Friday, November 19, 2010

DARI LIGA KAMPUNG DI KEDAH KE SUKAN ASIA- S. CHANTHURU- PART 1

Salam,

Aku sekadar berkongsi cerita.....pasal bebudak bola ni...... Sekarang kita sedang sibuk dengan bolasepak Sukan Asia di China. Kita menang satu game dan kalah tiga game,  satu pencapaian yg baik sebab layak ke peringkat kedua. Tapi lepas tu kalah dengan Iran 1-3, tamat perjuangan Malaysia. Tahniah pada rakyat Malaysia yang masih menyokong Malaysia,  K.Rajagobal dan semua pemain2...anda semua hebat.

Aku dengan sengaja ingin mencuri perhatian kepada peminat dan pencinta sukan bolasepak Malaysia......ada lagi ker pencinta bolasepak Malaysia...? Sekarang kalau kita tanya anak2 muda rata2 mereka hanya mengikuti English Premier League( EPL), Spanish League dll yang berkelas tinggi  kerana pada mereka bolasepak Malaysia 'low class' ,  kepada orang Malaysia dan peminat Liga Super Malaysia jangan marah....kalau nak marah....marah pada ASTRO.....tahun 1970an mana ada Astro....dulu ada RTM dan Radio......

Sedih bila mereka kata 'low class',  tahun 2002 hingga 2007 aku sempat bawak pasukan bertaraf kelab,  Telekom Melaka Football Club atau lebih dikenali TMFC.....tapi big boss aku di TM mahukan nama Telekom Malaysia Football Club...one day aku akan cerita kenapa nama Telekom Melaka aku dan pengurusan aku ketika itu tukar kepada TMFC.....Dari Liga Perdana kami bawak team ke Liga Super pada tahun 2004. Bila dah terlibat baru kita tahu senang atau susah mengurus sesebuah pasukan,  sebab tu sedih bila sesetengah peminat bolasepak kata Liga Malaysia 'low class'. Ada masa dan ketika kita sambung citer ni di lain entri.  Sekarang kita tumpu kepada cerita asal di atas ok..

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia bulan lepas Kelantan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1,  semua orang dah tau keputusan itu,  sekarang Kelantan sedang berpesta ,  tahniah kepada Kelantan.....Permainan Kelantan berubah corak selepas separuh masa kedua dengan kemasukan S. Chanturu......terus Kelantan dapat dua gol dalam masa berselang 5-8 minit.  Siapa S. Chanturu ni ? (S.C)

Aksi S.Chanturu di China

Budak ni aku tak pasti asal usul dia,  setahu aku dia asal dari Kedah,  tetapi kekadang orang surat khabar tulis dia asal dari Penang. Ikut rekod aku tahun 2007 dia dari sebuah daerah terpencil di Kedah....tak sure sama Sg Petani or Kulim.....

Tahun 2007 dia tak mendapat tempat pun  dengan pasukan Piala Presiden Kedah pun ( Liga Simpanan) setelah mencuba beberapa kali....aku tak sure nape pengurusan Kedah menolak S.C ni dulu. So budak ini frust menonggeng, terus balik kampung mainlah bola dekat padang kampung dia setiap petang. Kesian dengar citer budak ni. Nak dijadikan cerita Bulan Februari 2007 Jurulatih Piala Presiden kami yang ada darah campur telah di hubungi oleh bekas jurulatih S.C yang jugak berdarah campur...."tuan you mau ka ada satu player banyak bagus, rajin, laju, ada skill dan skrg tak ada team, gerenti boleh tolong you punya team".   

Kami ni macam orang mengantuk disorongkan bantal,  sapa rekomen bagus kami amik lah.....buat surat, isi borang dan macam2 lagi kena ikut birokrasi KFA dan FAM.  Budak2 bola bawah 21 tahun kalau nak main dengan kelab lain dari negeri sendiri mesti dapat surat pelepasan dulu....kalau tidak haru biru nanti ( nanti aku citer pulak pasal pemain utama Kelantan bernama Farisham Ismail, jugak main dalam final Piala Malaysia baru2 ini).

So S.C ni pun mainlah dalam pasukan TMFC  dalam Piala Presiden,  kelebihan budak2 Piala Presiden kekadang mereka boleh dinaikkan dan main dalam pasukan Liga Super, so satu hari tu,  S.C ni kena main dalam Piala FA melawan Sarawak kalau tak silap....dia jaringkan 2 gol dan hari tu TMFC menang 4-0 dalam Piala FA....meletup2 nama S.C....kami pun terkejut sebab S.C memang bagus.....nak tau apa jadi lepas tu pada keesokan harinya....jeng jeng jeng......

Seorang pegawai dari Persatuan Bolasepak Kedah ( KFA) menghubungi kami dengan mengatakan S.C masih di bawah umur dan mesti dikembalikan kepada KFA tahun depan !.  Terkejut kami......ingatkan KFA dah buang budak ni dulu.....rupa2nya bila S.C menonjol mereka bukak mata pulak......nak balik budak S.C ni bermain dengan negeri Kedah.  

Ogos 2007 TMFC dengan secara rasmi dibubarkan.....100 peratus pemain Liga Super TMFC di amik oleh beberapa pasukan lain termasuk Hardi jaafar yang disambar oleh pasukan Selangor...aku tak pasti ke mana S.C pergi.....tiba2 aku dapat tau melalui  media dia bermain dengan pasukan Kelantan mulai tahun 2009.....Aku rasa S.C tak main pun dengan pasukan negeri Kedah.....bila melepasi umur 21 pemain bebas untuk memilih pasukan mana yang mereka suka.....nah skrg dia main dengan pasukan Malaysia....Cerita ni aku pendekkan.....banyak lagi 'drama' FA Negeri dan FAM bagi musim 2011....kalau tak percaya tunggulah.....

Moral of the story.....kekadang FA Negeri lebih suka buang atau ketepikan pemain yang sebenarnya bagus....KFA salah satu pasukan ada sedikit ciri2 kronism.....beberapa pasukan negeri lain pun begitu.....Kami pasukan kelab merempat dan menyembah mencari pemain yang tidak diperlukan.....kami gilap dan kami jaga mereka..... FAM tidak berpihak kepada pasukan kelab.....next entri aku boleh buktikan.......ini kenyataan dari dalam lubuk hati aku ' FAM DAN BOLASEPAK MALAYSIA TIDAK BOLEH MAJU JIKA TIDAK ADA PERUBAHAN SECARA MENYELURUH DAN JIKA FA NEGERI MASIH ADA MAIN POLITIK DAN KRONISM, BOLASEPAK KITA TIDAK AKAN KE MANA2 PUN '.

6 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

harap2 yg berkenaan dapat membaca n3 ini
atau tolong sampaikan kpd berkenaan
untuk kemajuan sukan bola sepak negara
Insyaallah

Wassalam

SiNoMoSa said...

Salam En Rosli,

Sy bukan pencinta bolasepak,
Tp masa Piala Malaysia tuh layan ler kejap games tp bila Kelantan dah leading terus takde mood hehe

rosli said...

Salam hj Rozali,

Saya pun berharap ada orang FAM baca citer ni....

rosli said...

Salam Syima,

Wah you ni penyokong N9...tk apa belum ada rezki N9 nak memang lagi....tahun depan ada lagi

KAMATO said...

Salam Rosli, kalau macam ni sampai bola kita nak maju, tahun 70an kita boleh kalahkan Korea, sekarang korea dah sampai world cup kita masih tak tau hala

rosli said...

Salam Kamato,

Kita dah 30 tahun tertinggal di belakang Korea dlm sukan Bolasepak.

FAM kena berubah.....kesian kat K. Rajagobal....2 minggu persiapan ke Sukan Asia....mana boleh gitu....FA Negeri tidak bersedia untuk berkorban untuk negara....FAM pun tidak ada persiapan rapi....rata2 FA Negeri takut pemain mereka cedera dan tak boleh membantu FA Negeri....

Tunggu tahun 2011....byl lagi drama FA Negeri dan FAM. Pada pendapat saya 20 tahun lagi pun bolasepak Msia tidak akan ke mana2 pun selagi FAM tidak bersedia mengubah pengurusan tertinggi mereka