Monday, November 22, 2010

DEBARAN SPM 2010

Salam,

Esok lebih kurang 9 jam lagi anak perempuan aku akan menduduki peperiksaan SPM....aku pulak amik SPM 30 tahun dulu (1980)....yang peliknya aku pulak yang berdebar2 sejak satu minggu lepas....hari ini debaran aku makin ketara....Esok kertas Bahasa Melayu,  lusa Bahasa Inggeris..Insyallah 8 Disember kertas akhir....


Aku dan wife tak putus2 berdoa untuk Nur Adiera Hanna.....moga tenang, sabar dan dapat menjawap soalan dengan cemerlang dan tahun depan dapat keputusan yang terbaik.

Bagi geng2 PDKM dan jugak semua pembaca blog aku yang jugak ada anak amik SPM semoga anak2 kita berjaya dengan cemerlang dan kita sama2 berdoa. Amin

Sunday, November 21, 2010

SEMAKAN SEMULA MODUL CONFINED SPACE DI MELAKA

Salam,
Sekali lagi aku mendapat peluang dari kawan sepejabat aku Sdr Faizal Hashim yang Allah gerakkan hatinya untuk menjemput aku bersama dengan rakan2 lain di Hotel Renaissance,  Melaka sekali lagi untuk menyemak modul baru pada 4 hingga 6 November lalu.  Aku hanya boleh datang ke Melaka pada 5 Nov pada sebelah pagi.  



 Dah jadi hobi baru aku sekarang snap foto bilik hotel 
di mana aku menginap

Pemandangan yang cantik, Sg Melaka

Hotel ni memang menyediakan makanan yang banyak dan pilihan yang sesuai dengan citarasa aku, kebetulan semua kos telah dibayar oleh pihak NIOSH


Makan lauk dan sayur lebih banyak  dari nasi

Insyallah akan turun Melaka lagi 8 Disember 2010, program rasmi Penghargaan dan Pengiktirafan staff kami di Melaka , mungkin Hotel Avillion Legacy pulak. 

Friday, November 19, 2010

DARI LIGA KAMPUNG DI KEDAH KE SUKAN ASIA- S. CHANTHURU- PART 1

Salam,

Aku sekadar berkongsi cerita.....pasal bebudak bola ni...... Sekarang kita sedang sibuk dengan bolasepak Sukan Asia di China. Kita menang satu game dan kalah tiga game,  satu pencapaian yg baik sebab layak ke peringkat kedua. Tapi lepas tu kalah dengan Iran 1-3, tamat perjuangan Malaysia. Tahniah pada rakyat Malaysia yang masih menyokong Malaysia,  K.Rajagobal dan semua pemain2...anda semua hebat.

Aku dengan sengaja ingin mencuri perhatian kepada peminat dan pencinta sukan bolasepak Malaysia......ada lagi ker pencinta bolasepak Malaysia...? Sekarang kalau kita tanya anak2 muda rata2 mereka hanya mengikuti English Premier League( EPL), Spanish League dll yang berkelas tinggi  kerana pada mereka bolasepak Malaysia 'low class' ,  kepada orang Malaysia dan peminat Liga Super Malaysia jangan marah....kalau nak marah....marah pada ASTRO.....tahun 1970an mana ada Astro....dulu ada RTM dan Radio......

Sedih bila mereka kata 'low class',  tahun 2002 hingga 2007 aku sempat bawak pasukan bertaraf kelab,  Telekom Melaka Football Club atau lebih dikenali TMFC.....tapi big boss aku di TM mahukan nama Telekom Malaysia Football Club...one day aku akan cerita kenapa nama Telekom Melaka aku dan pengurusan aku ketika itu tukar kepada TMFC.....Dari Liga Perdana kami bawak team ke Liga Super pada tahun 2004. Bila dah terlibat baru kita tahu senang atau susah mengurus sesebuah pasukan,  sebab tu sedih bila sesetengah peminat bolasepak kata Liga Malaysia 'low class'. Ada masa dan ketika kita sambung citer ni di lain entri.  Sekarang kita tumpu kepada cerita asal di atas ok..

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia bulan lepas Kelantan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1,  semua orang dah tau keputusan itu,  sekarang Kelantan sedang berpesta ,  tahniah kepada Kelantan.....Permainan Kelantan berubah corak selepas separuh masa kedua dengan kemasukan S. Chanturu......terus Kelantan dapat dua gol dalam masa berselang 5-8 minit.  Siapa S. Chanturu ni ? (S.C)

Aksi S.Chanturu di China

Budak ni aku tak pasti asal usul dia,  setahu aku dia asal dari Kedah,  tetapi kekadang orang surat khabar tulis dia asal dari Penang. Ikut rekod aku tahun 2007 dia dari sebuah daerah terpencil di Kedah....tak sure sama Sg Petani or Kulim.....

Tahun 2007 dia tak mendapat tempat pun  dengan pasukan Piala Presiden Kedah pun ( Liga Simpanan) setelah mencuba beberapa kali....aku tak sure nape pengurusan Kedah menolak S.C ni dulu. So budak ini frust menonggeng, terus balik kampung mainlah bola dekat padang kampung dia setiap petang. Kesian dengar citer budak ni. Nak dijadikan cerita Bulan Februari 2007 Jurulatih Piala Presiden kami yang ada darah campur telah di hubungi oleh bekas jurulatih S.C yang jugak berdarah campur...."tuan you mau ka ada satu player banyak bagus, rajin, laju, ada skill dan skrg tak ada team, gerenti boleh tolong you punya team".   

Kami ni macam orang mengantuk disorongkan bantal,  sapa rekomen bagus kami amik lah.....buat surat, isi borang dan macam2 lagi kena ikut birokrasi KFA dan FAM.  Budak2 bola bawah 21 tahun kalau nak main dengan kelab lain dari negeri sendiri mesti dapat surat pelepasan dulu....kalau tidak haru biru nanti ( nanti aku citer pulak pasal pemain utama Kelantan bernama Farisham Ismail, jugak main dalam final Piala Malaysia baru2 ini).

So S.C ni pun mainlah dalam pasukan TMFC  dalam Piala Presiden,  kelebihan budak2 Piala Presiden kekadang mereka boleh dinaikkan dan main dalam pasukan Liga Super, so satu hari tu,  S.C ni kena main dalam Piala FA melawan Sarawak kalau tak silap....dia jaringkan 2 gol dan hari tu TMFC menang 4-0 dalam Piala FA....meletup2 nama S.C....kami pun terkejut sebab S.C memang bagus.....nak tau apa jadi lepas tu pada keesokan harinya....jeng jeng jeng......

Seorang pegawai dari Persatuan Bolasepak Kedah ( KFA) menghubungi kami dengan mengatakan S.C masih di bawah umur dan mesti dikembalikan kepada KFA tahun depan !.  Terkejut kami......ingatkan KFA dah buang budak ni dulu.....rupa2nya bila S.C menonjol mereka bukak mata pulak......nak balik budak S.C ni bermain dengan negeri Kedah.  

Ogos 2007 TMFC dengan secara rasmi dibubarkan.....100 peratus pemain Liga Super TMFC di amik oleh beberapa pasukan lain termasuk Hardi jaafar yang disambar oleh pasukan Selangor...aku tak pasti ke mana S.C pergi.....tiba2 aku dapat tau melalui  media dia bermain dengan pasukan Kelantan mulai tahun 2009.....Aku rasa S.C tak main pun dengan pasukan negeri Kedah.....bila melepasi umur 21 pemain bebas untuk memilih pasukan mana yang mereka suka.....nah skrg dia main dengan pasukan Malaysia....Cerita ni aku pendekkan.....banyak lagi 'drama' FA Negeri dan FAM bagi musim 2011....kalau tak percaya tunggulah.....

Moral of the story.....kekadang FA Negeri lebih suka buang atau ketepikan pemain yang sebenarnya bagus....KFA salah satu pasukan ada sedikit ciri2 kronism.....beberapa pasukan negeri lain pun begitu.....Kami pasukan kelab merempat dan menyembah mencari pemain yang tidak diperlukan.....kami gilap dan kami jaga mereka..... FAM tidak berpihak kepada pasukan kelab.....next entri aku boleh buktikan.......ini kenyataan dari dalam lubuk hati aku ' FAM DAN BOLASEPAK MALAYSIA TIDAK BOLEH MAJU JIKA TIDAK ADA PERUBAHAN SECARA MENYELURUH DAN JIKA FA NEGERI MASIH ADA MAIN POLITIK DAN KRONISM, BOLASEPAK KITA TIDAK AKAN KE MANA2 PUN '.

Wednesday, November 17, 2010

SESI KORBAN DI SURAU AL KAUTHAR, SEKSYEN 4, BDR BARU BANGI

Salam,

Tahun 2007 keluarga aku mengambil bahagian korban dengan seekor lembu di masjid Bt 15, Ayer Hitam, Muar,(jumlah 5 ekor lembu korban di masjid tersebut) masa tu aku tengok dari jauh ajer....tak berapa berani ....gotong royong pun aku tak join, entah kenapa...mungkin aku ngeri dan tak berani melapah lembu korban tu,  yang peliknya aku suka pulak makan daging lembu....hehehe.

Pagi tadi selepas solat sunat Aidil Adha,  hati aku tak berapa senang kat rumah....capai sebilah pisau dan terus ajer ke surau kariah aku..orang dah ramai ,ada yang sedang tunggu lembu di lapah dan ada yang sedang menyembelih seekor lembu. Dari maklumat yang aku perolehi dari AJK surau Al Kauthar ada 15 ekor lembu korban tahun ini.

Sepanjang  hidup aku selama 47 tahun ini kali pertama hati aku terbukak hati nak bersama2 jemaah surau sesi gotong royong korban,  memang best rupanya.....jumpa ramai kawan dan dapat pengalaman melapah dan memotong daging lembu dan yang paling best dapat 1 kg daging lembu fresh......Insyallah aku akan join lagi tahun depan dan akan bawak pisau yang lebih tajam untuk memudahkan kerja aku. Amin.

 Lembu2 dah tak tentu arah dalam lori ni...

 Ni lembu yang keenam

Baru sembelih....

 Sedang melapah lembu

 Bahagian timbang tulang...
dan penggemar ekor lembu

 Bahagian timbang dan bungkus daging

 Bahagian potong tulang

 Aku kat bahagian ini, melapah daging

 Lagi bahagian timbang dan bungkus tulang

Sebahagian dari 15 kepala lembu..
nikmat kepada penggemar sup kepala lembu

Tahniah kepada AJK Surau dan terima kasih kepada 15  keluarga yang mengambil bahagian korban tahun ini, moga rezki tuan/puan makin murah dan boleh buat korban lagi di tahun hadapan.

Tuesday, November 16, 2010

MASIH FOBIA APABILA MEMANDU

Salam,
Kesan kemalangan motorsikal aku tahun 1981 aku masih terasa,  sehingga kini kalau ternampak anjing tepi jalan mesti aku mesti perlahan kereta ( dulu  motor) . Lekuk di dahi kekal sehingga kini,  dua batang gigi patah diganti dengan 'Crowning', parut di kaki dan tangan kekal hingga kini. Aku masih bersyukur kerana Allah masih memberikan aku peluang dan ruang untuk mengharungi hidup ini sejak kemalangan tersebut lebih kurang 29 tahun lalu.

Parut dan lekuk tu betul kat dahi sebelah kanan sikit 
(dari depan) kat gambar ini paling jelas
aku saja paparkan gambar yang berlatar belakang pintu King Aziz , 
sekarangkan musim haji....

Kemalangan bulan September lalu jugak  banyak meninggalkan kesan kepada pemanduan aku skrg,  kalau hujan tak semena2  aku akan pandu perlahan, macam2 ada dalam fikiran ni dan yang betul2 fobia bila tiba di mana2 simpang aku mesti amik masa yang agak lama untuk teruskan perjalanan....terasa macam ada kereta datang dari arah simpang.  Aku sentiasa berdoa agar kesan fobia ini hilang dan aku dapat memandu dalam keadaan yang kembali biasa.
Semalam masa pulang dari pejabat, hujan renyai2 dan 
jalan agak sesak menuju ke Tol Sg Besi....22km sejam

Yang pasti kesan positif pemanduan aku lebih berhemah dan lebih  berhati,  tetapi orang di belakang aku mungkin tidak begitu gembira dengan corak pemanduan aku......mungkin mereka tidak faham bahawa aku yang benarnya masih fobia akibat kemalangan lepas.

Friday, November 12, 2010

GOTONG ROYONG ADIK BERADIK KG BATU LAUT, TG SEPAT.....ANTARA TERKENAL/ TRAGEDI DAN SEJARAH

Salam,
Bulan lepas (17 Oktober lalu) aku berkesempatan balik ke kampung membantu abang2 aku untuk memotong dan memangkas dahan pokok rambutan yang berusia lebih 30 tahun.  Kalau tak silap, pokok ini ditanam oleh arwah ibu aku di tepi rumah. Aku sempat bergurau dengan abang2 aku,  " kalau arwah emak masih ada jangan harap boleh potong pokok ni,  mesti kita semua kena marah",  mereka semua bersetuju....arwah emak memang sayang dengan semua pokok yang dia tanam dan jaga sampai besar.


Sekarang pokok ini makin membesar dan beberapa dahan utamanya membahayakan bahagian dapur rumah pusaka ini.  Kami adik beradik sepakat dan bersetuju untuk memotong sebahagian besar dahan2 ini untuk tujuan keselamatan dan menjaga bahagian dapur rumah agar tidak terancam.  Actually dahan2 kecik mereka dah cantas dulu dan yang tinggal dahan-dahan yang lebih besar dan memerlukan lebih tenaga dan kepakaran dari abangah aku yang memang ada pengalaman memotong pokok.
Lepas ni ada cadangan buat anjung tepi rumah bagi memudahkan kami lepak dan buat program BBQ. 


Ni dia dahan utama ni yang belum berpotong

 Terang dan lapang bila dah potong

 Senang hati dahan dah pendek
 Tinggal nak kemas je dahan yang dah potong ni

Aku sekadar nak berkongsi jalan2 dan lokasi yang perlu aku lalui jika nak balik Kg Batu Laut, sejak dua bulan lepas sangat panas dan keluar masuk akhbar dan media elektronik...bagi aku dulu  Tg Sepat, Banting,  Kancong Darat, Sg Lang, Morib,  Tg Layang dan Ladong Gadong sekadar nama dan kampung yang begitu sederhana.....tapi sekarang semua rakyat Malaysia dah kenal...


ANTARA TERKENAL/ TRAGEDI DAN SEJARAH 

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung aku melalui pekan Banting, Sg Lang,  Kancong Darat , Morib dan lepas tu melalui kawasan yang begitu panas dan top akibat kes pembunuhan Jutawan kosmetik di Ladang Gadong,  Tanjung Layang,  Restoran Assam.  Sempat aku snap beberapa gambar dan lokasi yang selalu keluar dalam media cetak dan media elektronik.  Lokasi ladang Gadong tu lebih kurang 2 km dari kawasan perkuburan Islam di mana arwah ibu dan bapa aku bersemadi dan lebih kurang 5 km dari Kg Batu Laut

 Menghampiri Morib

 Sg Pancau....
 Ladang Gadong
 Ladang Longan,  pintu masuk tmpt kes
Ni dia simpang tu
Aku pulak ada sejarah tersendiri di sini bulan Januari 1981,  motorsikal aku berlanggar dengan seekor anjing selepas maghrib dekat2 kawasan ni,  akibatnya 2 batang gigi aku patah, dahi aku sampai sekarang ada kesan lekuk, siku aku pun ada parut dan kaki aku pun ada kesan parut.... dua minggu lepas tu arwah abah aku meninggal dan dikebumikan di tanah perkuburan Bt Laut berhampiran dengan Tg Layang.


Bagi yang masih ingat sejarah tahun 70an dulu,  Ladang Dagong ni dekat sangat denganTg Layang terkenal sebab seekor ikan paus terdampar di pantai sini...( berhampiran pantai Morib),  berminggu minggu berita pasal ikan paus ni....Sekarang tiada lagi kesan sebab dah penuh dengan pokok bakau semula.


Pada tahun 1948 ,  zaman pemerintahan komunis ni pulak,  kawasan Sg Pancau pulak memang pernah terjadi pertempuran antara tentera kerajaan dan tentera komunis,  ramai orang kampung aku terbunuh di sini termasuk bapa tiri aku,  komunis pun ramai yang terbunuh.


Sekarang kawasan ini kembali sunyi seperti dulu,  orang semakin lupa peristiwa berdarah pembunuhan jutawan kosmetik .....akan kembali sibuk masa perbicaraan bermula nanti... 
Yang pasti Kg Batu laut telah melahirkan beberapa orang terkenal antaranya Cikgu Jabar, wakil rakyat BEBAS yang paling lama berkhidmat di Selangor dan Malaysia,  bekas Menteri Kebajikan Masyarakat,  Tan Sri Zaleha Ismail, Dato Satim Diman,  ADUN Selangor ( bekas Pengurus Bolasepak Selangor) dan ramai lagi aku sendiri tidak ingat dan tak simpan data2 mereka. 


Walaupun  aku tidak lahir di Kg Batu Laut,  aku bangga dengan kampung arwah abah dan emak aku ni....duriannya antara yang paling sedap di daerah Kuala Langat, mukim Tg Sepat dan pekan Banting !

Thursday, November 4, 2010

MENIKMATI KEBESARAN ALLAH DI AKCC, MELAKA

Salam,

Kekadang bila ada masa aku main golf, sambil menikmati pemandangan padang yang luas dan cantik, sambil beriadah dan bersukan terdetik hati syukur pada Allah kerana memberikan aku kesihatan yang baik dan aku masih dapat bersukan dan bermain golf sukan kegemaran aku sekarang.  Dari 12 hingga 14 Oktober lalu aku di Melaka,  lepas tugasan rasmi aku amik kesempatan bermain golf dengan abang Salim di Ayer Keroh Country Club (AKCC), Melaka.

Lepas Asar kami 'tee off'(mula) dan biasanya menghampiri waktu Maghrib permainan kami tamat. Di lubang akhir ini aku rakam gambar matahari nak terbenam, sayu dan hiba hati waktu ini, sungguh cantik menikmati kebesaran Allah waktu ini.
 Atas buggy,  ini PAR 5, jauhnya lebih 500 meter

Terus menuju ke Club house AKCC.

p/s Sekadar berkongsi rasa,  bagi ramai  orang sukan golf banyak amik masa dan  dikaitkan dengan berjudi, skandal dengan kedi dll,  terpulang pada mereka.....  Bagi aku pulak ianya sekadar bersukan, riadah,  penumpuan penuh pada game,  berlawan dengan diri sendiri dan mencari rehat dan sedikit ketenangan diri bila berada di padang golf kerana mencari ketenangan yang ultimate adalah  bila berada di atas tikar sejadah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.