Friday, November 12, 2010

GOTONG ROYONG ADIK BERADIK KG BATU LAUT, TG SEPAT.....ANTARA TERKENAL/ TRAGEDI DAN SEJARAH

Salam,
Bulan lepas (17 Oktober lalu) aku berkesempatan balik ke kampung membantu abang2 aku untuk memotong dan memangkas dahan pokok rambutan yang berusia lebih 30 tahun.  Kalau tak silap, pokok ini ditanam oleh arwah ibu aku di tepi rumah. Aku sempat bergurau dengan abang2 aku,  " kalau arwah emak masih ada jangan harap boleh potong pokok ni,  mesti kita semua kena marah",  mereka semua bersetuju....arwah emak memang sayang dengan semua pokok yang dia tanam dan jaga sampai besar.


Sekarang pokok ini makin membesar dan beberapa dahan utamanya membahayakan bahagian dapur rumah pusaka ini.  Kami adik beradik sepakat dan bersetuju untuk memotong sebahagian besar dahan2 ini untuk tujuan keselamatan dan menjaga bahagian dapur rumah agar tidak terancam.  Actually dahan2 kecik mereka dah cantas dulu dan yang tinggal dahan-dahan yang lebih besar dan memerlukan lebih tenaga dan kepakaran dari abangah aku yang memang ada pengalaman memotong pokok.
Lepas ni ada cadangan buat anjung tepi rumah bagi memudahkan kami lepak dan buat program BBQ. 


Ni dia dahan utama ni yang belum berpotong

 Terang dan lapang bila dah potong

 Senang hati dahan dah pendek
 Tinggal nak kemas je dahan yang dah potong ni

Aku sekadar nak berkongsi jalan2 dan lokasi yang perlu aku lalui jika nak balik Kg Batu Laut, sejak dua bulan lepas sangat panas dan keluar masuk akhbar dan media elektronik...bagi aku dulu  Tg Sepat, Banting,  Kancong Darat, Sg Lang, Morib,  Tg Layang dan Ladong Gadong sekadar nama dan kampung yang begitu sederhana.....tapi sekarang semua rakyat Malaysia dah kenal...


ANTARA TERKENAL/ TRAGEDI DAN SEJARAH 

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung aku melalui pekan Banting, Sg Lang,  Kancong Darat , Morib dan lepas tu melalui kawasan yang begitu panas dan top akibat kes pembunuhan Jutawan kosmetik di Ladang Gadong,  Tanjung Layang,  Restoran Assam.  Sempat aku snap beberapa gambar dan lokasi yang selalu keluar dalam media cetak dan media elektronik.  Lokasi ladang Gadong tu lebih kurang 2 km dari kawasan perkuburan Islam di mana arwah ibu dan bapa aku bersemadi dan lebih kurang 5 km dari Kg Batu Laut

 Menghampiri Morib

 Sg Pancau....
 Ladang Gadong
 Ladang Longan,  pintu masuk tmpt kes
Ni dia simpang tu
Aku pulak ada sejarah tersendiri di sini bulan Januari 1981,  motorsikal aku berlanggar dengan seekor anjing selepas maghrib dekat2 kawasan ni,  akibatnya 2 batang gigi aku patah, dahi aku sampai sekarang ada kesan lekuk, siku aku pun ada parut dan kaki aku pun ada kesan parut.... dua minggu lepas tu arwah abah aku meninggal dan dikebumikan di tanah perkuburan Bt Laut berhampiran dengan Tg Layang.


Bagi yang masih ingat sejarah tahun 70an dulu,  Ladang Dagong ni dekat sangat denganTg Layang terkenal sebab seekor ikan paus terdampar di pantai sini...( berhampiran pantai Morib),  berminggu minggu berita pasal ikan paus ni....Sekarang tiada lagi kesan sebab dah penuh dengan pokok bakau semula.


Pada tahun 1948 ,  zaman pemerintahan komunis ni pulak,  kawasan Sg Pancau pulak memang pernah terjadi pertempuran antara tentera kerajaan dan tentera komunis,  ramai orang kampung aku terbunuh di sini termasuk bapa tiri aku,  komunis pun ramai yang terbunuh.


Sekarang kawasan ini kembali sunyi seperti dulu,  orang semakin lupa peristiwa berdarah pembunuhan jutawan kosmetik .....akan kembali sibuk masa perbicaraan bermula nanti... 
Yang pasti Kg Batu laut telah melahirkan beberapa orang terkenal antaranya Cikgu Jabar, wakil rakyat BEBAS yang paling lama berkhidmat di Selangor dan Malaysia,  bekas Menteri Kebajikan Masyarakat,  Tan Sri Zaleha Ismail, Dato Satim Diman,  ADUN Selangor ( bekas Pengurus Bolasepak Selangor) dan ramai lagi aku sendiri tidak ingat dan tak simpan data2 mereka. 


Walaupun  aku tidak lahir di Kg Batu Laut,  aku bangga dengan kampung arwah abah dan emak aku ni....duriannya antara yang paling sedap di daerah Kuala Langat, mukim Tg Sepat dan pekan Banting !

6 comments:

مسافر اسلام said...

Assalammulaikom wtb en.Rosli, apa kabar? Semoga sihat selalu. Seronok membaca kisah dan pegalaman en.Rosli. Banyak targedi yang belaku yang anak muda zaman sekarang tak tahu kan. Sekurang-kurangnya ia mengimbau kenangan silap apabila terigat kembali.
Semoga tuan berbahagia disamping keluarga senantiasa.
JazakaAllah khoir

rosli said...

Salam MI,

TK, saya dan kluarga sihat walafiat, hope MI pun bgitu.

Saya sekadar berkongsi rasa dan cerita terutama cerita ikan paus tu.

sonata anak kancil said...

Kenangan lama mengusik jiwa...bila dicatat di sini - waris2 akan datang dapat baca - & tak lah letih lagi nak bercerita - dan mungkin masa tu pulak dah ingat2 lupa2 ! baik lah masa masih kuat ingatan & kudrat ni...tulis N3 kenangan lama - betul tak???

tahun 2011 - dah siap planing...jom pi umrah...

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

kenanggan yg payah untuk dilupakan

Wassalam

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Betul tu, kenangan lama banyak untuk dikongsi bersama. Kalau ikut hati 2010 dan 2011 memang nak gi buat umrah jer ni.....tambah2 dah ada kawan di Makkah spt CL dan Hj Arshad...tp kedudukan kewangan belum mengizinkan.

Lagi yang buat saya teruja, ada sorang kawan yang berkahwin dengan orang Arab Saudi, baru buat rumah besar di Madinah, lebih kurang 3 km dari Masjid Nabawi, dah banyak kali kami sekeluarga di ajak ke sana. Hope satu hari akan ziarah ke sana . Amin

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Betul tu kenangan kemalangan dan kehilangan orang tersayang mmg susah nak lupa, kalau rindu sangat saya akan ziarah kubur arwah abah dan emak.