Sunday, February 23, 2014

ISTANBUL AKU DATANG BERSAMA KELUARGA DAN KAKAK - ISTANBUL - JAMBATAN BOSPHORUS - BURSA - BAB 2

Assalaamualaikum wbt,

Tarikh 23 Januari, Penerbangan kumpulan umrah ziarah kami seramai 46 orang  termasuk 2 orang kanak2  dari KLIA jam 11.15 malam.....10 jam penerbangan baru tiba ke  destinasi pertama, Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.....penat tetapi teruja sangat..sebab bersama wife, anak2 dan kakak dan kami semua pertama kali menjejak kaki ke Turki. Alhamdulillah dah landing di Benua Eropah.....

24 JANUARI 2014 Ini kali ketiga aku jejak kami ke Benua Eropah, dua kali dulu semua atas tugasan rasmi dengan perbelanjaan Syarikat....kali ini dengan duit sendiri....pada aku lebih bermakna dan bersama keluarga. Alhamdulillah.


BEG2  DARI RUMAH YANG BELUM 'BERANAK' LAGI
Cuaca ketika itu sejuk gila....lebih kurang 6 degree celcius tu...dah mula terasa sejuk sangat hingga ke tulang....boleh ke bertahan dalam cuaca sejuk begini nanti.....



BARU JE MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG ATATURK, ISTANBUL

Kami disambut oleh seorang pemandu pelancung  berbangsa Turki bernama Ali dan fasih bertutur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu/Indonesia....memang kumpulan kami sangat beruntung bersama dia sepanjang di Turki .  Teringat sambutan pertama  Ali ...."tuan tuan mesti terasa sejuk gila kan"....kami semua ketawa.....memang dia fasih berbahasa Melayu.... . "Sekarang saya bersama dengan 46 penyamun....Ali dengan 46 penyamun "...kami ketawa lagi....

Selesai solat Subuh  dan taklimat dari pemandu pelancung kami terus ke bas....tak pandang kiri kanan dah..sejuk gila masa tu...dalam bas ada heater...terasa nyaman sikit.  Bas keluar dari lapangan terbang terus menuju ke BURSA.....destinasi pertama rombongan kami perjalanan lebih kurang 5 jam. Matahari baru nak terbit ketika itu....cuaca  memang sangat sejuk walaupun matahari dah mula memancar.


MATAHARI BARU MEMANCAR YANG PASTI SEJUK KETIKA INI
Aku dah tahu bas akan melalui Jambatan Bosphorus, aku  begitu teruja nak melalui Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Benua Eropah dengan Benua Asia.  Ketika ini jalan menuju ke arah jambatan memang sedang sesak ,  kebetulan orang2 Istanbul nak pergi kerja....hampir semua jalanraya mereka sesak..

Semakin teruja bila dah mula nampak Jambatan Bosphorus yang penuh dengan sejarah ini...

DAH DEKAT...
 SEMAKIN DEKAT
 BARU MELALUI JAMBATAN....INDAHNYA PEMANDANGAN....
DI TENGAH TENGAH JAMBATAN....AKU TERUJA DAN  SANGAT GEMBIRA...
Pemandu pelancung mengarahkan kami bersedia dengan kamera untuk amik gambar batu tanda dah masuk ke Asia.....memang teruja sangat...hehehe nak masuk benua kita semula....Alhamdulillah.

WELCOME TO ASIA
INILAH JAMBATAN BOSPHORUS YANG MENGHUBUNGKAN 
ANTARA BENUA EROPAH DAN ASIA

Bas kami meluncur laju menuju ke BURSA dan akan singgah untuk naik feri di Terminal Eskihisar. 

4 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.
Seronok dpt bersama kelurgakan jln2 tgk negara org. Teringin ke sana ..

Mila@Rimbun said...

wahh tak terbayang camna sejuknyer tuh

rosli said...

Mamaju,

Insyallah saya doakan untuk mamaju dan keluarga

rosli said...

Mila@Rimbun,

Mmg sgt sejuk....ada ketika boleh tahan ada ketika mmg tak boleh tahan sejuk...siap pakai sarung tangan...sejuk beku