Tuesday, November 16, 2010

MASIH FOBIA APABILA MEMANDU

Salam,
Kesan kemalangan motorsikal aku tahun 1981 aku masih terasa,  sehingga kini kalau ternampak anjing tepi jalan mesti aku mesti perlahan kereta ( dulu  motor) . Lekuk di dahi kekal sehingga kini,  dua batang gigi patah diganti dengan 'Crowning', parut di kaki dan tangan kekal hingga kini. Aku masih bersyukur kerana Allah masih memberikan aku peluang dan ruang untuk mengharungi hidup ini sejak kemalangan tersebut lebih kurang 29 tahun lalu.

Parut dan lekuk tu betul kat dahi sebelah kanan sikit 
(dari depan) kat gambar ini paling jelas
aku saja paparkan gambar yang berlatar belakang pintu King Aziz , 
sekarangkan musim haji....

Kemalangan bulan September lalu jugak  banyak meninggalkan kesan kepada pemanduan aku skrg,  kalau hujan tak semena2  aku akan pandu perlahan, macam2 ada dalam fikiran ni dan yang betul2 fobia bila tiba di mana2 simpang aku mesti amik masa yang agak lama untuk teruskan perjalanan....terasa macam ada kereta datang dari arah simpang.  Aku sentiasa berdoa agar kesan fobia ini hilang dan aku dapat memandu dalam keadaan yang kembali biasa.
Semalam masa pulang dari pejabat, hujan renyai2 dan 
jalan agak sesak menuju ke Tol Sg Besi....22km sejam

Yang pasti kesan positif pemanduan aku lebih berhemah dan lebih  berhati,  tetapi orang di belakang aku mungkin tidak begitu gembira dengan corak pemanduan aku......mungkin mereka tidak faham bahawa aku yang benarnya masih fobia akibat kemalangan lepas.

12 comments:

sonata anak kancil said...

salam...bila kita fikir2kan sesuatu yang berlaku kepada kita - membuatkan kita berfikir - kenapa jadi begitu...kenapa begini...semuanya adalah ketentuan Illahi - ajaib sungguh yang hendak diajarkan kepada kita yang lalai ini....

cuba ingat balik - cara / bagaimana sdr memandu - mungkin masa tu tak perasaan laju ke / ape ke.... maka berlaku perkara yang tak diingini...jadi sekarang hikmahnya kita akan berhati2 semasa memandu !

pernah kami pernah skidded dihighway masa hujan lebat - hubby bawak taklah laju sangat - tapi mungkin masa tu laju....sekarang bila hujan lebat dihighway sentiasa berhati2 ....alhamdullilah - bila dah pernah kena - kita akan berhati2

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Betul tu, saya setuju sangat, kalau dah kena baru kita tau masa hujan kita sepatutnya kena bagi penumpuan penuh dan pegang stering dengan kemas....jgn jawap hp dan yg paling bahaya kalau bersms.....

dua hari lepas saya terserempak dengan sorang mamat naik motor bersms dan tak pakai topi keledar....saya geleng kepala tgk budak tu...dalam hati saya kepala budak ni mesti dah 'keras' sgt dan memang dia menempah maut...

Mohd Saad Hamid said...

Salam Rosli,

Bagus tu berhati-hati dijalan raya. Dulu saya pernah terlelap di Highway, lagi 1 KM nak masuk simpang Alor Gajah. Allah panjangkan umur saya, Alhamdulillah.

Malam tadi balik dari Perlis. Rasa mengantuk, terus parking di R&R Ulu Bernam dan tidur lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah bila sudah hilang mengantuk drive semula. Selepas tol Sg Besi, mengantuk balik, jadi saya landing kat rumah anak di Impian Putera. Pagi ni sambung semula perjalanan ke Melaka dan alhamdulillah telah selamat sampai.

Ummufaiz said...

Salam Rosli,

Setiap yg berlaku ada hikmah. Saya pernah eksiden di highway selepas R&R air Keroh akibat terlelap. Kuasa Allah, tiada kecederaan & x terlanggar sesiapa. Jd kini sya x nk ambil risiko memandu semasa mengantuk.

Ada 1 kejadian pulak kereta saya diikuti & dilanggar dari blkng ketika balik dari mesyuarat di Menara Rebung pukul 11 mlm. Alhamdullillah saya tak panik, jd saya x berhenti terus memandu ke balai polis. Sebelum memandu saya lupa baca doa, i/allah selepas kejadian doa perjlnan tak tinggal.

Berbagai cara Allah mengajar kita.

taj said...

Salam Rosli...

syukur atas apa yg berlaku...sekurang2nya kita berfikir dan berhati2 utk setiap tindakan kita...Allah sedang mendidik kita sebenarnya...
taj pun masih ada rasa fobia...tiap kali memandu masuk selekoh or bulatan..mesti rasa2 bedebar2..sbb dulu pernah hampir terbabas...la nih kalau masuk selekoh/bulatan mesti bwak teramat perlahan...pernah di hon org...lantaklah asalkan aku selamat...

Kakzakie said...

Salam En. Rosli,

Sudah nama pun fobia memang susah kan. Tapi itulah hikmahnya diseblik apa yang Allah turunkan kepada kita.

Tapi kalau 22km/jam rasanya terlalu perlahan tu. Tak kena hon orang belakang ke? Macam tak sabar pulak kakak nie. He....he....

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

moga akan hilang fobia saudara tu
serta senantiasa selamat dlm perjalanan

Wassalam

rosli said...

Salam Hj Saad,

Betul tu, kena byk rehat perjalanan Hj tu jauh, saya pulak kalau ke Melaka boleh terus sekali jalan....tp bila kat alor Gajah tu sentiasa berhati2 entah kenapa...tp saya bersyukur masih ada kesedaran tu.

rosli said...

Salam Ina,

Betul tu, kekadang lupa baca doa perjalanan, Tp yg pntg kena rehat dan sentiasa berdoa

rosli said...

Salam Taj,

Betul kata you setiap peristiwa kita kena ingat balik apa yang Allah nak tunjuk pada kita. Memandu pun kena ikhlas dan baik sangka

rosli said...

Salam K .Zakie,

Fobia ni amik masa nak hilang, skrg kalau saya nak nak perlahan saya masuk lane kiri sekali....klau hujan pun saya masuk lane kiri....tp klu kena hon jugak saya buat 'donno' saja, ragam pemandu Msia mmg terlalu banyak

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Insyallah, salah satu cara adalah kena ingat pada Allah dan kalau boleh mmg nak berzikir selalu masa dalam kereta....cuma kekadang saya leka dengan hiburan muzik.....cd surah yasin dh lama di beli...menunggu kekerapan didengar oleh saya sahaja