sibukkan orang lain......dan jangan sibuk cari kesalahan orang lain......kalau ditegur terima dan perbaiki......sebab kita manusia biasa yang ada salah dan silap dan banyak kekurangan diri.

Cuma kekadang terlupa dan terbabas dari landasan apabila terleka atau mengikut hati yang marah......
Ya Allah kau ampunkanlah diri hamba Mu ini.......yang banyak membuat dosa......Amin Amin Amin....

Wednesday, November 6, 2013

" KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK "- BHG 1

Assalaamualaikum wbt,

Takrif

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Dari kecik....lebih kurang tahun 70an.... aku biasa dengar peribahasa ini dan aku percaya semua pembaca pun biasa dengar.....cuma sejak akhir2 ni....aku terasa nak menulis sebab semakin ramai yang lupa dan semakin ramai yang sibuk cari salah orang......samada di tempat kerja atau bersama kawan2 atau bersama sedara mara.....aku bukanlah baik sangat....cuma ....sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan meluahkan perasan melalui blog aku sendiri.....tidak ada sebarang niat selain nak membuka pekung atau mencari kelemahan sesiapa....

Dulu masa program kenduri kendara sedara mara aku (tahun 1980an)  biasa mendengar sesama mereka bercerita keburukan orang lain ....asyik cari salah ajer...sedangkan salah sendiri mereka tak kisah pun........dan tidak terkecuali aku dan famili jadi mangsa.....ibu bapa aku pun dah lama meninggal dunia.....sedara mara aku pun dah hampir semua dah meninggal....mereka lebih kurang sebaya dengan kedua2 orang tua aku....aku doakan mereka semua sempat mohon maaf sesama mereka sebelum mereka semua meninggal.....'DI SANA' pun sekarang mereka berada di 'kampung' yang sama agaknya....

Masa tu.....anak kerja apa.....pangkat apa.....berkahwin dengan sapa.....kenduri kahwin meriah.....duit belanja banyak atau sikit ......kutipan duit salam kaut berapa.....lauk sedap atu tidak.......berapa jenis....lauk ......bunga telur gred apa.....baju pengantin.....bertunang berapa lama sentiasa jadi perbualan....masing cuba menyatakan mereka punya lebih hebat dan biasa siapa yang miskin akan jadi mangsa kutukan ...sindiran dan mangsa tikam belakang.....habis semua kebaikan.....yang mereka nampak adalah keburukan.....kini semua perbualan sedikit berbeza.....rumah apa, kereta apa....menntu kerja orang mana....kerja apa.....handphone guna apa......yang pasti peribahasa tersebut....tetap relevan...

Kini tiba giliran aku pulak bersama adik beradik dan sedara mara, ipar duai mengharungi dunia yang kian mencabar.....peribahasa yang sama masih berulang.....mencari kelemahan dan menuding jari masih berlaku.....resam dunia kata mereka....aku pasrah....tetapi yang pasti aku tidak terkecuali dan cumanya....aku malas nak tambah dosa  dan masih teringat2 semua peristiwa tahun 70an dan 80 an.....

Selagi kita hidup.....memang kita kena menempuh semua ni....

Bab akan datang peribahasa di tempat kerja pulak......

Monday, October 28, 2013

BERIMAN DAN ISTIQAMAH DALAM AMAL BUKTI ISLAM

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim

Kategori: Akidah

Hadith: 

Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-Saqafi RA katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supaya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau.” Sabda Rasulullah, “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lurus.”

Huraian Hadith: 
  1. Istiqamah ialah menjaga batas-batas syarak, sebagaimana kata sayidina Umar al-Khatab RA : Istiqamah itu ialah melakukan suruhan dan menjauhi larangan, dan tidak menyimpang ke sana dan ke sini seperti kelakuan seekor musang.
  2. Dakwaan beriman semata-mata tidak memadai jika tidak dibuktikan dengan amalan, kerana amalan zahir itu adalah terjemahan kepada iman yang tersemat di dalam jantung hati.
  3. Orang-orang Mukmin hendaklah berkekalan di dalam mengerjakan ibadat dan meninggalkan segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Iman adalah perkara asas di dalam Islam, oleh itu tingkatkanlah keimanan dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab.

Saturday, October 19, 2013

MEMETIK RAMBUTAN HASIL BERBUDI PADA TANAH

Assalaamualaikum wbt,

Kalau pembaca masih ingat tahun lepas (2012) selepas hari Raya Haji pertama....aku dan anak bongsu aku memangkas dan membaja pokok rambutan di rumah ibu mertua aku....nah.....selepas beberapa bulan memang berhasil....bulan Ogos 2013 musim Raya Puasa  lepas ni...2 daripada 4 pokok rambutan dah mula masak......rezeki..Alhamdulillah. Maklumlah aku excited sangat sebab aku ni kerja pejabat dan bukan petani atau pekebun hanya sesekali menanam pokok buah rambutan sebegini...hehehe.

Benih pokok ni aku beli dengan Jabatan Pertanian Selangor, Serdang....beberapa tahun lepas....memang berbaloi berbudi pada tanah.....rambutan jenis ' Budak Sekolah' ada 3 pokok dan satu jenis 'Gula Batu'....dari 4 pokok ni dua memang dah besar sangat tetapi 'mabuk' daun manakala satu pokok yang kecik sekali jenis  'Budak Sekolah' ni yang lebat sangat hari itu...depan rumah ibu mertua aku pulak tu....memang masih ada rezki aku dan famili aku nak merasa sebab ibu mertua aku call suruh balik kampung untuk memetik sendiri  buah rambutan 'sulung' ini...sekali lagi.... Alhamdulillah....


NI POKOK YANG AKU CAKAP MABUK DAUN TU....BUAHNYA PUN TAK LEBAT
POKOK YANG SAMA MABUK DAUN....BUAH HANYA BEBERAPA TANGKAI SAHAJA..

Yang paling lebat pokok yang sebatang ni....depan rumah.....pokok kecik ajer....boleh tahan rendah jugak pokok ni.....tapi berbuat lebat sangat.....dah rezeki kami.....


TENGOK BATANG POKOK NI KECIK AJER TETAPI BERBUAH SANGAT LEBAT....
RAMBUTAN DAH MASAK RANUM
WIFE AKU PUN TERUJA BERGAMBAR DI CELAH2 POKOK BUNGA KERTAS,....SEMENTARA  BUAH RAMBUTAN DAH MASAK RANUM
CLOSED UP BUAH YANG DAH MASAK RANUM
LAGI TANGKAI RAMBUTAN YANG MASAK RANUM
POSING LAGI.......
Insyallah......kalau ada rezeki tahun depan berbuah lagi.....

Thursday, October 17, 2013

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: (al-Bukhari)

Kategori: Akidah

Hadith: 

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Huraian Hadith: 

1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.

2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.

3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.

4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Wednesday, October 16, 2013

ORANG BERBUDI MULIA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: at-Tirmizi
Kategori: Akhlak
Hadith: 

Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".

Huraian Hadith: 
  1. Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.
  2. Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.
  3. Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.